omniture

Penjenamaan semula OIL sebagai Vistra

Vistra Group
2017-02-20 16:06 614

HONG KONG, 20 Februari 2017/PRNewswire/ --

Pembangunan strategik bagi melaksanakan  jenama global tunggal 

Vistra, salah satu penyedia perkhidmatan utama dunia bagi perkhidmatan pemerbadanan antarabangsa, amanah, fidusiari dan pentadbiran dana, hari ini mengumumkan OIL, pakar pembentukan syarikat utama Asia, telah dijenamakan semula sebagai Vistra.

generated by system

Penjenamaan semula ini menandakan bermulanya perjalanan baharu untuk Vistra dan ia merupakan kemuncak kejayaan integrasi selama lima tahun yang bermula dengan penggabungan OIL dan Vistra sejak tahun 2011. Ekoran dari penyelarasan korporat masing-masing pada tahun 2015, penjenamaan semula OIL kepada Vistra telah melengkapkan  operasi Vistra sebagai satu perniagaan bersepadu. Selama lebih 30 tahun, OIL telah menjadi peneraju dalam perkhidmatan pemerbadanan antarabangsa dan perkhidmatan berkaitan denganya; bekerjasama dengan pelanggan  serta pihak perantara demi menyokong aspirasi rentas sempadan mereka. Dengan itu, OIL akan menjadi teras bagi Pemerbadanan syarikat  bagi pelanggan Vistra serta dapat memenuhi keperluan perkhidmatan yang lebih luas yang disediakan oleh Vistra.

Martin Crawford, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Vistra, mengulas tentang penjenamaan semula OIL:
"Kami  amat berbangga dengan jenama OIL dan pencapaiannya  sejak lebih 30 tahun lalu; khususnya dalam pasaran Asia dimana OIL beroperasi. Pada asalnya dikenali sebagai Offshore Incorporations Limited, OIL secara ringkasnya, kami menerajui penggunaan entiti luar pesisir di Asia sebagai cara untuk membuka peluang perdagangan, pelaburan dan transaksi pasaran modal kepada seluruh pelosok dunia. Memandangkan  perniagaan semakin  maju dan berkembang melangkaui Asia, ia adalah suatu langkah yang wajar untuk diselaraskan di bawah jenama Vistra. Kami amat teruja memandangkan ini adalah satu langkah penting dalam proses evolusi Vistra menjadi jenama  global.. Kami menjanjikan perkhidmatan dan kepakaran yang sama kepada pelanggan di bawah Vistra, malah kami kini memperolehi akses yang lebih baik dalam rangkaian global jika pelanggan memerlukannya."

Jonathon Clifton, selaku Pengarah Urusan Kumpulan Bahagian Pemerbadanan Syarikat menambah: "Usaha melengkapkan penjenamaan semula OIL kepada Vistra menyatukan dan mengukuhkan sumber kami sebagai jenama antarabangsa tunggal. Ia membuka laluan  yang tidak terbatas untuk pelanggan, kakitangan  serta pelabur kami, mewujudkan hubungan yang lebih baik antara Asia, Eropah dan juga seluruh pelosok dunia. Fokus kami kekal terhadap pelanggan  sewaktu membangunkan jenama dan perkhidmatan Vistra, terutamanya  apabila kami berkembang  kami juga turut memantapkan  keupayaan yang sedia ada . Penjenamaan semula ini merupakan suatu pencapaian penting untuk kami semua, yang mengundang perubahan baharu dan pertumbuhan positif untuk seluruh warga Vistra."

Nota Editor 

https://www.vistra.com/about-us

Source: Vistra Group
Keywords: Banking/Financial Service