omniture

Fragrance Du Bois Mengambil Bahagian dalam Festival Gourmet Antarabangsa Malaysia (MIGF) 2016

Fragrance Du Bois
2016-09-27 15:34 332

KUALA LUMPUR, Malaysia, Sept. 27, 2016 /PRNewswire/ -- Festival Gourmet Antarabangsa Malaysia (MIGF) 2016 yang berprestij di Taste MIGF 2016, telah berlangsung mulai 23 hingga 25 September yang lalu.

MIGF 2016 merangsang deria rasa dan memberi keterujaan aroma untuk pengunjung serta penggemar makanan, ketika jenama minyak wangi mewah Perancis, Fragrance Du Bois, mengumumkan penyertaan kali kedua dalam acara yang penuh glamor ini. Selain menunjukkan sokongan terhadap acara yang amat digemari oleh golongan atasan Malaysia, Fragrance Du Bois menarik perhatian pengunjung dengan aroma minyak Gaharu yang sungguh harum dan mistik.

Tersenarai dalam kategori LuxuryPlus, Fragrance Du Bois mempamerkan rangkaian menarik minyak wangi kebanggaannya yang serba unik, yang menggamit perhatian semua pengunjung, sambil menghirup Tea Gaharu, iaitu satu pengalaman baharu dan luar biasa yang dinikmati di reruai ini pada tahun ini. 

Jenama-jenama minyak wangi mewah lain yang turut bernaung di bawah jenama Fragrance Du Bois sejak beberapa bulan lalu, iaitu Illuminum dari UK, Xerjoff yang terkenal di Itali (dikenali dengan tradisi penghasilan minyak wangi Itali serta botol berkualiti tinggi yang cukup cantik) serta Sillage daripada AS, turut dipamerkan, berserta jenama-jenama Paris, Parfums de Marly, Isabey, dan juga Alexandre J.   

Temasya merasa makanan selama dua hari yang berperanan sebagai acara pembukaan untuk festival yang berlangsung selama sebulan itu diadakan di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, dan Fragrance Du Bois, 'Gaharu asli, kemewahan sebenar', berbangga kerana dapat mengambil bahagian dalam pengalaman deria yang pelbagai ini yang telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup golongan atasan di Malaysia.

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Zaahira Muhammad 
Eksekutif Kanan Bahagian Perhubungan Awam & Pemasaran, Malaysia
E-mel: zaahira@fragrancedubois.com 
Tel: +60-12-203-5344

Samantha Tham 
Eksekutif Kanan Bahagian Perhubungan Awam & Pemasaran, Singapura
E-mel: samantha.tham@fragrancedubois.com 
Tel: +65-9144-0933

Latar Belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois ialah sebuah syarikat minyak wangi khas yang mewah, dihasilkan daripada sari pati alam semula jadi yang terkaya, dibuat oleh pakar minyak wangi generasi kelima daripada tradisi Grasse, Perancis pada abad ke-17. Bahan utama di sebalik ciptaan kesemua produk Fragrance Du Bois ialah minyak Gaharu kami yang istimewa, yang memancarkan aroma kemewahan sebenar yang tersendiri dan unik. Kesemua minyak Gaharu yang digunakan oleh Fragrance Du Bois dihasilkan sendiri di ladang yang diurus secara lestari dengan jaminan sumber bahan yang diperoleh secara beretika dan mampan.

Fragrance Du Bois kini memiliki butik-butik yang menarik dan dihiasi rekaan yang amat mengagumkan yang terletak di beberapa lokasi yang ikonik di dunia, selain mengukuhkan kedudukannya dalam tempoh yang sungguh singkat sebagai salah satu pembuat minyak wangi serta produk-produk berkaitan yang paling asli dan inovatif dalam pasaran minyak wangi global yang amat kompetitif.

Source: Fragrance Du Bois
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news