omniture

XCMG akan Labur 150 Juta USD untuk Bina Kilang di India, Luaskan Lagi Jejak di Asia Tenggara

XCMG
2017-02-21 22:38 537

CHENNAI, India, 21 Februari 2017 /PRNewswire/ -- XCMG mengumumkan pada 12 Januari di sidang akhbar Chennai, India bahawa kumpulan itu akan melabur 150 juta USD untuk menubuhkan unit pengeluaran baharu di India. Fasiliti pengilangan pintar yang pertama dijangka siap pada akhir 2017.

Wang Min, pengerusi dan presiden XCMG, meninjau semua kilang-kilang Schwing Stetter India, anak syarikat terkemuka pengilang pam konkrit Schwing Group GmbH, yang diperoleh XCMG pada tahun 2012, semasa lawatan beliau ke negara itu dari 10 hingga 13 Januari, di mana beliau menjalankan penyelidikan lapangan dalam pasaran India menerusi perbincangan dengan peniaga tempatan dan menjadi tuan rumah kepada mesyuarat berkenaan langkah-langkah konkrit dan hala tuju pembangunan.

"Pasaran India mempunyai potensi yang besar," kata Wang. "2017 menandakan  Tahun XCMG di India, kami akan menitik berat kepada membawakan lebih banyak produk yang lebih berdaya saing ke India dan mengembangkan lagi skala operasi kami di sini dengan membina fasiliti perkilangan di sini. "

Fasiliti baharu ini  dirancang untuk membantu Schwing Stetter India memperluaskan rangkaian produknya. Produk-produk ini akan dijual di India dan juga ke negara-negara jiran.

Pengambilalihan dan R & D secara global adalah strategi utama XCMG, menjaminkan kedudukan utama syarikat dalam pembangunan teknologi. XCMG telah menubuhkan pusat penyelidikan di Jerman, Brazil dan Amerika Syarikat sambil menyempurnakan pengambilalihan syarikat FT Jerman dan syarikat AMCA Belanda yang pakar dalam menghasilkan injap hidraulik dan membangunkan sistem masing-masing.

XCMG telah menyepadukan sumber-sumber global dengan membina kilang pemasangan KD di Poland, Uzbekistan, Kazakhstan dan Iran untuk tindakbalas lebih cepat terhadap pasaran serantau. Pangkalan kilang umum XCMG di Brazil telah mula digunakan pada 2014.

"Sebagai kunci kepada kejayaan kami dalam pasaran global, penekanan XCMG dalam penyetempatan produk bukan sahaja memastikan produk mematuhi piawaian antarabangsa, malah menyasarkan penyelidikan dan pembangunan khusus untuk keperluan pelanggan. Setelah membina kilang-kilang baharu di India, XCMG juga akan memanfaatkan rangkaian jualan Schwing Stetter India untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami di India," kata Wang.

Latar Belakang XCMG:

XCMG ialah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang mempunyai sejarah 73 tahun. Ia kini berada di tempat kesembilan dalam industri pembinaan jentera di dunia. Syarikat mengeksport ke lebih 177 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut sila layari: www.xcmg.com,  atau  halaman XCMG di FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

 

 

 

Source: XCMG
Keywords: Auto Construction/Building Machinery Transportation Corporate Expansion