omniture

ORC International Perkukuh Kewujudan di Asia Pasifik dengan Melantik Alena Rossini sebagai Pengarah Urusan, Singapura

ORC International
2017-03-17 12:03 669

SINGAPURA, 17 Mac 2017 /PRNewswire/ -- ORC International, sebuah firma perisikan perniagaan global terkemuka, hari ini mengumumkan pelantikan Alena Rossini sebagai Pengarah Urusan, Singapura, untuk memacu pertumbuhan syarikat di rantau Asia Pasifik.

Alena Rossini, Pengarah Urusan ORC International, Singapura
Alena Rossini, Pengarah Urusan ORC International, Singapura

Di bawah kepimpinan Alena, Engine Group akan memperluaskan jejak jangkauan mereka di Singapura dan Asia Timur. Perlantikan beliau menekankan fokus kami untuk membantu pelanggan menangani cabaran perniagaan yang unik di rantau ini dan juga lanskap pasaran yang berubah-ubah.

Alena menyertai organisasi daripada Kantar Group, di mana beliau menguruskan Strategi dan Inovasi di serata Asia Pasifik. Beliau memiliki lebih daripada 15 tahun pengalaman membangunkan strategi pertumbuhan yang didorong kefahaman yang mendalam bagi jenama-jenama, dan memiliki minat untuk mengubah perniagaan. Dalam peranannya sebelum ini, beliau menggunakan semangat keusahawanannya yang tinggi serta pemikirannya yang mengutamakan pelanggan untuk memperkenalkan unit-unit perniagaan baharu dan merubah perniagaan sedia ada di The Leading Edge, Kantar dan Gfk. 

Oliver Rust, Pengarah Urusan, Asia Pasifik mengulas: "Pelantikan Alena memperkukuhkan komitmen kami terhadap pertumbuhan perniagaan pelanggan kami di Asia Tenggara. Kebanyakan pelanggan kami melihat Asia Tenggara sebagai sebuah lubuk peluang yang penting. Setiap pelaburan yang kami lakukan di rantau ini bertumpu untuk mendedahkan peluang perniagaan bagi pelanggan kami, memberi panduan kepada mereka untuk bertindak dan -- dengan menambah penyelesaian di serata rangkaian Engine kami – membantu mereka untuk berubah. Saya yakin bahawa Alena akan mempercepatkan lagi proses ini."

Nota Editor 

Latar Belakang ORC International 

ORC International adalah penyedia perisikan perniagaan terkemuka dan merupakan perunding berasaskan bukti. Kami adalah sebahagian daripada kumpulan komunikasi pemasaran yang lebih besar -- Engine. ( www.enginegroup.com )

Melalui perisikan sebenar, ORC International membantu para peneraju dunia untuk mengoptimumkan perniagaan mereka hari ini, memahami bagaimana mereka boleh beruntung pada esok hari dan merealisasikan masa hadapan. Salah sebuah daripada 20 firma perisikan perniagaan global paling utama, dengan rekod pencapaian cemerlang dari segi kualiti, analisis kepakaran dan penyepaduan data yang terkemuka dan terkini yang diupayakan dengan platform teknologi yang tangkas, kami membolehkan organisasi terkemuka memahami komuniti mereka dengan lebih baik dan merubah prestasi keseluruhan perniagaan mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang kami:  www.ORCInternational.com

Latar Belakang Engine Group

Engine Group adalah sebuah rangkaian perkhidmatan pemasaran global yang terdiri dari pakar komunikasi yang terbaik. Engine Group memiliki sebuah model kolaboratif yang unik yang menambah nilai yang jelas kepada para pelanggan -- mentransformasikan perniagaan mereka melalui integrasi secara semulajadi dan lancar. Dengan hab operasi di UK, Amerika Utara dan Asia Pasifik, perniagaan individu dalam rangkaian ini termasuklah WCRS, MHP Communications, Trailer Park, ORC International, Partners Andrews Aldridge, Deep Focus, Moment Studio, Synergy, Calling Brands, Mischief, Fuel, Transform dan Slice. Bersama-sama, mereka menyediakan rangkaian perkhidmatan pasaran yang meluas, termasuklah kajian pasaran, kreatif, strategi, digital, media social, pengiklanan, perhubungan awan, dan penciptaan dan penghasilan kandungan.

Maklumat lanjut boleh didapati di enginegroup.com .

Hubungi Media

Mangmang Miao
Pengurus Pemasaran
+61 3 9935 5700
Mangmang.Miao@ORCInternational.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170315/8521701692
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160531/8521603500LOGO

Source: ORC International
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Publishing/Information Service Personnel announcements