omniture

Global Sports Commerce Terima Pembiayaan Untuk Teruskan Pengambilalihan di Australia dan New Zealand

Global Sports Commerce (GSC)
2017-02-18 00:47 694

CHENNAI, SYDNEY dan AUCKLAND, New Zealand, 18 Februari 2017 /PRNewswire/ --

Global Sports Commerce (GSC) dan sekutunya Techfront International, pembekal skrin LED dalam stadium, juga penajaan bersepadu dan penyelesaian digital untuk acara-acara sukan dan media, telah menerima pembiayaan bagi menyokong pengambilalihan Screencorp di Australia dan Oled & Carniegie di New Zealand. Pasukan Kredit Persendirian BlackRock telah mengaturkan pembiayaan tunggal untuk transaksi bergabung ini. Terma pembiayaan belum didedahkan.

Pengambilalihan yang dirancang ini akan membolehkan GSC untuk lebih menembusi pasaran penyelesaian digital dalam sukan di Australia dan New Zealand, dan dalam masa yang sama menembusi sektor papan pengiklanan digital yang semakin berkembang pesat. Techfront Australia, anak syarikat Techfront International, memimpin pasaran di Australia dan New Zealand sebagai rakan kongsi kepada AFL, All Blacks, NZ Cricket ser dan rakan kerjasama MKTG dalam Cricket Australia & BigBash League.

MS Muralidharan, Ketua Pegawai Eksekutif GSC, berkata, "Pengambilalihan ini akan memudahkan lebih penglibatan dalam sukan untuk GSC dan Techfront dan menjadi templat untuk mereplikasi model yang berjaya di seluruh Eropah dan Amerika Utara. Sokongan BlackRock menyediakan Techfront dengan dorongan yang lebih besar dan menyumbang kepada penyatuan perdagangan sukan di seluruh dunia melalui penggunaan teknologi seperti Commerce Optimiser. "

Neil Maxwell, Ketua Pegawai Eksekutif Techfront Australia, berkata, "Penambahan syarikat-syarikat ini menyediakan TFA dengan skala yang tiada tandingan dalam pasaran Australia dan New Zealand. Kini kami dapat menampung peningkatan bilangan sukan dan dalam proses itu, menyediakan penawaran yang lebih meluas di samping perkhidmatan yang lebih baik. "

Neeraj Seth, Ketua Kredit Asia BlackRock, mengulas, "Kedudukan dominan GSC dan Techfront dalam pasaran utama kriket, dan dengan penglibatan yang semakin meningkat dalam bola sepak, ragbi, tenis dan sukan-sukan lain, menjadikan ia satu peluang pelaburan yang menarik. Kredit persendirian telah menjadi sumber penting untuk mendapatkan modal fleksibel bagi syarikat-syarikat dalam pasaran pertengahan tatkala bank-bank sedang dikekang daripada menyediakan pembiayaan kepada syarikat-syarikat Asia. "

Beliau menambah, "BlackRock berada di kedudukan yang betul untuk menyediakan syarikat-syarikat seperti GSC dan Techfront dengan modal merangkumi berbilang bidang niaga negara-negara Asia. Ia membolehkan organisasi sedemikian untuk berkembang sambil membolehkan kami melengkapi pelabur kami dengan pelbagai sumber pulangan pelaburan."

Latar Belakang Global Sports Commerce (GSC): http://globalsportscommerce.com/

Latar Belakang Techfront: http://techfront.in/

Latar Belakang BlackRock: https://www.blackrock.com/

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Namrata Aswani
+91-9920710261
namrata@itwconsulting.in

Source: Global Sports Commerce (GSC)
Keywords: Sports Financing agreements