omniture

Kaji Selidik Wartawan PR Newswire Mendedahkan Bahawa Sidang Akhbar adalah Sumber Paling Dipercayai untuk Berita Semasa

PR Newswire
2016-10-14 13:32 718

HONG KONG, 14 Oktober 2016 /PRNewswire/ --

  • 22% dari responden menggunakan sidang akhbar sebagai sumber untuk menulis berita atau mengesahkan fakta, diikuti oleh jurucakap komunikasi korporat (21%) dan laman web rasmi syarikat (19%)
  • Elemen Multimedia seperti imej, video dan infografik adalah antara tiga jenis informasi yang ingin dilihat oleh wartawan dalam sidang akhbar.

Hari ini, PR Newswire mendedahkan keputusan laporan kaji selidik yang bertujuan untuk mengenalpasti status kerja dan amalan pengumpulan berita para wartawan dan golongan profesional media di Asia Pasifik (APAC). Kaji Selidik ini yang berlangsung pada separuh tahun pertama 2016 di seluruh 6 pasaran utama di APAC -- Australia, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Taiwan, telah mendapat respon dari 482 wartawan dan profesional media.

Laporan ini bertujuan untuk memberi maklumat yang boleh membantu  pengamal PR, pemasar, dan jurukomunikasi korporat untuk sentiasa mengikuti arus perkembangan media dan trend terbaharu, untuk memahami secara lebih mendalam cara menarik dan mengukuhkan hubungan simbiotik dengan media. Laporan kaji selidik Bahasa Inggeris kini sedia untuk dimuat turun.

Kaji Selidik Wartawan APAC 2016 oleh PR Newswire
Kaji Selidik Wartawan APAC 2016 oleh PR Newswire

"Percambahan media digital dan sosial mengubah landskap bilik berita dengan pantas," kata Yujie Chen, Naib Presiden Kanan, PR Newswire Asia, "Tempoh proses kitaran berita semakin singkat, dan sudah menjadi kebiasaan apabila berita tergempar disiarkan atas talian terlebih dahulu sebelum ia dicetak. Walaupun wartawan menghadapi tekanan untuk mengeluarkan lebih banyak berita dengan lebih cepat akibat fenomena atas talian ini, mereka telahpun menerima hakikat bahawa media sosial merupakan sumber maklumat yang amat penting dalam kehidupan semua orang. Ini termasuklah media yang telah menggunakan media sosial untuk mengumpul idea berita, meningkatkan pencapaian audiens dan menggalakkan interaksi dengan mereka dengan cara yang lebih bermakna dan rapat."

Keputusan penting dari laporan termasuklah:

  • Sidang akhbar masih merupakan sumber yang paling dipercayai dan dicari untuk penulisan berita atau pengesahan fakta di kalangan wartawan; diikuti oleh jurukomunikasi korporat dan laman rasmi syarikat.
Sumber yang paling dipercayai untuk penulisan berita atau pengesahan fakta
Sumber yang paling dipercayai untuk penulisan berita atau pengesahan fakta
  • Media sosial dan enjin carian adalah dua dari saluran paling popular yang digunakan oleh wartawan untuk sentiasa mengikuti perkembangan berita. Untuk jenama, jangkauan media sosial juga perlu merangkumi interaksi dengan profesional media untuk membina hubungan yang baik. Interaksi positif boleh membantu meningkatkan pengaruh dan kredibiliti jenama.
  • Majoriti besar wartawan meluahkan kepuasan hati mereka dengan kerjaya mereka dan melihat potensi untuk mengembangkan kerjaya mereka dalam industri media. Walaubagaimanapun, mereka sedar tentang perlunya memperkaya dan menambahbaikkan kemahiran untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran media yang berubah.
  • Walaupun kemahiran kewartawanan tradisional masih lagi penting, kebanyakkan cerita dihasilkan untuk peranti digital dan web. Oleh itu, penghasilan video, rekabentuk grafik, dan fotografi, merupakan senarai kemahiran yang paling ingin dimiliki oleh wartawan.
  • Emel adalah medium komunikasi yang paling biasa digunakan di tempat kerja oleh wartawan, walaupun jenama-jenama digalakkan membina hubungan yang sebenarnya dengan profesional media melalui sesi rangkaian atau perjumpaan secara bersemuka.
Kemahiran yang ingin dimilki oleh wartawan
Kemahiran yang ingin dimilki oleh wartawan

Responden kaji selidik kebanyakannya terdiri daripada wartawan berita, editor berita dan ketua editor, yang semuanya menjawab kaji selidik itu berdasarkan amalan kerja dan pengalaman peribadi bersama golongan profesional PR dan komunikasi korporat. Temubual secara bersemuka atau melalui telefon dijalankan dengan responden terpilih untuk mendapatkan pandangan mereka terhadap keputusan itu.

Online News Association Singapore, Singapore Press Club dan Media Publishers Association Singapore adalah rakan kongsi yang telah memberi sokongan terhadap kaji selidik dengan mempromosikannya kepada ahli-ahli mereka.

Muat turun laporan kaji selidik sekarang.

Latar belakang PR Newswire   

PR Newswire, sebuah syarikat Cision, adalah penyedia global premier, platform dan pengagihan multimedia yang digunakan oleh pemasar, jurukomunikasi korporat, pegawai kelestarian, pegawai perhubungan awam dan perhubungan pelabur untuk menarik audiens utama. Mempelopori industri pengedaran berita komersial sejak lebih 60 tahun lalu, PR Newswire hari ini menyediakan penyelesaian menyeluruh untuk menghasilkan, mengoptimumkan dan menyasarkan isi kandungan – dan kemudiannya mengedarkan dan menilai keputusan. Menggabungkan pelbagai-saluran, pengedaran kandungan pelbagai-budaya dan pengoptimuman rangkaian dengan peralatan dan platform aliran kerja yang komprehensif, PR Newswire mengukuhkan cerita organisasi seluruh dunia. PR Newswire berkhidmat untuk puluhan ribu pelanggan dari pejabat mereka di Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan rantau Asia Pasifik.

Cision adalah sebuah syarikat kepintaran media global terkemuka, menyediakan sistem aliran kerja yang lengkap bagi golongan profesional komunikasi hari ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Kumpulan Pemasaran Asia, PR Newswire
+852-2572-8228
asia.marketing@prnasia.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161008/8521606424-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161008/8521606424-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161008/8521606424-c
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160617/8521603993LOGO-d

Source: PR Newswire
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Survey, Polls & Research