omniture

Lexus dan Bintang Valerian Dane DeHaan Previu Kapal Angkasa Satu Tempat Duduk 'SKYJET' di Miami

Lexus International
2017-01-14 02:13 657

MIAMI, 14 Januari 2017 /PRNewswire/ --

Seperti yang Ditampilkan dalam Filem Cereka Sains Luc Besson Akan Datang, "Valerian and the City of a Thousand Planets"

Malam tadi bintang utama filem 2017 VALERIAN AND THE CITY OF A THOUSAND PLANETS Dane DeHaan, memperkenalkan replika kapal angkasa buru utama dalam filem itu. SKYJET satu tempat duduk diperkenal buat julung kali sebagai sebahagian daripada acara Lexus yang imersif di Miami, bertujuan mempamerkan produk terbaharu jenama mewah itu dan juga aktviti-aktiviti gaya hidup.

(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/457029/Lexus_International_Valerian_1.jpg )
(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/457030/Lexus_International_Valerian_2.jpg )
(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/457031/Lexus_International_Valerian_3.jpg )
(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/457032/Lexus_International_Valerian_4.jpg )

SKYJET dicipta oleh pasukan Valerian yang bercita-cita untuk menampilkan kenderaan berasaskan realiti, tetapi bersesuaian dengan dunia Valerian, yang berlaku 700 tahun akan datang. Pasukan kreatif filem ini bekerjasama dengan para pereka Lexus untuk menggabungkan tanda saran reka bentuk kontemporari yang diadaptasi daripada model-model ikonik semasa untuk menghasilkan rekaan akhir SKYJET.

Reka bentuk akhir menggabungkan tafsiran yang diadaptasi daripada jeriji "spindel" terkenal Lexus, dan reka bentuk lampu hadapan yang serupa dengan Lexus LC coupe 2018 yang amat dinanti-nantikan, ditakrifkan oleh bentuk atletik dan aerodinamik. Tambahan lagi, apabila mereka bentuk bahagian dalaman model konsep ini, pasukan kreatif Valerian mendapat inspirasi daripada kemajuan terkini jenama Lexus dalam teknologi AI dan HMI canggih. Penceritaannya juga bakal menggabungkan kapsul tenaga yang dibayangkan pada masa depan, diinspirasikan oleh hasil kerja Lexus terhadap teknologi sel bahan api hidrogen yang inovatif. Imej pertama kapal angkasa ini dipertontonkan pada November lalu, hari yang sama ketika treler petikan filem itu ditayang buat julung kalinya.

Mengulas tentang pelancaran replica, Dane berkata: "Saya sudah lama ingin bekerjasama dengan Luc Besson kerana beliau benar-benar menonjolkan setiap butiran dalam filem-filem beliau, menghidupkan penceritaan dengan cara paling imaginatif yang boleh dicapai. Kolaborasi dengan Lexus terhadap SKYJET ialah contoh hebat bagi usaha ini, babak kejar mengejar epik Valerian menerusi Skyjet pastinya menjadi salah satu detik paling mengujakan dalam filem ini."

Pelancaran replika itu dikoreografikan dengan persembahan cahaya dramatik sebelum Dane naik ke pentas untuk bercerita tentang penggambaran bersama SKYJET dan pengalaman bekerja di set bersama bintang gandingan beliau Cara Delevingne dan juga pengarah Luc Besson.

Mengulas tentang perkongsian Spiros Fotinos, Ketua Pemasaran Jenama Global di Lexus menambah: "Ketika Luc pertama kali menceritakan kepada kami tentang wawasan beliau untuk Valerian, jelas sekali beliau mempunyai cita-cita yang sama dengan kami untuk melangkaui kebiasaan dan mencipta pengalaman yang menakjubkan. Ia merupakan suatu cabaran menarik dalam usaha membantu membayangkan reka bentuk dan teknologi untuk SKYJET dari sudut pandang Lexus. Di samping membolehkan jenama kami menjadi sebahagian daripada kisah yang hebat ini, kami dapat menikmati saat betapa terkejutnya pereka dan jurutera kami apabila kami memaklumkan mereka dapat membina sebuah kapal angkasa!"

Lexus merancang untuk menyediakan sejumlah pengalaman yang menakjubkan dalam tempoh tujuh bulan akan datang, direka agar dapat membawa peminat dari seluruh dunia melihat lebih dekat aksi Valerian menjelang pelancaran filem itu pada Julai 2017.

Ketahui lebih lanjut tentang VALERIAN AND THE CITY OF A THOUSAND PLANETS melalui:

Facebook: https://www.facebook.com/ValerianMovie 
Twitter: https://twitter.com/ValerianMovie 
Instagram: https://instagram.com/valerianmovie/

 #ValerianSKYJET #LexusLens  

Facebook: https://www.facebook.com/LexusInternational 
Twitter: https://twitter.com/LexusInt 
Instagram: https://www.instagram.com/beyondbylexus/ 
http://www.lexus-int.com

LATAR BELAKANG VALERIAN

Berpaksikan daripada siri novel grafik klasik, Valerian and Laureline - penulis/pengarah berwawasan Luc Besson melanjutkan bahan sumber ikonik ini menjadi kisah sains fiksyen yang berunsur kontemporari, unik dan juga epik.

Valerian (Dane DeHaan) dan Laureline (Cara Delevingne) merupakan pegawai-pegawai khas kerajaan untuk jajahan manusia yang bertanggungjawab mengekalkan keamanan di seluruh alam semesta. Di bawah arahan Kommander (Clive Owen) mereka, Valerian dan Laureline memulakan satu misi ke bandar antara galaksi yang mengagumkan, Alpha, sebuah metropolis yang sentiasa berkembang, merangkumi ribuan spesies berbeza daripada kesemua empat penjuru alam semesta. Seramai tujuh belas juta penduduk Alpha berhimpun dari masa ke masa – menggabungkan bakat, teknologi dan sumber mereka demi kebaikan semua.  Malangnya, tidak semua penduduk Alpha berkongsi matlamat yang sama ini; bahkan, kuasa-kuasa di belakang tabir sedang beroperasi, meletakkan manusia dalam bahaya besar.

LATAR BELAKANG LEXUS  

Sejak diperkenal buat julung kali dalam pasaran A.S. pada tahun 1989, Lexus meraih reputasi dari seluruh dunia kerana produk berkualiti tinggi dan khidmat pelanggan yang boleh diteladani. Terkenal dengan keandalaan unggul kenderaannya, Lexus ialah peneraju hibrid mewah, menawarkan kenderaan hibrid yang menggabungkan antara teknologi inovatif dan ciri mewah utama. Setakat ini, Lexus telah berkembang ke dalam lebih 90 pasaran di seluruh dunia. Evolusi Lexus bukan sahaja dapat dilihat menerusi reka bentuk yang progresif terhadap kenderaan terkininya, bahkan melalui misi jenama itu untuk menawan hati pengguna mewah generasi seterusnya menerusi kesedaran, produk dan perkhidmatan yang berwawasan, asli dan juga menarik. http://www.lexus-int.com 

Sumber: Lexus International

Source: Lexus International
Related Links:
Keywords: Auto Entertainment Film & Motion Picture Transportation Licensing/marketing agreements