omniture

Siap Sedia: Oud Essentials Lancar Di Geneva

Oud Essentials
2017-02-21 10:00 539

GENEVA, 21 Februari 2017 /PRNewswire/ -- 'Mengubah wajah penjagaan kulit' hanyalah sebahagian daripada penyataan misi beraninya, Oud Essentials melangkah ke pentas global di Geneva, menerusi pelancaran awal rangkaian produk dan aksesori penjagaan kulitnya.

Gambar tambahan di sini:  https://www.dropbox.com/sh/vt5yyf5f7unhg87/AABU7ZZu0wpHFrQMTLkNNit9a?dl=0

Turut berhimpun di Four Seasons Hotel des Bergues, Geneva pada malam Jumaat, sempena perhimpunan bulanan Dukascopy Bank, adalah sejumlah besar individu berpengaruh daripada dunia perniagaan Switzerland, selain mereka yang berminat untuk menyaksikan penampilan sulung sebuah syarikat baharu yang menampilkan produk-produknya yang inovatif dan cita-citanya yang tinggi.

Menerusi barangan yang dipamerkan dan sampel yang disediakan, minat yang cukup menggalakkan dilihat terhadap rangkaian produk penjagaan kulit yang menampilkan Oud buat pertama kalinya dalam industri yang ultra-kompetitif.

Oud Essentials membawakan teras kayu berdamar daripada pokok Aquilaria – disuling sempurna bagi menghasilkan minyak pati tulen 100% - dalam kesemua produknya. Ia merupakan 'yang pertama di dunia' dan memberi setiap ekspresi, bermula dengan Serum Penghasilan Semula mewah sehinggalah Minyak Dwifasa yang berpotensi ajaib, suatu produk canggih yang terdapat dalam pasaran yang amat lumayan.

Kesemua minyak Oud yang digunakan dalam produk-produk Oud Essentials diperoleh daripada sumber yang lestari dan diketahui asal-usulnya – berpunca daripada ladang-ladang khusus di Asia Tenggara yang dikawal sepenuhnya oleh syarikat ini. Model perniagaan yang bersepadu secara menegak yang telah dilaksanakan oleh Oud Essentials adalah tepat pada masanya dan berkesan, menyanjung masyarakat yang bekerja begitu bersungguh-sungguh untuk menghasilkan bahan-bahan konstituen selain alam sekitar itu sendiri.

"Sentiasa wujud ketegangan dan kebimbangan apabila sebuah syarikat baharu diperkenalkan," kata Jean-Marc Dufat, Ketua Pegawai Eksekutif, Oud Essentials, "namun sekiranya maklum balas pada petang Jumaat merupakan satu petunjuk, ia menunjukkan bahawa kami telah menemui satu produk yang menarik. Ia merupakan sebuah kisah yang telah lama diusahakan selama ribuan tahun, selain merupakan satu perjalanan luar biasa buat diri saya, secara peribadi. Oud menarik hati saya beberapa tahun lepas, dan saya terus tertarik kepadanya sejak itu. Persoalan yang timbul; bagaimana untuk memasukkannya ke dalam dunia penjagaan kulit? Saya rasa kami telahpun menemui jawapannya."

Oud digunakan oleh golongan milenia bagi merawat pelbagai jenis penyakit, namun ia juga menjadi sebahagian daripada struktur asas masyarakat dalam kebanyakan budaya (dan agama) di serata dunia. Dikagumi kerana ciri-ciri fizikal dan psikoaktifnya – khususnya di Asia dan Timur Tengah, Oud kini mendapat perhatian seluruh pelosok dunia, manakala kehadirannya dalam dunia penjagaan kulit adalah suatu penemuan baharu.

"Setiap orang tahu tentang Oud di Timur Tengah," sambung Dufat, "dan ia telah digunakan selama beberapa generasi. Sejak beberapa tahun lalu, ia menjadi satu bahan yang amat penting dalam pasaran minyak wangi antarabangsa, yang menjadikannya mendapat lebih banyak tumpuan daripada dunia barat, namun masih banyak lagi misteri yang menyelubungi. Di Oud Essentials, setelah giat menjalankan penyelidikan dan pembangunan, kami merasakan ia adalah satu langkah yang logik untuk cuba mengenengahkannya ke khalayak yang lebih luas. Oud bersifat amat luar biasa dari segi sifat-sifatnya – suatu yang telah diketahui oleh 'Orang dahulu kala' dan kini kami akhirnya mula memahami – bahawa tahap keberkesanannya dalam penjagaan kulit adalah suatu yang perlu kami teroka. Kami berpuas hati dengan hasil yang dicapai, dan pelancaran kami adalah suatu yang memuaskan khususnya setelah bertungkus lumus selama bertahun-tahun."

Dengan rancangan yang telah dibuat untuk dilancarkan di Asia dalam tempoh beberapa minggu akan datang, Oud Essentials bersiap sedia untuk 'mengubah wajah penjagaan kulit' di seluruh dunia menerusi rangkaian produk dan aksesorinya yang menarik, asli dan amat berkesan.

"Ini hanyalah suatu permulaan," simpul Dufat, "dalam usaha kami untuk memberi impak terhadap industri penjagaan kulit dan menggalakkan gaya hidup yang mementingkan aspek kesihatan, sosial dan alam sekitar. Tiada permulaan yang lebih baik lagi yang boleh kami harapkan."

Oud Essentials 

Jenama baharu, wajah baharu dan nama baharu dalam industri penjagaan kulit global, Oud Essentials meningkatkan ciri-ciri dan kualiti luar biasa gaharu dan minyak Oud menerusi rangkaian produk yang dihasilkan untuk menjadi sebahagian daripada regimen penjagaan kulit dan satu pendekatan terhadap gaya hidup sihat yang menghayati sebuah kisah pembuatannya selama beribu-ribu tahun lama.

Menerusi produk sebenar untuk individu sebenar dalam dunia sebenar, rangkaian produk penjagaan kulit Oud Essentials, berserta barangan kemas direka indah dan campuran semula jadi yang dirumuskan untuk menggalakkan kesejahteraan rohani dan fizikal, merangkumi semangat inovasi dan daya kreativiti yang rintis, dengan memberi penghormatan terhadap alam sekitar, masyarakat, dan konsep kelestarian yang kini menjadi amat penting buat kita semua.

Sumber: Oud Essentials

Source: Oud Essentials
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Corporate Expansion