omniture

Walaupun keluaran sains Jepun lembap dalam dekad lalu, kesan petikan penting kekal kukuh: pandangan Web of Science

Clarivate Analytics
2017-03-24 20:34 602

Sains komputer, biologi molekul dan imunologi menunjukkan kemerosotan terbesar, tetapi penyelidikan dan penyelidik bertaraf dunia masih ditemui dalam bidang kepakaran terpilih

PHILADELPHIA, 24 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Satu analisis baru data Web of Science™ Clarivate Analytics, yang meninjau prestasi penyelidikan Jepun pada dekad yang lalu, menunjukkan kemerosotan yang ketara dalam keluaran saintifik Jepun dan kegagalan untuk bersaing dengan negara-negara terkemuka lain. Dapatan ini dilaporkan dalam The Nature Index, yang meneroka akibat prestasi Jepun yang ketinggalan dan membincangkan apa yang dilakukan pembuat dasar kerajaan dan pihak penaja sekarang dalam usaha mengatasi trend penurunan ini.

Clarivate Analytics
Clarivate Analytics

Pada 2015, penyelidik Jepun menerbitkan kertas pembentangan yang berkurangan sebanyak 600 buah dalam jurnal berpengaruh di peringkat antarabangsa yang diindeks dalam Web of Science berbanding 2005. Walaupun penurunan ini kurang daripada 1%,  jumlah kertas pembentangan global negara ini menurun daripada 8.4% kepada 5.2%. Dengan jumlah penerbitan yang semakin pesat di China dan Korea Selatan dalam jurnal Web of Science dan pada kadar pertumbuhan lebih pesat berbanding negara-negara yang mempunyai asas sains yang sudah matang, jumlah kertas pembentangan dunia Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman dan Jepun boleh dijangka mengalami kemerosotan kerana peratusan keluaran global merupakan permainan hasil tambah sifar.

"Jepun ialah kes istimewa kerana, secara mutlak, ia juga tidak berkembang," Kata David Pendlebury, penganalisis petikan kanan Clarivate Analytics. "Dalam 11 bidang, Jepun menerbitkan kurang artikel pada tahun 2015 berbanding tahun 2005. Dalam sains bahan dan kejuruteraan, bidang kekuatan Jepun mengikut sejarah, penerbitan telah menurun lebih daripada 10%. Penurunan paling teruk ialah dalam biokimia dan biologi molekul, sains komputer dan bidang yang merupakan kekuatan tradisional Jepun iaitu imunologi." Astronomi merupakan satu-satunya bidang di mana Jepun melebihi jangkauan purata.

Pendlebury menyatakan, namun begitu, Jepun mempunyai ramai ahli sains bertaraf dunia, dan negara itu berada di barisan hadapan dalam pelbagai bidang khusus dan canggih. "Berbagai jenis cerita sentiasa dapat ditemui berkaitan aktiviti penyelidikan dan prestasi apabila data dikaji secara mendalam, seumpama mengupas kulit bawang."

Sebagai contoh, data daripada InCites™, alat analisis dan sebahagian daripada Web of Science, menunjukkan sebahagian daripada keluaran Jepun, kertas pembentangan yang mendapat kedudukan 10% teratas berdasarkan petikan kekal stabil sepanjang dekad yang lalu. Kertas pembentangan yang mendapat kedudukan 1% teratas dalam impak petikan telah meningkat kira-kira 25%. Bahkan bidang seperti imunologi, yang telah menurun pengeluarannya sebanyak satu pertiga sejak 10 tahun yang lalu, telah menunjukkan peningkatan penghasilan kertas pembentangan ke kedudukan 1% teratas sebagai sebahagian daripada pengeluarannya, daripada 19% kepada 26% lebih daripada yang dijangkakan.

Pendlebury juga memetik contoh tertentu ahli sains elit Jepun: Susumu Kitagawa dari Kyoto University, yang mencipta rangka kerja logam organik fleksibel; Yoshinori Tokura dari University of Tokyo, yang berada di barisan hadapan penyelidikan multiferoik dan sistem elektron tersekait kukuh; dan Masatake Haruta dari Tokyo Metropolitan University, perintis dalam pemangkin emas. "Clarivate Analytics telah menamakan ketiga-tiga ini – dan lain-lain dari Jepun – sebagai Citation Laureates, penyelidik dengan penerbitan yang sangat banyak dipetik sehingga kami menjangkakan mereka mungkin mendapat tempat untuk penghormatan Nobel," beliau berkata.

"Penelitian analisis data penerbitan dan petikan merupakan pendekatan yang didorong data terhadap penggubalan dasar sains dan pembiayaan dan akan menjadi strategi utama dalam menangani kelemahan dan membina kekuatan," kata Pendlebury.

"Kami memahami betapa pentingnya penggunaan data yang tepat, tidak berat sebelah dan rujukan petikan, yang mendedahkan pandangan bermakna ke dalam prestasi penyelidikan, perkembangan idea atau penemuan saintifik dan pengaruh idea inovatif selama ini," kata Jessica Turner, ketua global penyelidikan saintifik dan akademik di Clarivate Analytics. "Selama lebih 50 tahun, kami telah berkhidmat kepada komuniti penyelidikan saintifik dan akademik dengan menyediakan data petikan yang dipercayai, analisis petikan menyeluruh dan juga kepakaran bibliometrik yang melebihi 30 tahun. Kami gembira Nature Index menggunakan data petikan dan analisis yang ditempah Web of Science kami untuk mendedahkan dapatan penting bagi laporan khas tentang Jepun."

Ketahui lebih lanjut tentang Web of Science.

Clarivate Analytics
Clarivate™ Analytics mempercepatkan kadar inovasi dengan menyediakan pandangan dan analitik yang dipercayai kepada pelanggan seluruh dunia, membolehkan mereka menemui, melindungi dan memperdagangkan idea baharu dengan lebih cepat. Sebelum ini dikenali sebagai Intellectual Property and Science business of Thomson Reuters, kami memiliki dan mengendalikan kumpulan perniagaan berasaskan langganan terkemuka yang menumpukan kepada penyelidikan saintifik dan akademik, analitik paten dan piawaian peraturan, farmaseutikal dan kecerdasan bioteknologi, perlindungan tanda dagangan, perlindungan jenama domain dan pengurusan harta intelek. Kini Clarivate™ Analytics ialah syarikat persendirian dengan lebih daripada 4,000 pekerja, beroperasi di lebih daripada 100 negara dan memiliki jenama terkenal termasuklah Web of Science™, Cortellis™, Thomson Innovation™, Derwent World Patents Index™, CompuMark™, MarkMonitor® dan Techstreet™, antara lainnya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi clarivate.com.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/455613/clarivate_logo_for_press_release_Logo.jpg

 

Source: Clarivate Analytics
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Publishing/Information Service Survey, Polls & Research