omniture

Lapangan Terbang Antarabangsa Haikou Meilan Menjadi Lapangan Terbang Serantau 5-Bintang Skytrax China yang Pertama

Haikou Meilan International Airport
2017-04-10 07:55 564

HAIKOU, China, 10 April 2017 /PRNewswire/ -- Pada 7 April 2017, Lapangan Terbang Antarabangsa Haikou Meilan menerima Penarafan Lapangan Terbang Serantau 5-Bintang oleh Skytrax, organisasi penarafan pengangkutan udara antarabangsa.(http://www.skytraxresearch.com/) Lapangan Terbang Antarabangsa Haikou Meilan kini telah menjadi Lapangan Terbang Serantau 5-Bintang Skytrax di China yang pertama dan lapangan terbang ke-8 di dunia dengan Penarafan Lapangan Terbang 5-Bintang Skytrax.

Presiden SKYTRAX, Edward, menyampaikan pingat kepada Pengerusi Lembaga Lapangan Terbang Antarabangsa Haikou Meilan, Wangzhen
Presiden SKYTRAX, Edward, menyampaikan pingat kepada Pengerusi Lembaga Lapangan Terbang Antarabangsa Haikou Meilan, Wangzhen

Ditubuhkan pada 1989 dengan ibu pejabat di London, UK, Skytrax ialah sebuah organisasi penarafan pengangkutan udara antarabangsa yang khusus dalam meningkatkan pengalaman pelanggan bagi syarikat penerbangan dan lapangan terbang di seluruh dunia.

Penarafan Lapangan Terbang Serantau 5-Bintang yang berprestij ini diperkenalkan oleh Skytrax pada 2016 untuk memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada lapangan terbang yang kebanyakannya menumpukan kepada operasi laluan serantau. Walaupun bukan hab mega global, lapangan terbang ini memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pelanggan mereka dan memenuhi syarat ketat untuk mendapatkan 5-Bintang.

Pada 2011, Lapangan Terbang Haikou memperkenalkan konsep perkhidmatan "Pencapaian Lebih Tinggi dengan Kecemerlangan Perkhidmatan" memberikan tumpuan kepada penambahbaikan berterusan perkhidmatan penumpang dengan memperkenalkan, memantau dan memperhalus tatacara pengendalian piawai untuk semua fungsi perkhidmatan barisan hadapan.

Dalam masa yang sama mereka meningkatkan piawaian perkhidmatan barisan hadapan, beberapa projek pembinaan utama sedang dilaksanakan. Semua projek infrastruktur ini bertujuan untuk melahirkan visual unik warisan tropika Pulau Hainan.

Pembukaan kemudahan baharu dan lebih baik turut menyumbang kepada tempoh masa yang lebih santai dan tanpa tekanan di Lapangan Terbang Haikou.

Edward Plaisted dari Skytrax berkata, "Kami telah menjalankan audit selama lebih daripada beberapa tahun di Lapangan Terbang Haikou dan telah mengikuti transformasinya yang ketara dan positif. Kakitangan Lapangan Terbang Haikou diberi pengiktirafan berterusan sebagai yang terbaik dalam kalangannya. Kami gembira melihat pengubahsuaian infrastruktur dan piawai pengendalian baru-baru ini membolehkan Lapangan Terbang Haikou untuk memberikan pengalaman penumpang yang cemerlang di peringkat 5-Bintang. Kami yakin Lapangan Terbang Haikou akan terus memberikan pengalaman penumpang yang akan memenuhi dan melebihi jangkaan penumpangnya yang semakin meningkat."

Lapangan Terbang Haikou boleh diakses menerusi rangkaian pengangkutan yang cekap dan pelbagai mod pengangkutan, termasuklah kereta api berkelajuan tinggi yang terus menyambungkan terminalnya dengan semua bandar utama di Pulau Hainan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Lapangan Terbang Haikou juga telah mengekalkan pertumbuhan lalu lintas penumpang yang baik, lapangan terbang itu mengakhiri tahun 2016 dengan 18.8 juta lalu lintas penumpang.

Menjawab persoalan "Bagaimana untuk membuat pengalaman terminal yang lebih selesa dan luar biasa untuk setiap penumpang?" Wang Zhen, Pengerusi Lembaga Lapangan Terbang Haikou berkata: "Memetakan jalan yang betul untuk lebih memenuhi keperluan kapasiti dan peningkatan jangkaan penumpang Lapangan Terbang Haikou, kami mengambil keputusan untuk melaksanakan projek peluasan utama: terminal antarabangsa yang baharu, terminal sayap barat baharu, dan pembangunan Bandar Lapangan Terbang Haikou. Selain daripada kemudahan baharu ini, bangunan terminal lama telah dibina semula sepenuhnya dan jalan masuk ke lapangan terbang telah diperluas dan ditambah baik. Semua projek utama yang digabungkan dengan kakitangan perkhidmatan kami yang terlatih dan berdedikasi telah mengubah lapangan terbang ini dan meningkatkan pengalaman penumpang.

Mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan pelanggan di Lapangan Terbang Haikou tetap menjadi keutamaan kami kerana kami terus menerima lebih ramai penumpang dan syarikat penerbangan. Kami amat berbesar hati menerima penarafan Lapangan Terbang Serantau 5-Bintang Skytrax. Kami melihat penarafan berprestij ini sebagai pengiktirafan terhadap kesetiaan semua kakitangan lapangan terbang yang merupakan motivasi bagi kami semua untuk terus memastikan pengalaman lapangan terbang yang terbaik untuk semua penumpang kami.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170407/0861703405

Source: Haikou Meilan International Airport
Keywords: Airlines/Aviation Leisure/Travel/Hotels Transportation Travel Awards