omniture

Ikatan Strategik ABB Inks Dengan DigiValet

DigiValet
2017-02-20 12:00 547

SINGAPURA, 20 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Rakan kongsi Membentangkan Penyelesaian Sepadu DigiValet dengan Ekosistem Automasi Bangunan ABB

DigiValet, syarikat di sebalik penyelesaian bilik tetamu berasaskan tablet pertama di dunia yang digunakan hotel terkemuka serata dunia, hari ini mengumumkan mereka telah menjalinkan ikatan strategik dengan ABB. Sebagai sebahagian daripada perikatan, DigiValet dan ABB akan bekerjasama menyepadukan penyelesaian DigiValet dengan suit produk teknologi automasi bangunan KNX yang terkenal milik ABB.

Mengulas tentang perikatan ini, En. Rahul Salgia, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DigiValet berkata, "Perikatan ini menandakan gabungan penyelesaian pengalaman bilik tetamu generasi akan datang DigiValet untuk hotel dengan portfolio penyelesaian automasi bangunan ABB. Bersama-sama, kami akan menawarkan penyelesaian yang akan memberikan pengusaha hotel nilai yang lebih baik dan kebolehan membezakan diri mereka dengan lebih memahami keperluan dan pilihan tetamu hotel dan memberikan sentuhan peribadi kepada setiap aspek penginapan tetamu mereka."

Mike Mustapha, Pengarah Urusan perniagaan Produk Bangunan ABB menambah, "Perikatan ini membolehkan dua peneraju pembekal teknologi bersama-sama menambah nilai kepada industri perhotelan dengan penyelesaian yang akan membantu mengurangkan kos operasi keseluruhan hasil maklumat yang diperoleh daripada sensor."

Latar Belakang DigiValet

DigiValet ialah Penyelesaian Pengalaman Bilik Tetamu lengkap pertama di dunia yang mendayakan tetamu hotel untuk menggunakan perkhidmatan dalam bilik dan juga perkhidmatan yang ditawarkan oleh hotel dengan mudah. Bermula dengan menyesuaikan suhu bilik, pencahayaan, langsir  hinggalah mengawal TV, memilih filem menggunakan Netflix, menstrim kandungan daripada telefon pintar mereka dan memesan makanan, menempah spa, tempahan meja di restoran, semuanya dari tablet dalam bilik atau telefon pintar mereka.

DigiValet menyediakan hotel dengan teknologi terkini yang mengubah dan memberikan sentuhan peribadi setiap pengalaman dalam bilik bagi tetamu dan pada masa yang sama menjana data Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM) yang bernilai yang membolehkan hotel memberikan sentuhan peribadi bagi penginapan tetamu. Dengan pejabat dan pasukan sokongan di beberapa negara serata dunia, DigiValet dipasang di lebih 12,000 bilik dan banyak lagi.

Sejak dilancarkan pada 2008, DigiValet telah menjadi penyelesaian dalam bilik yang dipercayai oleh hotel mewah terkemuka serata dunia termasuklah The Armani Hotels, St. Regis, Andaz By Hyatt, ITC Hotels, Corinthia Hotels, Sofitel SO, The Address Hotels, The Oberoi Hotels.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi http://www.digivalet.com

Hubungan Media: anuradha.paraskar@digivalet.com

Source: DigiValet
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Joint ventures