omniture

OGT Memudahkan Pengesanan Varian Gen Kanser Penting

Oxford Gene Technology (OGT)
2016-09-27 14:10 589

OXFORD, England, 27 September 2016 /PRNewswire/ -- Oxford Gene Technology (OGT), Syarikat Genetik Molekul, melancarkan Panel Kanser Khas NGS SureSeq myPanel™ bagi menyediakan panel prob penjujukan generasi seterusnya yang disesuaikan sepenuhnya serta dipraoptimumkan kepada para saintis bersesuaian dengan kajian yang mereka jalankan. Himpunan kandungan gen yang komprehensif merangkumi jenis kanser termasuk mieloid, leukemia limfositik kronik (CLL), kanser ovari dan kanser payudara. Menggunakan teknik berasaskan penghibridan, panel ini dapat memberikan kesempurnaan dan keseragaman himpunan gen yang tiada tandingan, dan sentiasa dikemas kini bagi menjamin kesesuaian optimum mengikut kajian semasa.

Panel Kanser Khas NGS SureSeq myPanel dapat menyediakan keseragaman himpunan lengkap gen yang diperlukan, termasuk gen dengan kandungan GC yang tinggi. Para penyelidik dapat memilih prob khusus untuk kawasan spesifik yang dikaji oleh mereka, yang terjamin integriti datanya. Panel yang lebih kecil, amat tersuai dan dipraoptimum turut memberikan daya pemprosesan yang lebih tinggi dan hanya memerlukan tempoh yang singkat untuk disahkan. Memandangkan prob baharu ditambah oleh OGT menerusi hasil rundingan bersama pakar, panel ini boleh diganti atau ditambah dengan kos yang lebih rendah berbanding panel tetap, dan ini menjamin langkah penyelidikan seterusnya tidak terhalang.

Anna Skowronska, Saintis Penyelidikan dan Pembangunan di Makmal Genetik Serantau West Midlands yang telah menjalankan percubaan terhadap panel neoplasma mieloproliferatif (MPN), mengulas, "Kami berasa berbesar hati dengan prestasi panel SureSeq. Ia memperlihatkan keselarasan lengkap dengan teknik kami yang lain, mengenal pasti kesemua mutasi yang diketahui menerusi tahap kepekaan yang amat baik sehingga 1% termasuk, dalam satu kajian, mutasi JAK2 V617F yang tidak dapat dikesan oleh ddPCR disebabkan oleh mutasi kedua daripada bahan pemula. Panel itu turut memperlihatkan mutasi dalam gen lain bagi sampel dengan tahap JAK2 V617F yang rendah, serta korelasi yang baik antara frekuensi alel dengan analisis kuantitatif oleh ddPCR. Kami merancang untuk menggunakan panel ini pada masa terdekat."

David Cook, Pengurus Kanan Produk di OGT menjelaskan, "Panel Kanser Khas NGS SureSeq myPanel kami membolehkan para penyelidik hanya perlu mencari dan memilih prob untuk dipadankan dengan keperluan khusus mereka, serta mengemas kini panel tersebut dengan kandungan baharu, mengikut keperluan. Komitmen kami terhadap R&D yang berterusan bermakna segala kandungan akan sentiasa dikemas kini dan sekiranya kandungan tertentu yang diingini masih belum disediakan, pelanggan kami boleh meminta panel tersebut dibangunkan dan mereka boleh mendapatkan panel yang tersuai sepenuhnya berserta prob yang dipraoptimum hanya dalam tempoh beberapa minggu."

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari: http://www.ogt.com/sureseq.

SureSeq™: Untuk Tujuan Penyelidikan Sahaja; Tidak Boleh Digunakan dalam Prosedur Diagnostik.  

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160909/406091LOGO

Source: Oxford Gene Technology (OGT)
Related Links:
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment New products/services