omniture

HNA General Aviation Investment Group Diperkenal Julung Kali di Forum Boao untuk Persidangan Tahunan Asia 2017

DEER JET (Beijing) CO. LTD
2017-03-28 18:38 968

BOAO, China, 28 Mac 2017 /PRNewswire/ -- HNA General Aviation Investment Group (HNA General Aviation) berjaya menganjurkan "Forum Pembangunan Industri Penerbangan Am - Boao" pertama, sebagai sesi rakan kongsi Forum Boao untuk Persidangan Tahunan Asia 2017. Diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Boao, topik penerbangan am turut mengiringi siri perbincangan berprofil tinggi dalam forum ini buat julung kalinya.

Forum Pembangunan Industri Penerbangan Am-Boao
Forum Pembangunan Industri Penerbangan Am-Boao
Pengerusi HNA General Aviation Investment Group Zhang Peng memberi ucapan
Pengerusi HNA General Aviation Investment Group Zhang Peng memberi ucapan

HNA Group Lancar Cawangan Penerbangan Am Baharu  

Pada bulan Februari tahun ini, HNA Group, syarikat induk Deer Jet, melangkah maju dalam usaha membentuk entiti pelaburan perindustrian baharu yang mengkhusus dalam penerbangan am, menyepadukan sekumpulan syarikat sebagai entity yang terbesar seumpamanya di China.

HNA General Aviation Group yang baru dilancarkan akan mengendalikan rantaian bekalan yang komprehensif untuk penerbangan am termasuk jet peribadi, helikopter, lapangan terbang penerbangan am, pembinaan dan pengurusan lapangan terbang, pelaburan infrastruktur penerbangan am, dan pusat latihan penerbangan am, antara segmen-segmen lain. Menerusi kepelbagaian aset, kepentingan strategik dan kapasiti operasi, kumpulan baharu ini menjadi konglomerat penerbangan am terbesar di China.

Waktu dan Keadaan Yang Sesuai untuk Penerbangan Am Berkembang

Pada bulan Mei 2016, Majlis Negara China mengeluarkan "Garis Panduan bagi Penggalakan Pembangunan Mampan Industri Penerbangan Am," yang menekankan keperluan untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan dengan segera dan menaik taraf industri penerbangan am, yang akan memperluaskan lagi pertumbuhan ekonomi yang didorong penggunaan.  

Seterusnya, pada 19 Disember 2016, Majlis Negara China menyiarkan "Rancangan Lima Tahun untuk Pembangunan Industri Baharu Strategik Kebangsaan ke-13", diikuti oleh himpunan dasar baharu yang bertujuan untuk menyokong pembangunan operasi pengangkutan dan menggalakkan pelaburan dalam penerbangan am.

Penerbangan am merupakan topik perbincangan utama dalam "Dua Sesi" 2017 bagi CPPCC dan NPC. FengZhenglin, Setiausaha Pentadbir bagi Pentadbiran Penerbangan Am China (CAAC), sekali lagi menekankan bahawa pentadbiran beliau menumpu dan meletakkan hala tuju strategik terhadap penggalakan dan pembangunan penerbangan am.

Di bawah tema "Menangani Isu-isu untuk Pembangunan Industri Penerbangan Am China," anggota perwakilan daripada agensi kerajaan, pemimpin industri, golongan profesional penerbangan am dan ilmuwan turut serta dalam sesi forum ini bagi membincangkan isu-isu dan dasar-dasar semasa, selain mengemukakan cadangan penyelesaian berdaya maju demi menggalakkan pertumbuhan.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170327/0861702917-a 
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170327/0861702917-b 

Source: DEER JET (Beijing) CO. LTD
Keywords: Airlines/Aviation Leisure/Travel/Hotels Passenger Aviation Transportation Travel Trade show news