omniture

Purple Shovel Umum Perkongsian Dengan Inter Ordinance Inc.

Purple Shovel, LLC
2017-03-24 08:16 572

Purple Shovel jadi pembekal eksklusif kerajaan AK-47 buatan Amerika

PALM BAY, Florida, 24 Mac 2017 / PRNewswire / -- Purple Shovel, LLC, sebuah Perniagaan Kecil  Milik Veteran Tentera Kurang Upaya (SDVOSB) hari ini mengumumkan satu perjanjian eksklusif dengan Inter Ordinance Inc. untuk membekal AK-47 buatan Amerika kepada pembeli kerajaan.

"Perkongsian kami sejajar dengan keperluan yang semakin meningkat di kalangan Pasukan Operasi Khas untuk senjata bukan standard," kata Ketua Pegawai Eksekutif Purple Shovel Benjamin Worrell. "Senjata-senjata ini pilihan sekutu kami kerana kos yang agak rendah dan pengendaliannya yang mudah.  Purple Shovel bersedia untuk memenuhi keperluan ini dengan AK buatan Amerika yang berkualiti tinggi."

Inter Ordinance Inc., satu-satunya pengeluar AK-47 dari Amerika, juga mengesahkan minat yang kukuh daripada kerajaan asing  terhadap produk mereka. "Terdapat permintaan besar untuk produk buatan Amerika daripada dunia Arab," kata Ketua Pegawai Eksekutif Ulrich Wiegand. "Mereka mengiktiraf kualiti senapang kami dan kagum bahawa kami mengeluarkan AK di Amerika Syarikat."

Dengan bantuan daripada Purple Shovel, Inter Ordinance merancang untuk menggandakan kapasiti semasa kira-kira 2,500 AK sebulan untuk menampung peningkatan permintaan daripada pelanggan-pelanggan kerajaan. Syarikat itu memberi keuntungan kepada ekonomi tempatan, menarik perhatian Suruhanjaya Pembangunan Ekonomi Florida Space Coast, yang melabur dalam Inter Ordinance tahun lepas.

LATAR BELAKANG PURPLE SHOVEL, LLC

Purple Shovel, LLC sebuah perniagaan Perniagaan Kecil Milik Veteran Tentera Kurang Upaya (SDVOSB)  yang diiktiraf ditubuhkan pada tahun 2010 untuk menyediakan penyelesaian nilai tambah kepada pelbagai cabaran domestik dan antarabangsa. Purple Shovel berfungsi di seluruh dunia untuk menyampaikan penyelesaian yang sesuai dengan mengambil kira kepentingan terbaik anda. Para profesional Purple Shovel dengan pengalaman berdekad di lapangan melaksanakan program-program yang inovatif dan prihatin untuk memenuhi dan melangkaui keperluan pelanggan. Purple Shovel pakar dalam bidang logistik antarabangsa yang luar biasa, merapatkan hubungan komersial-tentera, menyokong operasi kestabilan di seluruh dunia, pemerolehan strategik, pengoptimuman rantaian bekalan, pertumbuhan ekonomi masyarakat dan komersial, dan memastikan bantuan kemanusiaan.

LATAR BELAKANG INTER ORDINANCE INC.

Inter Ordinance Inc. adalah pengeluar utama AK dan AR buatan Amerika. Selama lebih 20 tahun, Inter Ordinance telah memberi perkhidmatan kepada  pelanggan di seluruh dunia dari Space Coast Florida. Hampir setiap ahli kepada krew pembuatan Inter Ordinance ialah Veteran Tentera atau anggota Pengawal Negara. Setiap senjata api Inter Ordinance ialah hasil buatan tangan dan diuji tembak sebelum penghantaran. Semua AK syarikat disokong oleh jaminan hayat yang terhad.

Lihat selanjutnya di: http://purpleshovel.com

Source: Purple Shovel, LLC
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Contracts Veterans