omniture

BIGO LIVE Hubungkan Orang Ramai melalui Penstriman Langsung Serata Dunia

BIGO Technology Pte. Ltd.
2017-02-20 13:46 553

KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Februari 2017 /PRNewswire/ -- BIGO LIVE, komuniti aplikasi penstriman video media sosial yang paling pesat membangun, dengan bangganya mengumumkan ia mencapai perkembangan yang cemerlang sebagai komuniti penstriman langsung dan telah mencapai hasil yang tidak pernah berlaku sebelumnya dengan menghubungkan penstriman langsung bukan sahaja dari China dan rantau Asia yang lain, malah dari serata dunia dengan pengguna dari Eropah, Rusia, Korea Selatan, Jepun dan Timur Tengah semua turut serta mengembangkan BIGO LIVE. Berbanding kebanyakan platform dan aplikasi penstriman langsung yang boleh didapati kini, BIGO LIVE merupakan satu-satunya platform yang menonjol kerana ia tidak bertumpu kepada satu rantau tertentu sahaja. Ia benar-benar merupakan aplikasi bagi komuniti global.

BIGO LIVE Menghubungkan Orang Ramai melalui penstriman langsung dari serata Dunia
BIGO LIVE Menghubungkan Orang Ramai melalui penstriman langsung dari serata Dunia

BIGO LIVE membantu menghubungkan orang yang menarik dengan orang lain yang berkongsi minat yang sama dan perlahan-lahan berkembang menjadi tempat yang menarik dengan banyak aktiviti yang berlangsung, hasil kelainan dan kepelbagaian audiens BIGO LIVE.

Kejayaan BIGO LIVE terhasil daripada keupayaan cemerlang yang sangat baik dalam menyesuaikan diri dengan keperluan pengguna dan menggunakan teknologinya untuk memenuhi keperluan ini dengan baik. Oleh itu, BIGO LIVE membuatkan penggunanya berasa selesa dengan ciri-ciri yang mereka mahukan, semua di hujung jari mereka.

BIGO LIVE membolehkan penerokaan penstrim tanpa had, tanpa mengira tempat dan siapa jua diri anda.

Interaksi masa sebenar merupakan kunci kejayaan BIGO LIVE dan platformnya yang responsif membolehkan penstrim dan penonton berinteraksi secara aktif tanpa perlu menunggu. Penonton boleh memberi ganjaran kepada penyiar dengan hadiah daripada BIGO dan menunjukkan sokongan mereka sebagai peminat. Berikan mereka yang berhak menerimanya merasakan sokongan anda dengan menghantar hadiah.

Untuk terus membolehkan penyiar dan penonton berhubung, BIGO LIVE membolehkan interaksi dengan penonton terus pada strim dan mengadakan perbincangan awam bersemuka secara langsung. Ia memberikan penyiar strim satu tahap sentuhan peribadi untuk pengguna mereka yang merupakan ganjaran yang sama nilainya seperti hadiah yang diberikan oleh penonton mereka.

Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=sg.BIGO.LIVE  
iOS:
 https://itunes.apple.com/app/id1077137248

Latar Belakang BIGO

BIGO Technology berada dalam proses mengakses pasaran, ujian operasi dan mempelajari tabiat dan tingkah laku pengguna untuk produk BIGO LIVE di pelbagai rantau. Syarikat berorientasikan BIGO LIVE sebagai produk global, yang akan dikendalikan dan dibekalkan dalam bentuk platform merentasi sempadan.

Laman sesawang: http://www.BIGO.tv/new_index_pc.html

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170217/8521700935-a

Source: BIGO Technology Pte. Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Social Media Web Site New products/services