omniture

TCL Corporation Memperkenalkan Subjenama Premium XESS

TCL Corporation
2016-10-10 09:07 943

SHENZHEN, China, 10 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Sebuah syarikat elektronik multinasional TCL Corporation mengadakan majlis pelancaran produk baharu sempena Musim Luruh 2016 di Guangzhou, China pada 28 September lalu. Pada majlis itu, TCL memperkenalkan subjenama premiumnya XESS, serta siri TV X1 dan X2 dan juga siri S1 bagi pad besar di bawah jenama itu. Ketua jurulatih pasukan bola tampar wanita kebangsaan China, Lang Ping yang rapat dengan TCL selama lebih 20 tahun, menghadiri majlis tersebut dan dilantik sebagai duta TV XESS pada acara itu.

China women's national volleyball team head coach "Jenny" Lang Ping and TCL Corporation chairman and CEO Li Dongsheng jointly announce the release of the XESS lineup of TV products
China women's national volleyball team head coach "Jenny" Lang Ping and TCL Corporation chairman and CEO Li Dongsheng jointly announce the release of the XESS lineup of TV products

 

Alice Lee, general manager of the Brand Management Center at TCL Group, provides a detailed explanation of the XESS concept
Alice Lee, general manager of the Brand Management Center at TCL Group, provides a detailed explanation of the XESS concept

XESS dilancarkan bagi menggamit perhatian

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TCL Tomson Li Dongsheng menjelaskan bahawa pelancaran subjenama premium pada majlis itu mempunyai kepentingan yang merangkumi banyak perkara. Sebagai salah satu perintis dalam kalangan pengeluar Cina yang bakal berkembang ke seluruh dunia, TCL benar-benar yakin bahawa kesedaran jenama yang kukuh ialah kunci bagi mencapai kejayaan. Menerusi usaha inovasi yang berterusan dalam teknologi, reka bentuk dan kualiti, jenama XESS dijangka dapat mengukuhkan kedudukan portfolio jenama TCL di persada antarabangsa. Selain itu, XESS ialah sebuah jenama yang dicipta khusus untuk memenuhi jangkaan pelanggan terhadap produk-produk canggih dengan menaik taraf teknologi serta kualiti produk. TCL juga merancang untuk memanfaatkan strategi "ganda +" miliknya demi meningkatkan keupayaan perkhidmatan merangkumi produk pintar dan aplikasi saling terhubung, menyertakan kelebihan "pintar + internet" agar dapat terus memenuhi keperluan pasaran.

Alice Lee, selaku pengurus besar Pusat Pengurusan Jenama TCL, memberi butiran tambahan apabila menjelaskan tentang konsep XESS pada majlis tersebut. Falsafah di sebalik jenama baharu itu adalah berdasarkan empat objektif korporat: menyediakan sebuah pasukan elit khusus untuk mencapai kecemerlangan, menetapkan penanda aras untuk industri dari segi inovasi teknologi, memperlihatkan kualiti tinggi produk yang tiada tandingan menerusi konfigurasi yang dipertingkat, menggunakan reka bentuk yang ringkas namun moden agar dapat mengetengahkan keunikan dari segi nilai estetika.

Lang Ping dilantik sebagai duta rangkaian produk televisyen XESS

Lang Ping, ketua jurulatih pasukan bola tampar wanita kebangsaan China, menghadiri majlis tersebut dan memperkenalkan jenama XESS pada acara itu. Beliau dilantik sebagai duta produk TV XESS. Pengerusi TCL Li melahirkan rasa gembira apabila subjenama premium TCL dilancarkan oleh Lang Ping. "Berasal dari China dan menjadi milik dunia" ialah salah satu persamaan antara Lang Ping dan XESS.

Pada majlis tersebut juga, Lang menceritakan kisah persahabatan beliau dengan Pengerusi TCL, Li dan selanjutnya, bersama TCL. Ia merupakan satu jalinan persahabatan yang bermula sejak lebih 20 tahun, apabila TCL menawarkan bantuan untuk pasukan bola tampar wanita China ketika mengalami kesusahan. Pada pandangan Lang, Pengerusi Li ialah seorang usahawan bercita-cita tinggi yang kekal teguh dari segi komitmen terhadap idea beliau sendiri. Selain itu, Lang sangat bersetuju dengan falsafah korporat TCL yang berpegang teguh kepada usaha bagi mencapai kecemerlangan dari segi ketukangan, sikap "tidak akan mengalah" dan semangat yang inovatif. Beliau percaya kesemua elemen ini tergabung bagi menjadi kunci kejayaan TCL.

Jenama TV X1 dan X2 XESS memperlihatkan kombinasi terbaik dari segi kualiti tinggi yang ingin dicapai oleh Pengerusi Li. Kedua-dua produk televisyen ini menggabungkan ciri-ciri terbaik dari segi bahan pendarkilau – teknologi paparan titik kuantum Yuecai yang memberikan prestasi terunggul dalam gamut warna, paparan warna sebenar dan persembahan warna yang tepat. Enjin pemprosesan kualiti gambar yang dipatenkan dapat meningkatkan kualiti imej dengan ketara pada pelbagai peringkat. Khususnya, X1 menggabungkan teknologi lampu belakang pemetakan dengan jumlah sel pemancar cahaya yang tertinggi dalam industri, dan menampilkan penyelesaian paparan OD 8mm yang terkemuka dalam industri.

Kedua-dua produk mendemonstrasikan usaha untuk mengejar kecemerlangan dari segi reka bentuk. X1 telah melalui lebih 20 proses pengesahan pengeluaran percubaan yang mengambil masa sehingga lebih 2,500 jam yang mana setiap pemasangan dan komponen individu dalam setiap pemasangan itu diuji dan disahkan. X2 membawakan penampilan yang ringkas dan bergaya, hasil daripada usaha yang dilakukan oleh 40 pereka terbaik daripada enam buah negara. Set televisyen XESS mewakili beberapa produk paling maju oleh firma itu yang dikeluarkan menerusi strategi "Pintar + Internet" TCL. Kedua-dua model itu dilengkapi dengan Pusat Kawalan Kepintaran Kediaman termasuk tiga pilihan penggunaan: Pawagam Magis, mod Kediaman dan mod Kawalan Kepintaran.

S1, produk pad besar oleh TCL Communication dalam rangkaian XESS, menyasarkan "keluarga yang diapit", iaitu pasangan yang "diapit" antara anak-anak dan ibu bapa, serta menyediakan Pendidikan Kanak-kanak yang disuai khusus, mod Makanan dan Pejabat demi memenuhi keperluan generasi berbeza dalam sesebuah unit keluarga. Selain itu, model tersebut menyokong kawalan gerakan dan suara, selain pengurusan beberapa program menerusi beberapa tetingkap yang dibuka serentak, di samping mampu beralih antara tetingkap itu dengan kayu bedik, yang membolehkan pengguna mengurus beberapa tugas secara serentak dan berkesan.

TCL mencipta ekosistem baharu berasaskan strategi "Pintar + internet" syarikat

Selain produk jenama XESS yang premium, TCL Corporation turut melancarkan beberapa produk inovatif di bawah jenama TCL.

TCL Communication melancarkan dua telefon bimbit iaitu TCL 950 dan TCL 580. TCL 950 direka bagi menyediakan penyelesaian perniagaan mudah alih sehenti buat pegawai eksekutif yang sibuk. Pembantu Mesyuarat menampilkan ciri rakaman berkualiti tinggi dengan fungsi pengurangan hingar, dan menyokong dua mod untuk suara-kepada-teks, dengan satu mod menggunakan teknologi buatan baharu yang memberi kadar ketepatan yang lebih tinggi manakala mod kedua pula membolehkan fungsi suara-kepada-teks apabila tiada sambungan internet. Kedua-dua mod mempunyai kelebihan untuk merakam suara dan teks secara serentak. Satu lagi produk, iaitu TCL580 direka khusus untuk golongan lebih muda yang baru sahaja menceburi bidang pekerjaan, menggabungkan bahan logam dengan kaca bagi memberikan bentuk dan keselesaan yang lancar.

Kelengkapan Rumah TCL melancarkan barisan produk yang lebih banyak, dan rangkaian produk yang diketengahkan ialah peti sejuk dengan penyejukan udara, dwikekerapan, empat pintu (berbentuk tanda +) yang disokong oleh 17 teknologi berpaten serta mesin basuh bebas kotoran yang menggemparkan. Penyaman udara "pintar dan diperibadikan" TCL membawakan konsep kawalan suhu di dalam rumah ke tahap seterusnya, yang mana penaiktarafan produk didorong oleh maklum balas pengguna, iaitu "penaiktarafan janaan pengguna". Penyaman udara jenama Zhixiao siri F1 dengan hos berganda menyasarkan pasaran yang matang, manakala penyaman udara muzikal siri "Lexiang" yang dapat memainkan muzik ketika penyaman udara dipasang terbukti semakin popular dalam kalangan pengguna. Perkakas kesihatan pintar baharu oleh TCL, iaitu pembersih udara TCL800F, dapat memenuhi atau melangkaui kebanyakan piawaian kerajaan yang dapat menyingkirkan partikel daripada udara, di samping memberikan prestasi pembersihan udara yang terbaik untuk kediaman.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, TCL telah mencipta ekosistem baharu yang menggabungkan ciri pengeluaran dan perkhidmatan pintar melalui internet, yang memberi tumpuan pada kediaman, aplikasi mudah alih dan komersial. Dengan keseluruhan ekosistem TCL yang dibahagikan kepada empat "rantaian ekologi" – pendidikan, hiburan, gaya hidup dan permainan – dan setiap satu daripadanya mencapai tahap kematangan secara berperingkat dari segi pengalaman pengguna yang disampaikan, perkhidmatan aplikasi internet TCL memperlihatkan kelebihannya melalui perkhidmatan kandungan yang berbeza.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160930/0861610256-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160930/0861610256-b

Source: TCL Corporation
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Television New products/services