omniture

Pameran Perabot Antarabangsa China dan Anugerah Pinnacle Lancar Anugerah Asia Pasifik untuk Menghubung Rekabentuk dengan Industri Perabot Serantau

Pameran Perabot Antarabangsa Cina
2017-03-24 16:20 985

GUANGZHOU, China, 24 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Anugerah Pinnacle, anugerah paling berprestij dalam industri perabot Amerika, secara rasminya melancarkan anugerah sub-kategorinya yang pertama di luar Amerika Syarikat, anugerah Asia Pasifik, dengan kolaborasi bersama High Point Market dan Pameran Perabot Antarabangsa China (CIFF), yang akan mengadakan pamerannya di Guangzhou dari 18 hingga 31 Mac di Kompleks Pameran Import & Eksport China dan Ekspo PWTC di Guangzhou, China.

China International Furniture Fair and Pinnacle Awards Launch Asia-Pacific Awards
China International Furniture Fair and Pinnacle Awards Launch Asia-Pacific Awards

Ditubuhkan dalam tahun 1995 oleh Persatuan Pereka Perabot Amerika (ASFD), Anugerah Pinnacle diberikan kepada pereka produk yang mempunyai ciptaan yang dikeluarkan dalam jumlah yang banyak untuk jualan kepada pelanggan melalui kedai-kedai runcit.

"Ini adalah tafsiran terbaik bagi komitmen kami dalam mempromosikan pemadanan antara rekaan yang bagus dengan pasaran yang bagus," ulas John Conrad, presiden eksekutif ASFD. "Diharapkan CIFF, sebagai rakan kongsi tunggal Anugerah Pinnacle dunia, boleh membina jambatan antara Amerika Syarikat dan China untuk membawa lebih banyak lagi rekaan oriental yang menakjubkan kepada pengguna Amerika Syarikat dan memasukkan rekaan Amerika ke pasaran oriental yang lebih luas."

Berikut adalah jadual Anugerah Pinnacle Asia Pasifik di CIFF:

  • 8 Mei hingga 30 Jun: Penyerahan penyertaan
  • 1 Julai hingga 31 Ogos: Semakan penyertaan dan penilaian
  • 1 hingga 30 September: Pengumuman anugerah-anugerah
  • 11 hingga 14 September: Majlis anugerah semasa CIFF (Shanghai)
  • 24 Oktober: Majlis anugerah di Amerika Syarikat
  • 1 November hingga 30 Disember: pameran lawatan bagi rekaan yang memenangi anugerah.

Penerima Anugerah Pinnacle Asia Pasifik, sama ada syarikat ataupun individu, boleh menggunakan logo anugerah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa produk kemenangan mereka, termasuk pembungkusan produk, pameran perdagangan dan paparan runcit. Pemenang boleh juga menggunakan sijil anugerah dalam aktiviti-aktiviti pemasaran dan perniagaan.

Pemenang akan dipaparkan secara tetap di laman sesawang ASDA dan High Point Market. Sesetengah dari mereka akan mendapat peluang untuk dicalonkan dalam American Home Furnishings Hall of Fame.

Latar Belakang Pameran Perabot Antarabangsa China (CIFF)

Pameran perabot terbesar di China, CIFF ke-39 (Guangzhou) dianjurkan oleh China National Furniture Association, China Foreign Trade Center (Group), Guangdong Furniture Association, and Hong Kong Furniture & Decoration Trade Association; ia dihoskan oleh China Foreign Trade Guangzhou Exhibition General Corp. Pameran ini melibatkan seramai 3,900 pempamer dari 30 buah negara dan dijangka menerima lebih 170,000 profesional dari 190 negara.

Untuk maklumat lanjut: http://www.ciff-gz.com/en

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170323/0861702755

Source: Pameran Perabot Antarabangsa Cina
Keywords: Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Awards Trade show news