omniture

Hartawan hiburan China Wang Jianlin tunjuk kemahiran menyanyi rock seiring transformasi perniagaan Wanda Group kepada hiburan, pelancongan dan sukan

Wanda Group
2017-01-16 12:00 857

HEFEI, China, 16 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Wang Jianlin, orang terkaya China, terus mengejutkan para tetamu dan kakitangan beliau sempena malam gala syarikat 2016 pada 14 Januari dengan membuat persembahan istimewa setelah menyampaikan laporan pendapatan tahunan yang memuaskan pada sebelah pagi, mengiktiraf bahawa Wanda Group terus mempelbagaikan segmen perniagaannya pada tahun 2016, mengurangkan perolehan dalam hartanah komersial, sambil meningkatkan pendapatan dalam bidang hiburan, pelancongan dan sukan.

Dalam majlis gala itu, Wang menggamit perhatian penonton menerusi lagu rock legenda oleh bintang rock Cina Cui Jian berjudul "Nothing to My Name" dan satu lagi lagu rock klasik berjudul "Friends." Seterusnya, beliau terus mempamerkan bahawa beliau berbakat menyanyi yang setanding dengan kecekapan berniaga beliau dengan mempersembahkan lagu opera Huangmei tradisional dan lirik lagu cinta penuh kasih sayang bertajuk "Waiting." Ini bukanlah kali pertama Wang menunjukkan minat peribadi beliau kepada orang ramai. Dalam satu majlis gala tahun lalu, Wang menunjukkan kemahiran menyanyi lagu rock buat pertama kali dan video nyanyian tersebut mula tersebar ke seluruh negara dan dunia. Pengguna internet Cina sebenarnya menjangkakan persembahan beliau dibuat tahun ini.

Menurut laporan perolehan 2016, pendapatan operasi Kumpulan ini meningkat sebanyak 3.4% pada tahun 2016 berbanding tahun sebelumnya, menjadi RMB 254.98 bilion, manakala keuntungan pula meningkat dua angka. Jumlah aset bertambah menjadi RMB 796.1 bilion, meningkat sebanyak 21.4%.

Selaku Pengerusi Dalian Wanda Group, Wang terkenal dengan semangat dan cita-cita beliau dalam industri hiburan, sukan dan kebudayaan, walaupun Kumpulan ini lebih menonjol dalam bidang hartanah komersial sejak ditubuhkan pada tahun 1988. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Kumpulan ini sibuk membeli syarikat-syarikat hiburan, termasuk AMC Entertainment dan studio filem A.S. Legendary Entertainment, menaja FIFA dan melabur dalam pelbagai sukan berbeza di lebih 20 negara serata dunia, selain membangunkan taman-taman tema di China, bagi mengubah syarikatnya menjadi konglomerat yang menerajui industri perfileman, sukan dan pelancongan.

Di China, ahli perniagaan paling kaya ini disayangi oleh orang ramai kerana ketekunan dan karakter beliau yang periang. Awal tahun ini, Wang mengeluarkan kenyataan dalam satu temu bual iaitu apabila melibatkan keputusan perniagaan, biasanya beliau menetapkan satu matlamat yang kecil terlebih dahulu, seperti memperoleh keuntungan sebanyak RMB 100 juta. Beliau berkata sedemikian dengan begitu bersahaja, menjadikan beliau tumpuan sensasi dalam talian di China.

Tonton persembahan nyanyian lagu rock lelaki terkaya di China: "Nothing to My Name", "Friends", Huangmei opera, "Waiting".

 

Source: Wanda Group
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment