omniture

Tinjauan CGAP Baharu Dapati Teknologi Sahaja Tidak Dapat Sediakan Kesalingfungsian Berjaya dalam Perkhidmatan Kewangan Digital

CGAP
2017-01-16 21:00 681

Tadbir urus dan insentif perniagaan diperlukan agar sistem bayaran mudahkan golongan miskin berjalan lancar

WASHINGTON, 16 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Walau betapa hebatnya suatu teknologi dibangunkan, kesalingfungsian dalam perkhidmatan kewangan digital tidak akan mencapai potensi penuh melainkan struktur dan insentif perniagaan yang tepat disediakan, seperti yang didapati oleh CGAP dalam laporan baharunya, Digital Finance Interoperability and Financial Inclusion: A 20-Country Scan (Kesalingfungsian Kewangan Digital dan Rangkuman Kewangan: Tinjauan 20 Negara).

Apabila penyedia perkhidmatan kewangan dan pengawal selia berbincang tentang kesalingfungsian, ia mengingatkan kita tentang imej-imej suis, platform dan perisian – ringkasnya, instrumen teknikal yang membolehkan sistem bayaran moden beroperasi seiring. Namun begitu, tinjauan kesalingfungsian global baharu oleh CGAP mendapati pertukaran bayaran yang lancar dengan pantas dan murah – cara penting untuk menghubungkan masyarakat miskin dengan ekonomi formal – adalah lebih daripada sekadar sambungan teknikal.

Sistem bayaran saling beroperasi yang berjaya bergantung pada tiga elemen ini, iaitu:

  • Tadbir urus dan peraturan operasi yang merangkumi sejauh mana peserta membuat keputusan, mengurus operasi bersama-sama dan mempertimbangkan risiko perlu disediakan;
  • Perjanjian perniagaan yang mengimbangi kepentingan ekonomi peserta, bermula daripada harga kepada pemasaran jenama, diperlukan bagi memberi insentif kepada mereka untuk bertukar-tukar pembayaran; dan
  • Infrastruktur teknikal yang menghubungkan peserta, melibatkan apa sahaja, bermula daripada gerbang bayaran atau sambungan dua hala kepada perkhidmatan pihak ketiga, perlulah kukuh.  

Greta L. Bull, Ketua Pegawai Eksekutif, CGAP berkata, "Kesalingfungsian adalah penting untuk perkembangan perkhidmatan kewangan digital, memandangkan ia memberi pengalaman lebih baik kepada pengguna berpendapatan rendah dan memperkenalkan kecekapan dan skala ke dalam sistem bayaran. Banyak negara sedang mengkaji laluan bagi memanfaatkan kesalingfungsian. Apa yang ditunjukkan oleh kajian ini ialah tiada satu formula pun untuk menyediakan kesalingfungsian."

Tinjauan ini juga memberikan dapatan berikut:

  1. Tempoh: Walaupun pelbagai sistem dan infrastruktur teknikal perlu disediakan, ia mengambil masa untuk berlakunya perubahan tingkah laku kewangan dan pengguna akhir memahami cara menggunakan sistem.
  2. Fokus terhadap Teknologi Tidak Berpandangan Jauh: Walaupun sistem saling beroperasi mungkin melibatkan teknologi, elemen penting lain seperti tadbir urus dan insentif perniagaan yang baik juga penting. Hasilnya nanti ialah lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan kewangan formal dan perniagaan mendapat manfaat daripada peningkatan penggunaan.
  3. Apa yang Utama? Perkhidmatan kewangan digital tidak semestinya merupakan satu prasyarat bagi membangunkan sistem saling beroperasi, dan tiada laluan atau masa yang jelas untuk membangunkan sistem itu. Beberapa sistem saling boleh kendali didorong oleh kuasa pasaran dan ada juga yang dipacu oleh kerajaan dan polisi; bergantung pada konteks sesebuah negara.

Tinjauan oleh CGAP ialah satu tinjauan yang pertama seumpamanya dan menunjukkan tahap kemajuan yang dibuat bagi menyediakan aspek kesalingfungsian di 20 negara, termasuk India, Kenya, Mesir dan Mexico, merentasi tiga benua. Ia menyediakan penilaian menyeluruh tentang bayaran yang dibuat kepada atau daripada akaun-akaun urus niaga bernilai kecil melalui tiga jenis sistem saling beroperasi antara tiga atau lebih penyedia, dua penyedia dan menerusi pihak ketiga yang menghubungkan pelbagai penyedia dengan satu sama lain.

Kertas Kerja CGAP: Kesalingfungsian Kewangan Digital dan Rangkuman Kewangan: Tinjauan 20 Negara, oleh Pablo Garcia Arabehety, Gregory Chen, William Cook dan Claudia McKay
http://www.cgap.org/publications/digital-finance-interoperability-financial-inclusion

Dek Slaid PowerPoint:
http://www.slideshare.net/CGAP/digital-finance-and-interoperability-20-country-scan

CGAP (Consultative Group to Assist the Poor) ialah satu perkongsian peringkat global yang terdiri daripada lebih 30 organisasi terkemuka yang berusaha memajukan agenda rangkuman kewangan. CGAP membangunkan penyelesaian inovatif melalui kajian praktikal dan penglibatan aktif bersama penyedia perkhidmatan kewangan, pembuat dasar dan juga pembiaya bagi melaksanakan pendekatan secara meluas. Berpusat di Bank Dunia, CGAP menggabungkan pendekatan pragmatik demi menjayakan pembangunan pasaran yang berhemah melalui platform sokongan berasaskan bukti untuk meningkatkan akses perkhidmatan kewangan kepada golongan miskin yang memerlukan bagi tujuan mengubah hidup mereka. Maklumat lanjut di www.cgap.org.

Source: CGAP
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Economic news, trends, analysis Not for profit Survey, Polls & Research
pls contact tech@prnasia.com. 3