omniture

ENVIROTEK Laksana Tenaga Pasang Surut di Asia Tenggara

ENVIROTEK
2017-03-13 09:09 708

SINGAPURA, 13 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Pada pertengahan Februari, ENVIROTEK, berserta pasukan pakar antarabangsa, berjaya menggunakan Turbin Dalam Aliran SCHOTTEL (SIT) di luar kawasan perairan Pelantar Laluan Sentosa di Singapura bagi menunjukkan kebolehlaksanaan tenaga pasang surut di rantau ini. ENVIROTEK, syarikat pelaburan tenaga bersih yang berpangkalan di Singapura, berazam untuk memimpin projek-projek tenaga dalam aliran pasang surut di Asia Tenggara.

Floating Integrated Renewable Energy Platform deployed near Sentosa Boardwalk, Singapore in February 2017
Floating Integrated Renewable Energy Platform deployed near Sentosa Boardwalk, Singapore in February 2017

"Demonstrasi ini adalah tentang penggunaan teknologi yang bertepatan di lokasi-lokasi yang sesuai bagi menangani keperluan tenaga sebenar di Asia Tenggara. Kami berminat untuk membangunkan projek-projek yang melibatkan tenaga boleh diperbaharui marin – sumber yang masih belum diteroka secara berkesan di rantau ini," kata Jefferson Cheng, Pengerusi dan Pengasas ENVIROTEK Pte Ltd.

Platform tenaga boleh diperbaharu bersepadu yang terapung dirancang untuk digunakan oleh pihak berkepentingan tempatan (contohnya pulau atau kawasan pantai) bagi membantu mereka meningkatkan daya tahan tenaga, mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil, meneroka pelbagai kegunaan dan memperlihatkan kebolehlaksanaan dalam memanfaatkan tenaga dalam aliran pasang surut (TISE) dan potensinya untuk membekalkan tenaga elektrik yang bersih, boleh diperbaharui dan selamat kepada pulau serta komuniti perairan.

Dr. Michael Lochinvar Sim Abundo, Pengarah Urusan OceanPixel Pte Ltd berkata tenaga boleh diperbaharui lautan pada masa kini tidak termasuk dalam campuran tenaga di Asia Tenggara dan berkata, "Terdapat potensi yang amat besar untuk memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui lautan/marin di rantau ini khususnya buat negara-negara kepulauan seperti Indonesia dan Filipina. Kami berharap tenaga boleh diperbaharui marin dapat menjadi sebahagian daripada campuran tenaga – bukan sahaja untuk kawasan-kawasan luar grid, namun akhirnya untuk dibekalkan kepada grid mikro dan grid utama."

OceanPixel Pte Ltd, sebuah syarikat sampingan daripada Institut Penyelidikan Tenaga @ Universiti Teknologi Nanyang, Singapura (ERI@N), dipilih untuk mengurus projek ini bagi pihak ENVIROTEK Pte Ltd.

ENVIROTEK menggunakan turbin SIT 250 dalam projek ini, peranti 62kW dengan rotor berdiameter 4m, direka agar sangat kukuh dan menjimatkan kos. Turbin ini disangkutkan pada platform katamaran dengan bingkai mengangkat, membolehkan turbin diangkat dengan mudah dari air dan ke dalam air. "Kami percaya sistem apungan merupakan cara untuk memanfaatkan tenaga pasang surut memandangkan ia membolehkan kami mengurangkan kos pemasangan, bahkan mengurangkan kos penyelenggaraan," jelas Dr. Ralf Starzmann, Pengarah Jualan SCHOTTEL Hydro.

Lita Ocean, sebuah syarikat perkapalan tempatan, ditauliahkan untuk membina katamaran dan menyepadukan turbin SIT 250 ke dalam platform. Berhubung kesukaran yang dihadapi oleh syarikat dalam projek ini, Yeo Ying Da, Pengarah Lita Ocean berkata: "Cabaran utama projek ini ialah reka bentuk platform, memandangkan ia sesuai untuk penggunaan turbin dan stabil dalam mod dwiarah."

Penggunaan katamaran dan turbin ialah hasil usaha sama antara Lita Ocean, OceanPixel, Aquatera, NTU Singapura, dan Orcades Marine. Lita Ocean, yang bekerjasama dengan kontraktor marin tempatan, meletakkan tali tambatan dan sauh sebelum akhirnya meletakkannya pada platform terapung setelah menundanya daripada limbungan kapal mereka. Kakitangan daripada Aquatera dan Orcades Marine hadir untuk memantau operasi. Pentauliahan turbin dijangka dibuat pada Mac ini dengan sokongan para jurutera daripada SCHOTTEL Far East yang berpangkalan di Singapura.

Raised Schottel Hydro SIT 250 Tidal Turbine on Floating Platform at the Lita Ocean Pte Ltd Quay Side after Sea Trials last December 2016
Raised Schottel Hydro SIT 250 Tidal Turbine on Floating Platform at the Lita Ocean Pte Ltd Quay Side after Sea Trials last December 2016

Mengulas tentang kerja yang dilakukan di Singapura berbanding dengan UK, David Thomson, Pengarah Urusan Orcades Marine Management Consultants Ltd berkata, "Kami perlu sentiasa berwaspada terhadap pihak berkepentingan lain yang menggunakan persekitaran yang kami usahakan." Dr. Gareth Davies daripada Aquatera menambah, "Salah satu aspek penting yang kami tumpukan di sini adalah bagaimana untuk belajar memasang teknologi dalam situasi SEA. Kami perlu mempelajari teknik-teknik dan menggunakan peralatan yang sesuai dengan Asia Tenggara. Dalam berbuat demikian, kami boleh membawa idea-idea dari Eropah dan mencuba serta menguji teknik-teknik dan menyesuaikannya menurut keadaan Asia Tenggara."

Usaha pelaksanaan ini membawa kepada pembangunan kepakaran tempatan dalam sektor tenaga pasang surut dan diharap agar kepakaran ini dapat dimanfaatkan untuk terus memajukan industri ini di rantau Asia Tenggara.

Visit by Sustainable Energy Association Trainees and IEA-OES Island Workshop Participants hosted by Nanyang Technological University on March 6, 2017
Visit by Sustainable Energy Association Trainees and IEA-OES Island Workshop Participants hosted by Nanyang Technological University on March 6, 2017

Dr. Srikanth Narasimalu, Pengarah Program dan Saintis Kanan Tenaga Boleh Diperbaharui Angin dan Marin, ERI@N mengatakan bahawa projek ini memberi kredibiliti yang cukup untuk memperlihatkan Singapura sebagai hab utama untuk membangunkan sistem sedemikian. Jefferson Cheng, Presiden ENVIROTEK mengulas: "Projek ini memperlihatkan kebolehlaksanaan penyelesaian tersebut dan membangunkan laluan untuk tenaga boleh diperbaharui marin bagi menembusi SEA."

Latar Belakang ENVIROTEK

ENVIROTEK ialah Syarikat Pelaburan Teknologi Bersih yang berpangkalan di Singapura, yang memberi tumpuan terhadap Tenaga Boleh Diperbaharui Marin/Lautan. Ia telah terlibat dalam pembangunan teknologi untuk Tenaga Gelombang (melalui Penyelesaian Boleh Diperbaharui Global di Australia) dan Tenaga Pasang Surut dengan melabur dalam projek-projek seperti Black Rock Tidal Power di Kanada dan projek demonstrasi miliknya di Sentosa (Singapura). www.envirotek.sg

Latar Belakang OceanPixel

OceanPixel ialah kumpulan pakar didayakan inovasi yang berpangkalan di Asia Tenggara yang mengkhusus dalam penyediaan kepintaran untuk usaha-usaha kemampanan yang memberi tumpuan terhadap tenaga boleh diperbaharui khususnya untuk sektor luar pesisir / lautan / marin. Menawarkan katalog data, produk laporan dan perkhidmatan teknikal dengan pendekatan sokongan keputusan sistem maklumat geografi pelbagai kawasan, pelbagai peranti dan pelbagai kriteria untuk pelbagai tahap pembangunan projek. Ibu pejabat OceanPixel terletak di Singapura dengan pengaruh serta penglibatan aktif di Filipina, Indonesia dan beberapa kawasan di Asia. www.oceanpixel.org

Latar Belakang SCHOTTEL HYDRO

SCHOTTEL HYDRO menawarkan perkhidmatannya dalam tiga segmen: turbin hidrokinetik, platform dan komponen separuh tenggelam seperti hab dan pemacu turbin. SCHOTTEL HYDRO juga mencakupi syarikat Britain TidalStream Ltd. (TSL) dan syarikat Kanada Black Rock Tidal Power (BRTP). SCHOTTEL HYDRO berada di Spay, Jerman. Jaringan lokasi jualan dan perkhidmatan SCHOTTEL yang luas memastikan kedudukannya yang berdekatan dengan pelanggan di seluruh dunia. www.schottel.de/de/schottel-hydro/

Latar Belakang Universiti Teknologi Nanyang, Singapura

Sebuah universiti awam intensif penyelidikan, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura (NTU Singapura) mempunyai 33,500 mahasiswa ijazah pertama dan mahasiswa lepasan ijazah dalam fakulti Kejuruteraan, Perniagaan, Sains, Kemanusiaan, Sastera & Sains Sosial, serta Sekolah Pengajian Siswazah Pelbagai Bidang. Ia juga mempunyai sebuah sekolah perubatan iaitu Sekolah Perubatan Lee Kong Chian, ditubuhkan dengan kerjasama Imperial College London.

NTU merupakan pusat kepada institusi-institusi autonomi bertaraf dunia – Institut Pendidikan Kebangsaan, Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam, Balai Cerap Bumi Singapura dan Pusat Kejuruteraan Sains Hayat Alam Sekitar Singapura – serta pelbagai pusat penyelidikan terkemuka seperti Institut Penyelidikan Alam Sekitar & Air Nanyang (NEWRI), Institut Penyelidikan Tenaga @ NTU (ERI@N) dan Institut Wawasan Pengguna Asia (ACI).

Mengungguli kedudukan ke-13 di dunia, NTU turut tersenarai sebagai universiti baharu terkemuka di dunia selama tiga tahun berturut-turut. Kampus utama Universiti dipilih sebagai salah satu daripada 15 Kampus Paling Indah di Dunia. NTU juga mempunyai sebuah kampus di Novena, pusat perubatan Singapura.

Untuk maklumat lanjut, layari www.ntu.edu.sg 

Latar Belakang Aquatera

Aquatera ialah salah satu perunding tenaga marin dan pakar pembangunan projek yang terkemuka di dunia. Syarikat telah menjalankan lebih 250 kajian di lebih 30 negara di seluruh dunia berkaitan tenaga marin. Aquatera terletak di Stromness, Orkney Islands (UK).www.aquatera.co.uk

Latar Belakang Orcades Marine

Orcades Marine ialah penyedia utama bagi Perkhidmatan Pengurusan dan Perundingan Projek Marin untuk Sektor Tenaga Boleh Diperbaharui Luar Pesisir, industri Perkapalan dan Pelabuhan. Berpangkalan di Orkney Isles yang mengagumkan, kami berbangga dengan syarikat kami yang menyediakan penyelesaian paling menjimatkan dan praktikal untuk tujuan pemasangan anda. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.orcadesmarine.co.uk/

Latar Belakang Lita Ocean

Lita Ocean ditubuhkan pada tahun 1970-an dan sejak itu menjadi salah sebuah syarikat perkapalan utama di Singapura yang menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan marin dan limbungan. Syarikat ini mempunyai kawasan perairan yang lengkap, armada yang terdiri daripada lebih 40 jenis kapal yang pelbagai dan tenaga kerja berpengalaman yang telah berkhidmat dengan pelbagai organisasi kerajaan, pihak berkuasa pelabuhan, syarikat minyak utama antarabangsa, syarikat minyak dan gas luar pesisir, penyedia kejuruteraan marin dan perkhidmatan marin. http://www.litaocean.com

Maklumat Perhubungan Media: 
Dr. Michael Lochinvar Sim Abundo 
Pengarah Urusan 
OceanPixel Pte Ltd 
Tel: +65 90663584

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170309/8521701541-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170309/8521701541-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170309/8521701541-c

Source: ENVIROTEK
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Maritime/Shipbuilding Transportation Utilities New products/services