omniture

Narada Siapkan Sistem Simpanan Tenaga Komersial Pertama China

Narada Power Source Co.,Ltd
2017-01-10 22:00 779

SHANGHAI, 10 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Sistem Simpanan Tenaga (Fasa Pertama: 1.5MW/12MWh) berskala besar, yang direka dan dibangunkan oleh Narada Power Source Co., Ltd. untuk GCL Silicon telah mula beroperasi dengan jayanya. Ini merupakan Sistem Simpanan Tenaga (ESS) pertama yang dikomersialkan di China.

The 1st commercialized BESS in China
The 1st commercialized BESS in China

Dalam projek ini, Narada bertindak sebagai EPC bagi menyediakan seluruh perkhidmatan reka bentuk, perolehan, pembinaan dan penyepaduan sistem, selain turut terlibat dalam menyediakan beberapa perkhidmatan termasuk pengurusan penggunaan tenaga elektrik, pengendalian dan juga penyelenggaraan untuk peringkat seterusnya. Projek yang telah siap ini memperlihatkan Narada sebagai peneraju utama dalam usaha pengkomersialan ESS.

ESS ialah salah satu teknologi utama yang digunakan untuk Grid Pintar, Penjanaan Teragih, Penyepaduan Tenaga Boleh Diperbaharui, Mikrogrid, serta pembuatan Kenderaan Elektrik. Ia diaplikasikan untuk aspek penjanaan, T&D serta "belakang-meter" bagi menyediakan perkhidmatan seperti pengurangan puncak, kawalan frekuensi, penambahbaikan keandalan bekalan elektrik, dsb. ESS khususnya telah menambah baik sebahagian besar keupayaan penerimaan penyepaduan tenaga boleh diperbaharui, dan ia turut memudahkan pembangunan serta penggunaan tenaga boleh diperbaharui dengan intensif.

Selaku peneraju dalam industri ESS, Narada telah membuat satu peningkatan besar dalam teknologi Ion Litium, teknologi Karbon Plumbum, inovasi penyelesaian ESS serta pembangunan pemasaran. Pada akhir tahun 2016, Narada telahpun menyiapkan dan memeterai perjanjian untuk ESS sebanyak lebih 800MWh, dan sebahagian besarnya digunakan untuk pengurangan puncak, peraturan frekuensi dan juga penyepaduan tenaga boleh diperbaharui. Projek-projek ini dimanfaatkan di seluruh dunia, seperti China, India, Kanada, Singapura, Indonesia, Pakistan, dsb.

Selain ESS yang dikomersialkan pertama kali ini, kini Narada sedang mengusahakan ESS terbesar untuk taman perindustrian di China, dengan jumlah kapasiti mencecah 15MW/120MWh. Sementara itu, Narada juga menyediakan ESS untuk tujuan peraturan frekuensi bagi kedua-dua ladang suria di Kanada serta grid negara India.

Presiden Narada menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap tenaga pintar, khususnya ESS dan mengulas: "Pada masa depan, bagi tujuan pengurangan kos yang berterusan untuk setiap kWh, Narada akan terus membawakan model perniagaan baharu 'Pelaburan + Pengendalian' dalam usaha pengkomersialan ESS, dan akan turut menyumbang ke arah pembangunan tenaga yang lestari untuk seluruh dunia menerusi inovasi yang berterusan, peningkatan teknologi serta pengkomersialan tenaga pintar."

Latar Belakang Narada

Narada Power Source Co., Ltd. (SZ: 300068), ialah sebuah syarikat tenaga bertaraf antarabangsa yang mengkhusus dalam penyelesaian simpanan untuk kedua-dua projek perumahan dan projek berskala besar, ditubuhkan pada tahun 1994 dan meraih perolehan jualan yang mencecah hampir USD 1.3bilion pada tahun 2016, dan kapasiti simpanan berkontrak melebihi 800MWh.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi atau layari:

E-mel: ess@narada.biz
Laman Sesawang: en.naradapower.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161228/0861614134

 

 

Source: Narada Power Source Co.,Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:300068
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services