omniture

Eileen Khew Dilantik Pengarah Jualan & Pemasaran Marina Mandarin Singapore

Marina Mandarin Singapore
2017-01-11 22:35 1010

SINGAPURA, 11 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Eileen Khew telah dilantik sebagai Pengarah Jualan & Pemasaran bagi hotel Marina Mandarin Singapore yang tersohor di peringkat antarabangsa -- hotel perniagaan kelas atasan 575 bilik yang berada di lokasi yang sangat hebat di tengah-tengah daerah kewangan Marina Bay.

Eileen Khew, Director of Sales & Marketing, Marina Mandarin Singapore
Eileen Khew, Director of Sales & Marketing, Marina Mandarin Singapore

Eileen membawa pengalaman yang luas bersama peranan baharunya, dengan kerjaya dalam industri hospitaliti yang menjangkau lebih 25 tahun. Beliau menyertai Marina Mandarin Singapura berikutan kejayaan empat tahun sebagai Pengarah Kawasan Jualan & Pemasaran Far East Hospitality, di mana beliau mengetuai jualan strategik, pemasaran dan usaha-usaha menjana pendapatan tiga hotel utama Far East Organization di Singapura -- Hotel Orchard Parade, The Elizabeth Singapore, dan  Hotel The Quincy.

"Saya amat gembira dengan kehadiran Eileen dalam pasukan ini," kata Melvin Lim, Pengurus Besar Marina Mandarin Singapore. "Saya yakin dengan pengalaman kepimpinan dan pengetahuan mendalam yang beliau miliki tentang industri ini, beliau tentunya akan berjaya memacu pasukan Jualan  & Pemasaran ke arah mencapai objektif perniagaan sambil mengukuhkan kedudukan kompetitif Marina Mandarin Singapore sebagai sebuah hotel terkemuka di kawasan Marina Bay."

Marina Mandarin Singapore diuruskan oleh Meritus Hotels & Resorts.

Hubungan Media:

Sharon Vu
Pengarah Pemasaran dan Komunikasi
VU Marcoms
+65-6845-1239 | +65-8138-6913
sharonvu@vumarcoms.com 

Nota kepada Editor:

Latar Belakang Marina Mandarin Singapore, oleh Meritus

Marina Mandarin Singapore yang tersohor di peringkat antarabangsa ialah sebuah hotel perniagaan kelas atasan yang menawarkan pemandangan Marina Bay dan daerah kewangan yang mempersonakan. Terletak di lokasi yang hebat di tengah-tengah bandaraya, hotel ini mempunyai akses langsung ke Marina Square Shopping Mall, dan berhadapan Pusat Konvensyen & Pameran Suntec Singapura, The Esplanade- pusat seni persembahan Singapura yang ulung. Hotel ini juga terletak betul-betul tepi di trek perlumbaan Grand Prix Formula One tahunan Singapura.

Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan komprehensif, kesemua 575 bilik tamu dan suit yang lengkap  di hotel ini disediakan khas untuk memenuhi keperluan pengunjung  perniagaan dan pelancong yang arif menilai.

Marina Mandarin Singapore dinobatkan Pemenang Negara (Singapura) -- Hotel Perniagaan Mewah di World Luxury Awards (Anugerah Mewah Dunia) 2013, 2014 dan 2015. Ia juga telah dianugerahi Sijil Kecemerlangan TripAdvisor selama tiga tahun berturut-turut sejak 2013, meraih penghormatan Hall of Fame bagi hotel ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.meritushotels.com/marina.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170110/8521700165 

Source: Marina Mandarin Singapore
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Personnel announcements