omniture

Bass Lebih Kuat dan Lebih Mengagumkan untuk Subwufer dan Amplifier 2017 Baru Pioneer

Pioneer Electronics
2017-01-24 09:00 1002

SINGAPURA, 24 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Pioneer Electronics Asia Centre, pakar hiburan rumah dan audio kereta, hari ini melancarkan subwufer dan amplifier dalam keretanya yang terkini, menggabungkan pengendalian kuasa lebih tinggi dengan penghasilan bass yang lebih mengagumkan bagi menjamin kesan sonik maksimum.

TS-WX70DA
TS-WX70DA

 

Back-loaded horn enclosure design
Back-loaded horn enclosure design

 

Pioneer GM-A6704 series amplifier
Pioneer GM-A6704 series amplifier

Lima subwufer (sub) disediakan - TS-WX306B, TS-WX306T, TS-WX70DA, dan TS-SWX3002 – bagi memenuhi pelbagai keperluan pasaran, bermula daripada model konvensional kepada versi nipis. Bagi kategori amplifier pula, Pioneer turut menyediakan GM-A6704, GM-A5702, GM-A4704, GM-A3702, iaitu tawaran nilai terbaik untuk wang anda pada masa kini.

"Subwufer dan amplifier kami mencerminkan sejarah panjang dan kepakaran Pioneer dalam penghasilan semula bunyi. Kami mempunyai kelebihan unik sebagai salah satu daripada segelintir jenama audio kereta, yang boleh memanfaatkan teknologi dan pembelajaran daripada kedua-dua segmen perniagaan audio hiburan rumah dan profesional kami," kata En. Chiba Takao, Timbalan Pengurus Besar Bahagian Perancangan Perniagaan dan Pemasaran, Pioneer Electronics Asia Centre. 

Berikut merupakan maklumat utamanya:

SUBWUFER NIPIS AKTIF TS-WX70DA

Penyelesaian pasang-dan-main yang inovatif, TS-WX70DA ialah subwufer nipis aktif pertama (berkuasa) yang menggabungkan Kawalan Bass Digital. Teknologi Pioneer proprietari ini mempunyai dua mod bass yang boleh dipilih, gandingan reka bentuk kepungan hon muatan-ruangan belakang yang padat, menjamin kualiti bass yang unggul dan juga keanjalan pemasangan.

SUBWUFER KOTAK DAN TIUB TS-WX306B DAN TS-WX306T

Subwufer kotak TX-WX306B dan gandingan TS-WX306T berbentuk silinder bukan sahaja lebih mampu milik berbanding sebelum ini, bahkan turut mempunyai reka bentuk jeriji serba baharu, yang mempunyai fungsi sama untuk melindungi pemacu pembesar suara di dalamnya.

SUBWUFER NIPIS TS-SWX3002

Demi memenuhi keperluan kereta bandar bersaiz lebih kecil, Pioneer menghasilkan subwufer 8" TS-SWX2002 dan 12" TS-SWX3002. Subwufer kompak ini turut didatangkan dengan bentuk kepungan dioptimumkan-kilang, demi menjamin kualiti bunyi terbaik yang keluar daripada kotak, membolehkan pemilik kereta menikmati bunyi yang kuat dalam ruang kecil.

AMPLIFIER SIRI GM-A

Dijual dengan konfigurasi dua dan empat saluran bermula daripada 500W hingga 1,000W, output kuasa maksimum bagi semua model telah dinaik taraf sehingga mencecah 30%, menyediakan ruang atas yang dipertingkat bagi menjamin fungsi main semula muzik tanpa gangguan walau pada kekuatan bunyi yang tinggi.

Muat turun imej produk beresolusi tinggi: https://www.dropbox.com/sh/wdun7jdr206n4mn/AACAOBhveayIwGtS1HrDmM1ra?dl=0

Subwufer dan amplifier Pioneer 2017 baharu kini tersedia melalui para pengedar sah Pioneer.

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat terkini, layari laman Pioneer Car Entertainment Facebook di www.facebook.com/PioneerCarEntertainment/.

Memandangkan ketersediaan produk sebenar berbeza mengikut negara, sila hubungi pejabat Pioneer di kawasan anda untuk maklumat lanjut.

Nota-nota tambahan:

i. Jangan gunakan sistem Pioneer anda sekiranya ia boleh mengalihkan perhatian anda dalam apa jua cara daripada pengendalian kenderaan anda secara selamat. Sentiasa patuhi peraturan pemanduan yang selamat. Di sesetengah negara, pengendalian peranti tertentu semasa memandu adalah salah di sisi undang-undang. Sekiranya peraturan sedemikian dikenakan, ia harus dipatuhi.

Latar Belakang Pioneer Electronics AsiaCentre (PAC) Pte. Ltd.

Ibu pejabat serantau Pioneer Corporation sejak tahun 1992, perniagaan teras Pioneer ialah dalam audio visual kereta. Pioneer bermatlamat untuk menjadi pengeluar dan pembekal selepas jualan utama untuk jenama-jenama kereta terkemuka, menyediakan penyelesaian maklumat hibur yang komprehensif di dalam kereta, dengan membangunkan peranti generasi seterusnya dan perkhidmatan awan yang bersifat inovatif untuk pasaran kereta terhubung yang semakin berkembang. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pioneer.com.sg.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170116/8521700285-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170116/8521700285-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170116/8521700285-c

Source: Pioneer Electronics
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment New products/services