omniture

LAPANGKAN KALENDAR ANDA - Vivid Sydney 2017

Festival cahaya, muzik dan idea terbesar dunia
Destination NSW
2016-10-26 12:09 704

SYDNEY, 26 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Vivid Sydney, salah satu pertunjukan cahaya paling menakjubkan di dunia, sekali lagi bakal mengagumkan anda apabila ia kembali ke Sydney selama 23 malam bermula pada Jumaat 26 Mei hingga Sabtu 17 Jun 2017.

Vivid Sydney 2016, Pelabuhan Sydney. KREDIT: Destination NSW, KM-5698
Vivid Sydney 2016, Pelabuhan Sydney. KREDIT: Destination NSW, KM-5698
Vivid Sydney2016, Panggung Opera Sydney, Songlines, Artis Donny Woolagoodja. Kredit: DestinationNSW, JH 0004
Vivid Sydney2016, Panggung Opera Sydney, Songlines, Artis Donny Woolagoodja. Kredit: DestinationNSW, JH 0004

Dimiliki, diurus dan dianjurkan oleh Destination NSW, agensi Pelancongan dan Acara Utama Kerajaan Negeri, Vivid Sydney berjaya menarik lebih 2.31 juta individu dari serata dunia pada tahun 2016.

Vivid Sydney ialah festival cahaya, muzik dan idea terbesar dunia, yang setiap tahun mengubah Bandar Pelabuhan itu menjadi pameran seni luar dengan kanvas kreatif yang berwarna warni. Acara tersebut menampilkan pemasangan dan pancaran lampu secara besar-besaran (Vivid Light), persembahan muzik dan kolaborasi (Vivid Music termasuk Vivid LIVE di Panggung Opera Sydney); selain idea kreatif, perbincangan dan perbahasan (Vivid Ideas), kesemuanya bagi meraikan Sydney sebagai hab kreatif Asia Pasifik.

Menteri Perdagangan, Pelancongan dan Acara Utama NSW, Stuart Ayres berkata: "Vivid Sydney ialah festival cahaya, muzik dan idea terbesar dunia serta merupakan acara terbesar di Australia."

"Tahun lalu, Vivid Sydney berbangga dengan program terbesar seumpamanya dengan lebih 90 pemasangan dan pancaran lampu yang dihasilkan oleh lebih 150 artis dari 23 buah negara, 190 persembahan muzik dan 658 penceramah untuk 183 acara Vivid Ideas. Acara-acara kemuncak termasuk Songlines, satu pancaran hebat diinspirasikan oleh jejak impian zaman lampau yang menjalinkan landskap serta langit, tercipta menerusi hasil kerja enam artis Penduduk Asal terkenal dan merupakan pertunjukan cahaya Penduduk Asal pertama untuk Layar Panggung Opera Sydney."

"Vivid Sydney 2017 menjanjikan acara yang lebih hebat, jadi pastikan anda mencatat tarikh pada Jumaat 26 Mei hingga Sabtu 17 Jun dalam diari anda, dan rancanglah perjalanan anda bagi menyaksikan Vivid Sydney sekarang."

Sepintas lalu berkenaan keajaiban Vivid Sydney, tonton video selang masa ini daripada acara tahun 2016 di sini https://vimeo.com/171516072.

Catatan acara

Acara: Vivid Sydney 2017 
            Festival Cahaya, Muzik dan Idea terbesar dunia serta acara terbesar Australia, 
            Vivid Sydney merupakan satu perayaan utama bagi industri-industri kreatif.

Tarikh: Jumaat 26 Mei - Sabtu 17 Jun 2017

Tempat: Sydney, Australia – Lokasi di seluruh bandar termasuk pancaran lampu di sepanjang pesisir pantai Pelabuhan Sydney yang ikonik termasuk Panggung Opera Sydney dan Jambatan Pelabuhan Sydney.

Laman sesawang:   www.vividsydney.com

Media:  www.vividsydney.com/media-centre (imej, siaran rakaman berkualiti dan bahan-bahan media)

Sila ambil perhatian: Program Vivid Sydney 2017 yang lengkap akan diumumkan pada awal tahun 2017. 

Pilihan media sosial tentang Vivid Sydney:

Ikuti Vivid Sydney
facebook.com/vividsydney
twitter.com/vividsydney
instagram.com/vividsydney
youtube.com/vividsydney

Ikuti Vivid Ideas
facebook.com/vividideas
twitter.com/vividideas 
instagram.com/vividideas

Hashtag
#vividsydney #vividideas #ilovesydney

Pertanyaan media: 
Melissa Coates, Destination NSW
M: +61-419-093-882 E: Melissa.Coates@dnsw.com.au

Jessica Parry, Destination NSW
M: +61-428-767-836 E: Jessica.Parry@dnsw.com.au

Untuk memuat turun imej dan rakaman video Vivid Sydney 2016, sila kunjungi www.vividsydney.com/media-centre.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161025/8521606804-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161025/8521606804-b

Source: Destination NSW
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Leisure/Travel/Hotels Travel