omniture

KERUI Perkenal "Ekosistem Baharu untuk Industri Minyak dan Gas" sempena CIPPE

Kerui Group
2017-04-21 06:34 690

BEIJING, 21 April 2017 /PRNewswire/ -- Kerui Petroleum mengambil bahagian dalam Pameran Teknologi dan Peralatan Petroleum & Petrokimia Antarabangsa China (CIPPE) kali ke-17 yang diadakan di ibu negara China baru-baru ini. CIPPE merupakan pameran petroleum terbesar di dunia dan tahun ini, dengan keluasan kawasan pameran melebihi 90,000㎡ia menarik lebih 1,800 syarikat dari 65 negara dan rantau. Kerui Petroleum, kumpulan perindustrian komprehensif yang menggabungkan antara penyelidikan, pembangunan dan pembuatan peralatan petroleum berkualiti tinggi, mengambil bahagian dalam pameran tersebut dengan rancangan yang bertemakan "Ekosistem baharu untuk industri minyak dan gas".

KERUI Perkenal "Ekosistem Baharu untuk Industri Minyak dan Gas" sempena CIPPE
KERUI Perkenal "Ekosistem Baharu untuk Industri Minyak dan Gas" sempena CIPPE

Kerui Petroleum menyepadukan sumber minyak dan gas standard antarabangsa dan membangunkan ekosistem terhubung baharu untuk industri minyak dan gas yang terdiri daripada produk, teknologi, perkhidmatan, sumber manusia serta kewangan, berasaskan strategi Industri + Internet.

Victor International Institute of Petroleum Training (VIPT) dapat menawarkan pelanggan seluruh dunia dengan latihan bakat khusus untuk sektor minyak dan gas, perekrutan sumber manusia, penyumberan luar tenaga kerja dan penyelesaian teknologi untuk kesemua aspek dalam kejuruteraan minyak. Khusus untuk pengambilan bakat dalam industri minyak, kontrak projek-projek kejuruteraan antarabangsa serta pemindahan kapasiti, VIPT merancang untuk menghantar kira-kira 15,000 individu berbakat sederhana dan berbakat tinggi dalam sektor kejuruteraan minyak dan gas ke seluruh dunia.

Erui, platform dalam talian untuk pengagihan perindustrian antarabangsa melaksanakan strategi "Industri + Internet" Kerui Petroleum, menyediakan pelanggan dengan gedung sehenti untuk membeli peralatan perindustrian, komponen, bahan-bahan dan juga peralatan. Erui turut menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan pembelian sehenti yang berasaskan penyepaduan sumber berkualiti dalam seluruh industri. Perkhidmatan ini ialah satu ekosistem seluruh industri yang "berinovasi, terbuka, bekerjasama dan saling menguntungkan" yang menghubungkan antara pembeli, pembekal, pengendali logistik, pakar industri dan entiti kewangan, bagi mencipta nilai untuk seluruh aplikasi yang pelbagai termasuk data besar, kawalan kos dan promosi jenama.

Sebagai rakan strategik Kerui PetroleumRegi Global menyepadukan sumber huluan dan hiliran dalam sektor minyak dan gas, bagi membangunkan platform bermaklumat untuk peralatan yang tidak digunakan. Platform ini akan disediakan untuk tujuan perdagangan atau sewaan, menawarkan penyelesaian dalam talian dan luar talian bagi menyempurnakan transaksi. Ia juga akan menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan penyelenggaraan peralatan bersepadu, penambahbaikan, penggantian alat, logistik dan kewangan. Regi Global telahpun bertindak sebagai perantara untuk perdagangan dan sewaan peralatan yang tidak digunakan kepada lebih 5,000 pelanggan seluruh dunia, membantu pelanggan memendekkan tempoh aset melahu dan juga meningkatkan kecekapan.

Sebagai kumpulan industri bertaraf antarabangsa dan komprehensif, Kerui Petroleum menumpu pada penyepaduan sumber berkualiti di peringkat global melibatkan produk industri minyak dan gas, teknologi, sumber manusia, kewangan dan juga aset. Selari dengan temanya dalam pameran tahun ini, Kerui Petroleum membangunkan dan menyempurnakan ekosistem baharu untuk industri minyak dan gas dengan meninjau pelbagai model perniagaan dengan matlamat untuk mengurus aspek "normal baharu" dengan cekap untuk harga minyak antarabangsa dan membantu pelanggan mencapai kejayaan dalam penglibatan mereka dalam projek-projek.

Foto  - http://photos.prnasia.com/prnh/20170420/1830114-1

Source: Kerui Group
Keywords: Gas Internet Technology Oil/Energy Utilities Trade show news