omniture

Adobe dan Microsoft bekerjasama dalam awan Azure untuk membantu perniagaan mengubah keterlibatan pelanggan

Microsoft Corp.
2016-09-26 22:33 467

Adobe akan menyampaikan perkhidmatan awannya pada Microsoft Azure; Microsoft untuk menjadikan Adobe perkhidmatan pemasaran pilihannya untuk Dynamics 365 Enterprise.

ATLANTA, 26 September 2016 /PRNewswire/ -- Pada hari Isnin di Microsoft Ignite, Adobe dan Microsoft Corp. mengumumkan rancangan kerjasama strategik bagi membantu syarikat perusahaan menerima transformasi digital dan memberikan pengalaman yang menarik dan diperibadikan melalui setiap fasa hubungan pelanggan mereka. Kedua-dua syarikat ini akan bersama-sama membolehkan perniagaan mengukuhkan jenama mereka secara drastik melalui penyelesaian dengan Microsoft Azure, Adobe Marketing Cloud dan Microsoft Dynamics 365.

"Peneraju perniagaan dalam setiap industri fokus terhadap cara untuk lebih melibatkan pelanggan digital mereka, walau di mana sahaja mereka berada," kata Satya Nadella, Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft. "Adobe dan Microsoft akan bersama-sama membawakan keupayaan pemasaran paling canggih ke awan yang paling berkuasa dan pintar bagi membantu syarikat berubah secara digital dan melibatkan pelanggan dalam cara baharu."

"Pelanggan hari ini mengharapkan pengalaman dengan rekaan yang teliti, diperibadikan dan konsisten setiap kali mereka memilih satu-satu jenama," ulas Shantanu Narayen, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Adobe. "Adobe dan Microsoft akan menyatukan kuasa kuda awan dan keupayaan hujung ke hujung yang diperlukan oleh jenama bagi mereka bentuk dan menyampaikan pengalaman digital terbaik."

Melalui kerjasama ini, Adobe akan menjadikan Microsoft Azure platform awan pilihannya untuk Adobe Marketing Cloud, Adobe Creative Cloud dan Adobe Document Cloud. Azure memberi Adobe awan global yang dipercayai dan platform data yang berkuasa untuk perkhidmatan pintar, termasuk pembelajaran mesin menyeluruh dan keupayaan kognitif dalam Microsoft Cortana Intelligence Suite dan SQL Server.

Microsoft akan menjadikan Adobe Marketing Cloud perkhidmatan pemasaran pilihannya untuk edisi Dynamics 365 Enterprise, memberi pelanggan perkhidmatan pemasaran yang berkuasa dan menyeluruh untuk generasi aplikasi perniagaan pintar Microsoft yang seterusnya.

Kedua-dua syarikat ini bekerjasama dalam penyepaduan data bagi memastikan pelanggan boleh bekerja dengan mudah menggunakan aplikasi perniagaan Adobe Marketing Cloud dan Dynamics 365, memanfaatkan kecerdasan buatan, pembelajaran mesin dan analitik lanjutan. Pelanggan akan dapat menggunakan penyepaduan ini dalam penyelesaian Adobe dan Microsoft untuk mencipta keupayaan jualan dan pemasaran yang didorong data baharu. Model data asas akan boleh diperluas kepada pelanggan perusahaan, serta pembangun dan rakan kongsi pihak ketiga, yang akan menggalakkan inovasi dan pembangunan dalam ekosistem yang dikongsi bersama.

Adobe dan Microsoft akan bekerja bersama-sama dengan syarikat terkemuka bagi membantu mereka menjangkakan dan melaksanakan penyelesaian bersepadu. Hasilnya, pelanggan bersama kedua-dua syarikat akan dapat memanfaatkan data mereka untuk pandangan dan ramalan penting, menyatukan hubungan pelanggan dalam perniagaan mereka, menambah baik hubungan dan menggalakkan kesetiaan dan pertumbuhan jenama.

Latar Belakang Adobe Systems 
Adobe (Nasdaq "ADBE") mengubah dunia melalui pengalaman digital. Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, lawati www.adobe.com.

Latar Belakang Microsoft 
Microsoft (Nasdaq "MSFT" @microsoft) ialah platform terkemuka dan syarikat produktiviti untuk dunia yang mengutamakan mudah alih dan awan, dan misinya adalah untuk memperkasakan setiap individu dan setiap organisasi di seluruh dunia untuk mencapai lebih lagi.

Source: Microsoft Corp.
Related Stocks:
NASDAQ:ADBE NASDAQ:MSFT
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Licensing/marketing agreements New products/services