omniture

Total dan BWF Lanjut Perkongsian Hingga 2021

Total
2017-03-23 15:22 928

SINGAPURA, 23 Mac 2017 / PRNewswire / -- Berikutan penyelesaian mercu tanda perkongsian selama tiga tahun, Total  dan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) baru-baru ini mengumumkan lanjutan tiga tahun perkongsian itu sehingga 2021.

Melalui perkongsian yang dilanjutkan, yang diusahakan oleh Infront Sports & Media, Total akan terus menjadi Penaja Utama dan  Rakan Tenaga Rasmi untuk semua Acara Utama BWF  (Piala Sudirman TOTAL BWF, Piala Pusingan Akhir Thomas dan Uber TOTAL BWF, Kejohanan Dunia TOTAL BWF).

"Kami amat berbangga dengan kejayaan semasa  bersama BWF dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini. BWF telah banyak memberi sokongan dalam menyepadukan Total sebagai sebahagian daripada golongan yang terlibat badminton dengan lancarnya. Yang paling penting, perkongsian ini telah membantu untuk mengukuhkan kehadiran Total di Asia Pasifik dan Timur Tengah," kata Francois Dehodencq, Naib Presiden Kanan, Total Marketing & Services Asia Pacifik & Timur Tengah.

Encik Dehodencq berkata Total komited untuk bekerjasama dengan BWF untuk menyuntik lebih banyak tenaga ke dalam sukan ini dan memberi sokongan hebat dalam mempromosikan acara kepada penonton global.

Stephane Lagrue, Naib Presiden Pengkhususan, Total Marketing & Services Asia Pasifik & Timur Tengah menambah, "TOTAL dan BWF berkongsi ketangkasan, prestasi dan stamina. Perkongsian ini telah membantu kami untuk meningkatkan kesedaran jenama kami di rantau ini".

Mengulas mengenai peristiwa penting ini, Presiden BWF Poul-Erik Hoyer berkata: "BWF berbesar hati melanjutkan perkongsian kami dengan Total. Kesinambungan ini merupakan petanda baik bagi jenama Acara Utama kami dan kami menantikan kejayaan dan pembangunan bersama untuk tiga tahun lagi sambil kami bersama-sama  membangunkan badminton."

Total berjaya mengembangkan aktiviti penjenamaan melangkaui arena permotoran tradisional kerana ciri-ciri yang sama antara produk utamanya seperti pelincir QUARTZ TOTAL dan badminton -- prestasi hebat, ketepatan teknologi canggih, dan daya ketahanan.

Total akan memainkan peranan aktif dalam mewujudkan kesedaran dan menghebahkan kejohanan BWF yang baru diumumkan di Thailand (Piala Pusingan Akhir Thomas & Uber TOTAL BWF 2018, Bangkok), China (Kejohanan Dunia TOTAL BWF 2018, Nanjing dan  Piala Sudirman TOTAL BWF 2019, Nanning) dan Switzerland (Kejohanan Dunia TOTAL BWF 2019, Basel).

Total Penaja Utama untuk Acara Utama BWF
Total Penaja Utama untuk Acara Utama BWF

Hubungan Akhbar:

Red Agency Singapura untuk Total

Jeffrey Goh
+65 6317 6600 
jeffrey.goh@redagency.asia

Latar Belakang BWF

BWF ialah badan induk antarabangsa sukan badminton, yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Ia merupakan organisasi pengganti kepada Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) yang diasaskan pada 5 Julai, 1934. IBF diberi nama baharu iaitu Persekutuan Badminton Dunia pada tahun 2006.

Tujuan dan objektif BWF merangkumi kawal selia, promosi, pembangunan dan mempopularkan sukan badminton ke seluruh dunia  serta menganjur, mengendali dan mempersembahkan acara antarabangsa di peringkat tertinggi.

Visi BWF adalah untuk menjadikan badminton sebagai sukan utama global yang boleh diakses oleh semua -- dapat memberi setiap kanak-kanak peluang untuk bermain seumur hidup. Misinya adalah untuk memimpin dan memberi inspirasi kepada semua pihak yang berkepentingan; untuk menyampaikan hiburan melalui acara menarik untuk mendorong pengalaman peminat, dan mewujudkan inisiatif pembangunan inovatif, berkesan dan mampan.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia, dianggotai 187 persatuan seluruh dunia.

Poul-Erik Høyer ialah Presiden BWF dan Thomas Lund ialah Setiausaha Agung BWF.

Laman web: www.bwfbadminton.com dan www.bwfcorporate.com

Latar Belakang Total

Total adalah pengeluar dan pembekal tenaga bersepadu global, syarikat minyak dan gas antarabangsa yang terkemuka, dan operator tenaga solar kedua dunia bersama SunPower. Kakitangan kami seramai 96,000 komited dengan tenaga yang lebih baik, lebih selamat, lebih bersih, lebih cekap, lebih inovatif dan boleh diakses oleh seberapa ramai yang mungkin. Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, kami memberi tumpuan untuk memastikan operasi kami di lebih 130 negara seluruh dunia, memberikan manfaat ekonomi, sosial dan alam sekitar secara konsisten.

Laman web: www.total.com / www.lubricants.total.com

Latar Belakang Total di Asia Pasifik-Timur Tengah

Cawangan Pemasaran dan Perkhidmatan bagi Asia Pasifik-Timur Tengah beribu pejabat di Singapura. Menggajikan lebih 4,600 pekerja dan dengan kehadiran di 42 negara, pasukan kami didorong oleh inovasi dan pertumbuhan yang dapat membawakan /kepada pelanggan kami pelbagai produk dan perkhidmatan termasuk rangkaian runcit, pelincir, LPG, cecair khas, bahan api penerbangan dan pengangkutan.

Visual Utama
http://photos.prnasia.com/prnh/20170320/8521701824

Video:
https://www.sendspace.com/file/s4z23p

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170320/8521701824 
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170320/8521701824LOGO

Source: Total
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Auto Chemical Electrical Utilities Environmental Products & Services Gas Green Technology Oil/Energy Sporting Events Sports Utilities Contracts