omniture

Festival Habano XIX Bawakan Program Lengkap Khusus untuk Pengetahuan dan Keseronokan Habanos

HABANOS SA
2017-02-21 20:35 651

HAVANA, 21 Februari 2017/PRNewswire/ --

  • Pengunjung akan berpeluang melawat dua kilang Habano yang diiktiraf: La Corona dan H. Upmann
  • Tahun ini Pertandingan Habanosommelier Antarabangsa sambut edisi XVI dengan penyertaan para Habanosommelier luar biasa dari serata dunia.

Organisasi Festival Habano sedang menyiapkan segala butiran terakhir edisi ke-19nya, yang penuh dengan aktiviti dan inisiatif agar pengunjung boleh mengetahui lebih lanjut tentang budaya Habano dan menikmati maklumat terkini tentang produk ini. Kesemua ini, turut disertai oleh bintang-bintang dari dalam dan luar negara yang hebat. Mulai 27 Februari hingga 3 Mac, acara tahunan ini akan menghimpunkan para pengunjung dari lebih 50 negara.

generated by system

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/8046751-XIX-habano-festival-complete-program/

Festival akan dimulakan dengan Majlis Sambutan Malam, khusus untuk H. Upmann dan Gran Reserva Cosecha 2011. Diasaskan pada tahun 1844, sambutan ini merupakan Gran Reserva yang pertama daripada jenama berprestij ini. Acara sebelah malam ini akan diraikan di lokasi yang begitu indah dan bersejarah, Club Habana. Sepanjang acara ini berlangsung, artis-artis luar negara akan mengadakan persembahan muzikal.

Pada pertengahan festival itu akan diadakan Majlis Malam Khusus untuk Quai D'Orsay, jenama dengan nama Perancis dengan asal usul dan citarasa dari Cuba. Sepanjang acara malam ini, jenama ini akan mengadakan beberapa pelancaran penting untuk portfolio produk biasanya. Acara ini akan disambut pada 1 Mac di El Laguito.

Acara penutup akan menyajikan Malam Gala khusus untuk jenama Montecristo serta beberapa pelancaran penting untuk portfolio produknya. Acara ini akan disambut pada 3 Mac di Pabexpo, dan acara sebelah malam ini akan diakhiri dengan penyampaian Anugerah Habano 2016 serta Lelong Humidors yang menjadi tradisi, dengan semua kutipan akan disumbangkan kepada sistem Kesihatan Awam Cuba.

Tahun ini, Pertandingan Habanosommelier Antarabangsa meraikan edisi XVInya. Acara ini merupakan salah satu aktiviti yang paling menonjol semasa Festival Habano, yang mana para Habanosommelier dari serata dunia akan mengambil bahagian. Selain itu, para pengunjung akan berpeluang menyertai Seminar Antarabangsa yang menyediakan persidangan-persidangan menarik tentang Habano.

Selain itu, para pengunjung akan berpeluang melawat kilang-kilang tembakau di Vuelta Abajo, Pinar del Río, kilang-kilang ini merupakan sebahagian daripada Denominasi Asal Terpelihara "Habanos". Selain itu, ia akan turut menjelaskan proses penghuraian Habano Totalmente a Mano - Totally by Hand (Buatan Tangan Sepenuhnya),  di kilang-kilang hebat La Corona dan H. Upmann.

Cristina Andreu            
Tel:  +34-609-46-44-05        
press.habanosfestival2017@yr.com

Alberto Jiménez            
Tel:  +34-683-70-15-64        
press.habanosfestival2017@yr.com

Video: https://www.multivu.com/players/uk/8046751-XIX-habano-festival-complete-program/

Source: HABANOS SA
Related Links:
Keywords: Entertainment Tobacco Awards