omniture

Hasil LONGi Green Energy Technology Hampir Berganda bagi tahun 2016

LONGi Solar
2017-03-20 08:31 1305

Pengilang jongkong, wafer dan modul monohabluran mengeluarkan laporan hasil 2016 minggu lepas, dengan hasil mencecah RMB11.5 bilion bagi tahun itu, dan keuntungan bersih RMB1.547 bilion.

XI'AN, Cina, 20 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Keputusan kewangan LONGi Green Energy Technology Co., Ltd bagi tahun kewangan 2016 melaporkan syarikat telah mencatatkan hasil sebanyak RMB11.531 bilion, peningkatan sebanyak 93.89% berbanding tahun sebelumnya, dan keuntungan bersih RMB1.547 bilion, peningkatan ketara sebanyak 197.36% dari tahun 2015. Pendapatan sesaham pada RMB0.86, peningkatan 117.42%. Pulangan purata wajaran ke atas aset selepas potongan (WARA) adalah 21.15%, naik sebanyak 9.18 mata peratusan, dan margin keuntungan kasar yang disatukan adalah 27.48%, meningkat sebanyak 7.11 mata peratusan dari tahun sebelumnya.

The LONGi Building
The LONGi Building

Peningkatan ketara prestasi LONGi adalah disebabkan oleh kejayaan usaha syarikat untuk keluar bebas daripada model perniagaan tradisional yang bergantung kepada wafer solar semata-mata, dan dengan menambah perniagaan modul untuk memacu pertumbuhan hasil. Tahun lepas, penjualan modul solar mencecah RMB5.7 bilion, melepasi penjualan wafer silikon (5.075 bilion yuan), dan telah menjadi hasil 'cash cow' (pendapatan utama) syarikat. Margin kasar perniagaan modul sebanyak 27.2 peratus adalah jauh lebih tinggi daripada perniagaan sel solar dan silicon polihabluran, dan semakin rapat ke arah margin perniagaan wafer sebanyak 28.16%. Margin keuntungan yang sihat telah melonjakkan keuntungan bersih kepada RMB1.547 bilion pada tahun itu.

LONGi akan terus mengembangkan kapasiti perniagaan sel solar dan modul. Beberapa projek sedang berjalan dengan lancar: sel solar 500MW dan pembikinan modul di India, kemudahan penyepaduan menegak jongkong/wafer/sel/modul di Kuching, Malaysia, termasuk 500MW sel dan modul, dan kilang pembuatan sel dan modul 2GW di Taizhou. Sementara itu, dalam bulan Februari tahun ini, sebuah firma terkemuka penyelidikan Bloomberg New Energy Finance, meletakkan LONGi Solar (sebelum ini dikenali sebagai Lerri Solar) dalam senarai pembekal modul Tahap 1 firma.

Presiden LONGi Solar Li Wenxue mengulas, "Sehingga akhir tahun lepas, kapasiti pengeluaran modul monohabluran telah mencecah 5GW, dan sasaran bagi akhir tahun ini adalah sebanyak 6.5GW. LONGi menjangka untuk menyediakan 4.5GW sel solar dan modul tahun ini. Walaupun kami akan sentiasa mengembangkan pelanggan asas dan meningkatkan hasil, LONGi berusaha untuk memelihara margin keuntungan berpatutan yang akan membolehkan kami tumbuh dengan sihat dan konsisten. Kami bertekad untuk meneruskan pembangunan produk dan menambah teknologi kami, kerana kami bergantung kepada prestasi dan kualiti produk untuk menarik pelanggan baharu dan menambah nilai perniagaan kami."

Latar Belakang LONGi Solar:

LONGi Solar, anak syarikat LONGi Green Energy Technology Company Limited, pengeluar sel dan modul solar monohabluran, dan berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian yang menjimatkan kops kepada pelabur dalam loji kuasa solar.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170314/0861702244

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Earnings