omniture

Pendapatan Penuh Tahun 2016 ZTE Meningkat kepada RMB 101.2 Bilion ketika Rangkaian Pembawa dan Perniagaan Pengguna Berkembang

ZTE Corporation
2017-03-25 03:39 663

SHENZHEN, China, 25 Mac 2017 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, melaporkan pendapatan penuh setahun meningkat kepada RMB 101.2 bilion bagi tahun 2016, dirangsang oleh pertumbuhan dalam Rangkaian Pembawa dan perniagaan Pengguna milik syarikat.

Keuntungan operasi meningkat kepada RMB 1.17 bilion, menurut pengumuman hasil tahunan ZTE hari ini. Kerugian bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham biasa bagi syarikat yang disenaraikan iaitu sebanyak RMB 2.36 bilion merangkumi peruntukan kira-kira US$892 juta berkaitan dengan penyelesaian kes syarikat di Amerika Syarikat. Tanpa peruntukan tersebut, ZTE akan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RMB 3.83 bilion, 19.2% lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Pendapatan daripada bahagian Rangkaian Pembawa meningkat kepada RMB 58.9 bilion pada tahun 2016, sewaktu penyelesaian rangkaian inovatif milik ZTE termasuk Pra5G, Video Besar dan Virtualisasi Rangkaian serta Peralihan ke Awan diguna pakai oleh lebih banyak pengendali di serata dunia. Penyelesaian Pra5G ZTE yang memenangi anugerah termasuk MIMO Besar membolehkan pengendali menyegerakan penggunaan teknologi 5G generasi seterusnya melalui infrastruktur rangkaian 4G LTE sedia ada, dan turut digunakan dalam lebih 40 rangkaian di lebih 30 negara.

Penyelesaian SDN (rangkaian tentuan perisian) dan NFV (virtualisasi fungsi rangkaian) ZTE yang utama dalam industri digunakan dalam lebih 180 rangkaian di seluruh dunia, setelah syarikat menambah lebih 40 projek baharu pada tahun 2016.

Pendapatan Perniagaan Pengguna meningkat kepada RMB 33.5 bilion, ketika telefon pintar dan peranti ZTE mengukuhkan kedudukan utama mereka dalam pasaran AS, Eropah dan Australia. Menerusi komitmen tanpa kompromi terhadap kualiti dan pengalaman pengguna untuk produk baharu, ZTE ialah antara 4 penyedia telefon pintar terbaik di AS, dan melonjak ke kedudukan No. 5 di Eropah. Di Australia, ZTE diiktiraf sebagai penyelesaian telefon pintar ketiga negara itu.

Bagi Perniagaan Kerajaan dan Korporat, ZTE mencatatkan pendapatan sebanyak RMB 8.9 bilion pada tahun 2016.

Menerusi tumpuan berterusan terhadap inovasi untuk rangkaian generasi seterusnya dan teknologi ICT termasuk 5G, pengkomputeran awan, Data Besar, semikonduktor dan Internet Komunikasi Benda, ZTE mengungguli kedudukan No. 1 menerusi penarafan paten antarabangsa terkini terbitan Organisasi Harta Intelek Dunia. ZTE memfailkan 4,123 permohonan untuk paten di bawah Perjanjian Kerjasama Paten (PCT) pada tahun 2016, lebih banyak berbanding mana-mana syarikat lain, menurut data WIPO.

ZTE membangunkan kepimpinannya dalam inovasi rangkaian 5G menerusi lebih 1,500 permohonan paten berkaitan, dan menjalin kerjasama strategik berhubung penyelidikan 5G bersama pengendali-pengendali utama termasuk Deutsche Telekom, Telefonica, SoftBank, China Mobile, KT Group, China Unicom dan China Telecom. Sempena Kongres Dunia Mudah Alih 2017, ZTE melancarkan siri baharu stesen utama 5G untuk frekuensi rendah dan tinggi, memandangkan syarikat menjangkakan untuk memulakan penggunaan prakomersial 5G dalam suku ketiga tahun 2018.

Bagi rangkaian Berwayar (Wireline), ZTE memberi tumpuan terhadap projek-projek jalur lebar negara di seluruh dunia, selain peluang-peluang yang terdapat dalam rangkaian pengangkutan optik berkapasiti besar hasil peningkatan permintaan terhadap video mudah alih dan pusat-pusat data maya. Bulan lalu, ZTE melancarkan penyelesaian Flexhaul 5G inovatif, menggabungkan rangkaian optik dan teknologi IP untuk rangkaian pembawa angkut balik dan angkut depan. ZTE terus menerajui Video IP, menerusi penyelesaian Video Besar baharu untuk video 4K+ hujung-ke-hujung serta realiti maya.

ZTE komited memimpin industri dalam usaha pembangunan penyelesaian IoT, menerusi inovasi teknologi IoT Jalur Sempit (NB-IoT) dan LoRa.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi M-ICT ZTE, syarikat komited menyediakan pengguna dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Maklumat Perhubungan Media:

Margrete Ma

Daniel Beattie

ZTE Corporation

AxiCom

Tel: +86 755 26775207            

Tel: +44 (0)20 8392 8071

Emel: ma.gaili@zte.com.cn  

Emel: daniel.beattie@axicom.com

 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Earnings