omniture

Thomson Reuters Teruskan Peluasan Rangkaian Makmal Global

Thomson Reuters
2017-02-21 22:36 691

Makmal Data dan Inovasi Singapura akan Sedia Khidmat kepada Pelanggan Di Seluruh Asia Pasifik

SINGAPURA, 21 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Thomson Reuters hari ini mengumumkan pembukaan rasmi Thomson Reuters Labs - Singapura. Makmal ini akan bekerjasama dengan kerajaan, para pelanggan, syarikat-syarikat baharu teknologi dan universiti-universiti untuk membina perkongsian dan mencipta produk dan penyelesaian inovatif untuk pasaran profesional di seluruh rantau Asia Pasifik. Makmal Singapura ini adalah cawangan pertama di Asia di buka sebagai sebahagian daripada rangkaian global Thomson Reuters Labs yang sedang berkembang, menyertai lokasi di Boston, Cape Town, London, Waterloo (Kanada) dan Zürich.

Terletak di pusat daerah perniagaan Singapura di One Raffles Quay, pembukaan Makmal ini akan dirasmikan oleh Sopnendu Mohanty, Ketua Pegawai Teknologi Kewangan, Lembaga Kewangan Singapura (MAS) dan akan menyokong Thomson Reuters dari segi perniagaan kewangan & risiko, cukai & perakaunan dan guaman di seluruh Asia Pasifik.

Thomson Reuters Labs membolehkan uji kaji tanpa proses yang rumit dengan analisis data lanjutan dan perisikan mesin untuk menyelesaikan cabaran-cabaran global untuk pelanggan. Secara khususnya, Labs menyediakan keupayaan pelbagai bidang yang terdiri daripada sains data, menyampaikan alat penerokaan data, papan pemuka, visualisasi dan aplikasi  bukti konsep.

Mona Vernon, Naib Presiden, Thomson Reuters Labs, mengulas, "Terletak di ekosistem inovasi global, kami melibatkan para pelanggan kami, usahawan dan ahli akademik untuk mencipta dan menguji teknologi baru muncul yang akan menentukan masa depan ilmu pengetahuan. Membina Lab di Singapura ialah langkah kritikal selanjutnya berikutan komitmen kerajaan terhadap ekonomi inovasi. "

Sanjeev Chatrath, Pengarah Urusan, Kewangan & Risiko, Asia Pasifik di Thomson Reuters, berkata, "Singapura ialah salah sebuah bandar yang paling inovatif di dunia kerana fokusnya terhadap kerjasama antara syarikat-syarikat, kerajaan, institusi kewangan, pengawal selia dan ahli akademik. Dengan kehadiran kami yang mantap merentasi Asia dan kehadiran yang kukuh di Singapura, Lab baharu ini akan berfungsi sebagai hab untuk mengembang usaha inovasi dan memupuk inovasi bersama dengan para pelanggan dan rakan-rakan kami di rantau ini. Thomson Reuters kekal fokus untuk membantu pelanggan-pelanggan kami di Asia mengharungi ketidaktentuan global terkini dan dunia perniagaan yang semakin kompleks melalui prototaip tangkas, dengan memanfaatkan pasaran aset kami yang utama, dan kandungan mendalam yang terbukti. "

Kiren Kumar, Penolong Pengarah Urusan, Infocomms dan Media, Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura, berkata, "Kami mengalu-alukan Thomson Reuters ke dalam ekosistem inovasi digital kami yang berkembang pesat, dan gembira bahawa Makmal Data dan Inovasi Singapura bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi untuk mewujudkan produk baharu untuk rantau ini dan di luar sana. Kami juga berbangga bahawa Lab membuka peluang kerjaya yang menarik dalam bidang sains data, pembangunan perisian dan reka bentuk pengalaman pengguna. "

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Thomson Reuters Labs, dan inovasi data di syarikat ini, sila layari labs.thomsonreuters.com

Thomson Reuters

Thomson Reuters adalah sumber maklumat dan berita utama dunia untuk pasaran profesional. Para pelanggan mengharapkan kami untuk menyampaikan risikan maklumat, teknologi dan kepakaran yang diperlukan untuk mencari jawapan yang diyakini. Perniagaan ini telah beroperasi di lebih 100 buah negara selama lebih 100 tahun. Saham Thomson Reuters disenaraikan di Bursa Saham Toronto dan New York. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.thomsonreuters.com.

HUBUNGI

Silke Marsh
Ketua Perhubungan Awam, Kewangan & Risiko, Asia Pasifik
+61 404 763 797
silke.marsh@thomsonreuters.com

Logo: http://mma.prnewswire.com/media/13199/THOMSON_REUTERS_LOGO.jpg

Source: Thomson Reuters
Related Stocks:
NYSE:TRI Toronto:TRI
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Publishing/Information Service Corporate Expansion