omniture

Asia Plantation Capital Sumbang Pokok Gaharu kepada UWC Singapura

Asia Plantation Capital
2017-03-09 14:21 920

SINGAPURA, 9 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Para pemimpin dalam sektor pengurusan ladang mampan dan pengeluaran gaharu, Asia Plantation Capital baru-baru ini menyumbang sebanyak 15 anak pokok Aquilaria sinensis kepada United World College South East Asia (UWCSEA). Sumbangan ini adalah bagi mengiktiraf komitmen UWCSEA terhadap pewujudan masa depan yang lebih aman dan mampan, selain usahanya dalam mendidik masyarakat tentang tanggungjawabnya untuk memulihara dan melindungi alam sekitar.

Pengarah Kemampanan UWCSEA, Nathan Hunt bersama para pelajar UWCSEA dan pasukan APC selepas menanam Aqualaria Sinensis di kawasan sekolah.
Pengarah Kemampanan UWCSEA, Nathan Hunt bersama para pelajar UWCSEA dan pasukan APC selepas menanam Aqualaria Sinensis di kawasan sekolah.

Pengarah Kemampanan UWCSEA, Nathan Hunt berkata, "Cita-cita kami adalah untuk mengasah kemahiran dan kualiti dalam kalangan pelajar yang diperlukan untuk membina masa depan yang lebih mampan -- masa depan yang mana penjagaan alam sekitar secara praktikal menjadi bahagian penting dalam pendidikan setiap kanak-kanak."

Dengan mengutamakan pendidikan, dan 'jerebu' yang menular di rantau ini masa kini (akibat pencemaran berkaitan perhutanan) Asia Plantation Capital diberi peluang untuk membuat pembentangan pada Mac 2015 kepada kira-kira 300 pelajar di Kampus Dover UWCSEA. Ini merupakan sebahagian daripada program pendidikan seminggu kolej mengenai kemampanan dan implikasinya terhadap orang ramai dan perniagaan.

Pembentangan oleh John Berry, Pengarah Pembangunan Perniagaan Asia Plantation Capital - Asia Pasifik, memberi tumpuan terhadap perhutanan dan menggambarkan cara APC mengendalikan ladang-ladangnya berbanding syarikat-syarikat berkaitan perhutanan yang lain. En. Berry juga mencadangkan cara yang membolehkan syarikat-syarikat menambah baik prosedur mereka, demi mencegah bermulanya kebakaran hutan – sama ada secara sengaja atau tidak. Pembentangan ini turut membincangkan produk-produk perhutanan dan jenis tumbuhan yang boleh digunakan untuk industri-industri berbeza.

"Idea untuk menyokong Yayasan Perhutanan UWCSEA dengan cara menyumbang pokok gaharu," kata John Berry, "atau lebih spesifik, anak pokok Aquilaria sinensis, timbul setelah perbincangan baru-baru ini bersama Nathan Hunt. Kami membincangkan segala yang diajar oleh Yayasan ini berkaitan flora dan fauna, dan idea ini timbul. Dengan menyumbang anak-anak pokok ini, para pelajar UWCSEA berpeluang mempelajari lebih banyak tentang spesies gaharu ini, sambil memuliharanya."

Aquilaria sinensis ialah genus daripada lima belas spesies pokok dalam keluarga Thymelaeaceae, yang berasal dari Asia Tenggara. Pokok-pokok yang tumbuh setinggi enam hingga 20 meter boleh dijumpai dalam hutan hujan tropika China dan merupakan salah satu spesies yang ditanam di ladang-ladang APC.

Asia Plantation Capital telah membuktikan ia ialah pelopor dan penginovasi dalam sektor ladang mampan, dan Lembaga Penasihat Saintifiknya, yang bekerjasama dengan sepasukan penyelidik, telah memajukan teknologi -- kebanyakannya telah dipatenkan -- bagi memastikan spesies pokok Aquilaria yang hampir pupus ini kini tumbuh subur di dalam hutan dan terus menghasilkan salah satu bahan paling berharga daripada alam semula jadi.

Produk-produk yang dihasilkan daripada pokok-pokok di ladang Asia Plantation Capital mendapat kelulusan dan pensijilan penuh CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Liar Yang Terancam) -- bukti yang hakikatnya syarikat amat bersungguh-sungguh memainkan peranannya bukan sahaja bagi memastikan adanya bekalan gaharu untuk generasi masa depan, tetapi juga produk-produk diperoleh secara beretika dan mampan.

Nota Untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Zaahira Muhammad 
Eksekutif Kanan Perhubungan Awam & Pemasaran 
Emel:zaahira@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +60-12-203-5344

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Asia Plantation Capital Group merupakan pengendali dan syarikat pengurusan ladang mampan yang memenangi pelbagai anugerah, menjalankan projek di empat benua, dan mempunyai tenaga kerja global melebihi 2,000 orang. Selaku peneraju pasaran dalam industri ini, Lembaga Penasihat Saintifiknya terdiri daripada ahli akademik terkemuka dari pelbagai negara (China, Thailand, Malaysia, India, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu), yang bersama-sama membangunkan dan mempatenkan teknologi dan sistem yang menerajui industri.

Dengan fokus terhadap projek-projek perladangan komersial dan perniagaan bersepadu secara vertikal yang menawarkan gabungan faedah antara komersial, alam sekitar dan komuniti, Asia Plantation Capital telah membangunkan sebuah syarikat 'tiga dimensi penilaian keuntungan' yang berjaya serta dinamik.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170308/8521701511

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Education Paper/Forest Products/Containers Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility