omniture

Syarikat Gergasi Solar ZNShine Tersenarai dalam NASDAQ China

ZNShine
2016-10-11 17:54 561

BEIJING, 11 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- ZNShine PV-Tech Co., LTD, pembekal penyelesaian fotovolta (PV) bertaraf global, baru-baru ini tersenarai dalam tawaran awam awal bagi National Equities Exchange and Quotations (NEEQ), dikenali sebagai lembaga NASDAQ China untuk syarikat-syarikat inovatif bersaiz kecil dan sederhana di China. Setelah kejayaan IPOnya, ZNShine menjadi syarikat PV solar No. 1 yang tersenarai dalam NEEQ.

Pengerusi Lembaga ZNShine Wang Guifen membunyikan loceng bagi meraikan kejayaan syarikat apabila tersenarai dalam NEEQ
Pengerusi Lembaga ZNShine Wang Guifen membunyikan loceng bagi meraikan kejayaan syarikat apabila tersenarai dalam NEEQ

Dengan pertumbuhan kewangan pantas yang mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak 13.81% bagi separuh pertama tahun 2016, syarikat ini berhasrat untuk menerajui industri dengan memberi tumpuan khusus pada kualiti yang berprestasi tinggi dan juga khidmat pelanggan yang unggul. Rangkaian pengeluaran automatik yang utama di dunia setakat ini mampu menjana purata output tahunan sebanyak 2MW panel solar bagi setiap orang. ZNShine turut mengembangkan rangkaian jualan bermula daripada pasaran Eropah ke benua Amerika dan rantau Asia Pasifik seperti Jepun dan juga negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Selain mengembangkan rangkaian jualan, syarikat ini turut meninjau peluang baharu penggunaan PV solar dalam pelbagai industri. Salah satu contoh ialah usaha inovasinya dalam pengeluaran hasil pertanian. Dengan menggabungkan kaedah tradisional pengeluaran hasil pertanian dengan penjanaan kuasa PV, ZNShine memperoleh mod penjanaan kuasa baharu untuk rumah hijau yang turut menghasilkan penanaman berhasil tinggi di bawahnya. Ini membolehkan penggunaan sepenuhnya sumber tanah yang terhad agar dapat meningkatkan tahap produktiviti keseluruhan secara besar-besaran walaupun dengan perbelanjaan modal yang rendah. Menurut pihak syarikat, projek-projek tersebut telah diguna pakai dengan jayanya di beberapa buah negara termasuk China, Jepun dan lain-lain.

Pengerusi Lembaga ZNShine En. Wang Guifen menyatakan, "Terdapat banyak faedah yang boleh diberikan oleh projek-projek ini. Bukan sahaja kualiti alam sekitar dapat ditingkatkan dalam tempoh jangka panjang, malah projek-projek ini dapat menyediakan peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan. Sebagai contoh, projek di Shanxi dijangka dapat mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida sebanyak 3 juta tan dalam tempoh 25 tahun serta menyediakan lebih 300 peluang pekerjaan."

Kata Wang, "IPO pastinya membuka lembaran baharu buat syarikat. Dengan lebih banyak sokongan kewangan, ZNShine akan terus berkembang dan mengukuhkan kedudukan dalam pasaran PV, selain menyediakan bekalan tenaga boleh diperbaharui yang lebih banyak untuk dunia."

Latar Belakang ZNShine

ZNShine PV-Tech Co., LTD, ditubuhkan pada tahun 1988, ialah pengeluar modul PV berprestasi tinggi, pembangun stesen kuasa PV, pengendali EPC dan stesen kuasa yang terkemuka di dunia. Menerusi rangkaian pengeluaran yang canggih, syarikat ini mempunyai output modul sebanyak 1.6 GW.  Bloomberg menyenaraikan ZNShine sebagai pengeluar PV Tahap 1 global dan 20 pembekal PV paling andal.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161010/0861610408

Source: ZNShine
Keywords: Green Technology Oil/Energy Utilities Offerings