omniture

Dusseldorf Siap Sedia untuk Grand Depart 2017

City of Duesseldorf
2017-02-20 08:20 545

DUSSELDORF, Jerman, 20 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Dusseldorf ialah pusat tumpuan bagi pertandingan lumba basikal tahun 2017: 30 tahun selepas Tour-de-France diadakan di bandar terbahagi Berlin pada tahun 1987, pertandingan lumba basikal paling penting di dunia akhirnya bakal bermula sekali lagi di Jerman dan Dusseldorf menantikan saat permulaan perlumbaan basikal Perancis penuh legenda ini.

generated by system

Grand Depart dimulakan dengan pengenalan pasukan-pasukan pada hari Khamis, 29 Jun pada jam 6 petang (masa yang dijadualkan). Pada hari Jumaat, Lichterfest (festival cahaya) di Schloss Benrath menawarkan audiens dengan persembahan muzik klasik di bawah langit terbentang luas, istana diterangi cahaya yang romantik dan bunga api yang memukau. Dalam masa yang sama, penerimaan rasmi Grand Depart Dusseldorf 2017 akan turut diadakan di lokasi ini. Pada hari Sabtu, perlumbaan peringkat pertama bermula dengan percubaan masa individu – masa mula dirancang pada jam 3.15 petang (karavan publisiti bermula pada 1.45 petang). Pada petang 1 Julai, Konsert Kawasan Terbuka 3-D KRAFTWERK sempena permulaan Tour de France bersama tetamu istimewa AIR bakal diadakan di Ehrenhof. Pada hari Ahad, perlumbaan peringkat kedua bakal bermula di Dusseldorf - masa mula dirancang pada jam 12 tengah malam (karavan publisiti bermula pada jam 10 pagi).

Selain itu, penganjuran Grand Depart membabitkan banyak lagi acara berbasikal bagi tahun 2017. Permulaan penting program acara ini ialah "Bonjour le Tour" pada hari Sabtu, 25 Mac bertempat di Dewan Perbandaran bermula pada jam 12 tengah malam – dengan hidangan lazat daripada Cafe Velo, persembahan muzik secara langsung dan Menara Eiffel yang dibuat daripada batu bata Lego. Hari tersebut diakhiri dengan Nacht der Museen (malam muzium). Terdapat juga tambahan baharu disediakan dalam aplikasi RADschlag: di samping laluan berbasikal sedia ada dan yang disyorkan, perlumbaan rasmi peringkat pertama Tour de France 2017 akan turut ditambah sebagai satu ekspedisi khas.

Hubungi:
Bandar Duesseldorf
Amt fur Kommunikation
Kerstin Jackel-Engstfeld
Telefon: +49-211-8993131
E-Mel: presse@duesseldorf.de
http://www.duesseldorf.de

Source: City of Duesseldorf
Keywords: Sporting Events Sports