omniture

Deer Jet Dipilih "Syarikat Jet Peribadi Terbaik Dunia"

DEER JET (Beijing) CO. LTD
2017-02-20 18:20 603

ISTANBUL, Turki, 20 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Deer Jet dipilih sebagai "Syarikat Jet Peribadi Terbaik Dunia" sempena Anugerah Pelancongan Dunia 2017, menonjolkan kualiti bertaraf dunia, reka bentuk tersendiri dan kecemerlangan perkhidmatan jenama ini.

Deer Jet menerima anugerah "Syarikat Jet Peribadi Terbaik Dunia" dalam Majlis Penyampaian Anugerah Pelancongan Dunia yang diadakan di Ciragan Palace, Istanbul.
Deer Jet menerima anugerah "Syarikat Jet Peribadi Terbaik Dunia" dalam Majlis Penyampaian Anugerah Pelancongan Dunia yang diadakan di Ciragan Palace, Istanbul.

Dianggap sebagai salah satu anugerah paling berprestij dalam industri, Anugerah Pelancongan Dunia diadakan setiap tahun menerusi ruang lingkup Mesyuarat Global Forum Pelancongan Dunia di Istanbul.

Diiktiraf sebagai "Davos pelancongan", mesyuarat peringkat tinggi ini menghimpunkan sekumpulan pemimpin industri pengembaraan dan pelancongan yang terkemuka dari lebih 85 negara untuk berkongsi pandangan dan perspektif terhadap masa depan industri.

Jawatankuasa penganugerahan telah mempertimbangkan komitmen cemerlang Deer Jet terhadap inovasi dan kecemerlangan, dengan menyatakan bahawa: "Deer Jet ialah syarikat jet peribadi pertama yang berkembang menjadi jenama mewah dan berseni, selain turut memperkenalkan barisan produk dan perkhidmatan rintis seperti Dream Jet yang pertama di dunia. Di samping itu, syarikat ini melancarkan imej jenama yang diperbaharui dengan visi untuk – Menjadikan Perjalanan suatu Kesenian, yang menyasarkan untuk menulis semula sejarah penerbangan peribadi dengan mewujudkan Art Aviation."

Pada majlis penyampaian anugerah tersebut, Deer Jet telah menonjolkan asas-asas penting yang mendasari nilai jenamanya merangkumi keanggunan, prestasi dan juga keunggulan.

Deer Jet Co. Ltd ditubuhkan pada tahun 1995 sebagai syarikat jet peribadi pertama di China yang menyediakan pelbagai perkhidmatan yang komprehensif merangkumi sewaan jet peribadi, pengurusan pesawat, perubatan dan menyelamat udara, brokeraj pesawat, penyelenggaraan, FBO/MRO, pengendalian darat, sewaan helikopter dan kapal layar mewah serta pelancongan mewah. Setakat ini, syarikat ini mengendalikan dan mengurus pelbagai armada pesawat yang melakukan penerbangan ke 820 lapangan terbang merentasi 180 negara dan wilayah, termasuk Dream Jet yang pertama dan satu-satunya di dunia.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170220/0861701276

 

Source: DEER JET (Beijing) CO. LTD
Keywords: Airlines/Aviation Leisure/Travel/Hotels Passenger Aviation Transportation Travel Awards