omniture

Keputusan Suku Pertama 2017 Banco Bradesco

Banco Bradesco S.A.
2017-04-28 20:48 601

SAO PAULO, 28 April 2017 /PRNewswire/ -- Angka-angka utama yang dilapor oleh Bradesco (BM&FBovespa: BBDC3; BBDC4, NYSE: BBD) pada suku pertama tahun 2017, dengan menekankan penggabungan, mulai 1 Julai 2016, antara HSBC Bank Brasil S.A. dan subsidiarinya (HSBC Brasil):

1. Pendapatan Bersih Terlaras (1) untuk suku pertama tahun 2017 bernilai R$4.648 bilion (meningkat 13.0% berbanding Pendapatan Bersih Terlaras sebanyak R$4.113 bilion yang dicatat pada suku pertama tahun 2016), bersamaan pendapatan sesaham sebanyak R$3.19 dan pulangan Ekuiti Pemegang Saham Terlaras Purata (2) sebanyak 18.3% (2).

2. Berhubung sumbernya, Pendapatan Bersih Terlaras merangkumi R$3.274 bilion daripada aktiviti kewangan, mewakili 70.4% daripada jumlah keseluruhan, dan R$1.374 bilion daripada insurans, pelan pencen dan operasi bon permodalan, yang bersama-sama menyumbang sebanyak 29.6%.

3. Pada Mac 2017, permodalan pasaran Bradesco bernilai R$178.208 bilion (3), menunjukkan peningkatan sebanyak 24.0% berbanding pada Mac 2016.

4. Jumlah Aset, pada Mac 2017, bernilai R$1.294 trilion, meningkat sebanyak 17.5% berbanding baki pada Mac 2016. Pulangan Jumlah Aset Purata adalah sebanyak 1.4%.

5. Pada Mac 2017, Portfolio Pinjaman Tambahan (4) mencecah R$502.714 bilion, meningkat sebanyak 8.5% berbanding pada Mac 2016. Operasi-operasi individu pula berjumlah R$171.820 bilion (meningkat 16.3% berbanding pada Mac 2016), manakala operasi bersama syarikat-syarikat berjumlah R$330.894 bilion (meningkat 4.9% berbanding pada Mac 2016).

6. Aset Bawah Pengurusan bernilai R$1.944 trilion, meningkat sebanyak 22.3% berbanding pada Mac 2016.

7. Ekuiti Pemegang Saham berjumlah R$104.558 bilion pada Mac 2017, 12.0% lebih tinggi berbanding pada Mac 2016. Nisbah Basel III yang dihitung, berdasarkan Konglomerat Prudential berada pada 15.3%, 12.0% ialah Modal Tahap I.

8. Sejumlah R$1,845 bilion telah dibayar dan diperuntukkan kepada pemegang saham sebagai Faedah dalam Ekuiti Pemegang Saham bagi keuntungan yang dijana pada suku pertama tahun 2017, dengan R$300.551 juta dibayar dalam bentuk ansuran bulanan, dan R$1.544 bilion telah diperuntukkan.

9. Bahagian Faedah-Pendapatan mencecah R$15.900 bilion pada suku pertama tahun 2017, memperlihatkan peningkatan sebanyak 7.9% berbanding pada suku pertama tahun 2016.

10. Nisbah Delinkuensi 90-hari ialah 5.6% pada Mac 2017, dikurangkan kepada 5.2%, tanpa mengambil kira pelanggan korporat tertentu yang telahpun diperuntukkan sepenuhnya, (5.5% pada Disember 2016 dan 4.2% pada Mac 2016).

11. Nisbah Kecekapan (ER) (5) pada Mac 2017 ialah 40.8% (37.2% pada Mac 2016), manakala nisbah kecekapan "risiko-terlaras" ialah 53.1% (47.1% pada Mac 2016).

12. Insurans Premium Bertulis, Simpanan Pelan Pencen dan Pendapatan Bon Permodalan berjumlah R$17.948 bilion pada suku pertama tahun 2017, meningkat 18.2% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2016. Peruntukan teknikal bernilai R$229.433 bilion, meningkat 25.4% berbanding baki pada Mac 2016.

13. Pelaburan dalam infrastruktur, teknologi maklumat dan telekomunikasi berjumlah R$1.408 bilion pada suku pertama tahun 2017, meningkat 1.3% berbanding pada suku pertama tahun 2016.

14. Cukai dan sumbangan yang dibayar atau diperuntukkan, termasuk keselamatan sosial, berjumlah R$9.700 bilion pada suku pertama tahun 2017, dengan R$3.531 bilion berkaitan cukai yang dipegang dan dikumpul daripada pihak ketiga, manakala R$6.169 bilion dihitung mengikut aktiviti yang dibangunkan oleh Bradesco Organization, bersamaan 132.7% daripada Pendapatan Bersih Terlaras (1).

15. Bradesco memiliki Jaringan Khidmat Pelanggan yang luas di Brazil, menerusi 5,122 Cawangan dan 3,971 Titik Khidmat Pelanggan (PA). Perkhidmatan berikut turut disediakan untuk pelanggan Bradesco: 1,004 ATM yang terletak di premis syarikat (PAE), 38,525 titik khidmat pelanggan Bradesco Expresso, 36,095 ATM Bradesco, dan 20,584 ATM Jaringan Banco24Horas.

16. Gaji, termasuk caj dan faedah berjumlah R$4.244 bilion pada suku pertama tahun 2017. Faedah sosial yang diberikan kepada kesemua 106,644 kakitangan Bradesco Organization dan tanggungan mereka berjumlah R$1.133 bilion, manakala pelaburan dalam pendidikan, latihan dan juga program pembangunan berjumlah R$31.451 juta.

17. Anugerah dan Pengiktirafan Utama dalam tempoh tersebut:  

  • Ia meraih kedudukan membanggakan bagi anugerah "Eksekutif IT Terbaik Tahunan" dalam kategori Perbankan, menerusi kes bertajuk "BIA - Bradesco Artificial Intelligence – Branch Service Center - with Watson (Kajian oleh IT Mídia dengan kerjasama Korn Ferry);
  • UniBrad meraih anugerah antarabangsa iaitu " Anugerah GlobalCCU 2017" bagi universiti korporat terbaik di dunia (Global Council of Corporate Universities);
  • Ia merupakan salah satu pemenang bagi anugerah "Profesional Teknologi Maklumat 2016", bagi segmen Perbankan (Informática Hoje Magazine);
  • Bradesco BBI dianugerahkan sebagai "Bank Pelaburan Terbaik di Brazil pada tahun 2017" dan muncul, pada tahun 2017 dan YTD, pada kedudukan pertama bagi penarafan penggabungan dan pengambilalihan, hutang domestik, hutang antarabangsa dan ekuiti (Bank Pelaburan Terbaik dalam Edisi Dunia - Global Finance Magazine)
  • BRAM dinilai sebagai AMP-1 (amat kukuh) oleh agensi Standard & Poor's, yang dianggap sebagai skala kualiti pengurusan tertinggi bagi Penarafan Global S&P;
  • BRAM meraih kedudukan penting dalam laporan berkenaan dana saham bermodal kecil, kerana memperoleh dana paling menguntungkan bagi tahun 2017 (IstoÉ Magazine);
  • Bradesco Seguros Group merangkul dua trofi bagi tiga kategori iaitu "Anugerah Syarikat Insurans Brazil" : Prestasi Terbaik, Pertumbuhan Jualan Terbaik dan Peneraju Pasaran Global (Editora Brasil Notícias);
  • Bradesco Seguros Group meraih anugerah "Syarikat Cemerlang" bagi segmen Insurans, Kesihatan, Pencen dan Permodalan (Centro de Inteligência Padrão – CIP (Pusat Perisikan Standard), dengan kerjasama Consumidor Moderno magazine); dan
  • Bradesco menjadi peneraju bagi pasaran Bon Permodalan pada tahun 2016 (Pengawasan Insurans Persendirian – Susep).

Bradesco Organization komited sepenuhnya terhadap pembangunan sosioekonomi negara. Kami menetapkan garis panduan dan strategi perniagaan kami dengan matlamat untuk merangkumkan amalan kemampanan korporat terbaik, mengambil kira konteks dan potensi setiap rantau, dan menyumbang kepada penjanaan nilai yang dikongsi bersama dalam tempoh jangka panjang. Bagi mengukuhkan kedudukan ini, kami menekankan pematuhan terhadap inisiatif korporat yang diiktiraf seluruh dunia, seperti: Kompak Global, Prinsip Khatulistiwa, Projek Pendedahan Karbon (CDP), Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab (PRI), Program Protokol GHG (Program Emisi Gas Rumah Hijau Brazil) dan Syarikat-syarikat untuk Perubahan Iklim (EPC). Struktur tadbir urus kami melibatkan Jawatankuasa Kemampanan, yang terdiri daripada ahli Lembaga Pengarah dan Naib Presiden, bertanggungjawab menasihati Lembaga Pengarah dalam mewujudkan garis panduan dan tindakan korporat untuk segmen ini, dan bersama-sama Jawatankuasa Pelbagai Jabatan Eksekutif yang bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan strategi tersebut. Kecemerlangan pengurusan perniagaan ini boleh dilihat menerusi indek Kemampanan utama, seperti Indeks Kemampanan Dow Jones (DJSI) – "Pasaran Baru Muncul", Bursa Saham New York, Indeks Kemampanan Korporat (ISE) dan Indeks Cekap Karbon (ICO2), kedua-duanya daripada B3 (nama semasa BM&FBovespa dan CETIP).

Dengan program sosial dan pendidikan meluas yang dijalankan sejak 60 tahun lalu, Fundação Bradesco mengendalikan 40 sekolah di seluruh Brazil. Pada tahun 2017, belanjawan sebanyak R$625.944 juta akan memberi faedah kepada kira-kira 104,228 orang pelajar yang mendaftar di sekolah-sekolah tersebut pada tahap berikut: Pendidikan Asas (bermula daripada Tadika kepada Sekolah Menengah dan Pendidikan Menengah Tinggi Teknikal-Profesional), pendidikan belia dan dewasa; dan latihan vokasional awal dan berterusan, fokus untuk mencipta peluang pekerjaan dan pendapatan. Selain jaminan pendidikan yang percuma dan berkualiti, pelajar yang mengikuti sistem Pendidikan Asas, berjumlah melebihi 43 ribu pelajar, turut menerima baju seragam, kelengkapan sekolah, bekalan makanan dan juga bantuan perubatan serta pergigian. Fundação juga dijangka akan memberi manfaat kepada 630 ribu pelajar menerusi pembelajaran jarak jauh (EaD), iaitu melalui portal e-Pembelajaran "Escola Virtual" (Sekolah Maya), dengan pelajar-pelajar ini menghabiskan sekurang-kurangnya satu daripada pelbagai kursus yang ditawarkan dalam jadualnya. Baki seramai 15,040 orang pelajar mengambil bahagian dalam projek-projek dan inisiatif-inisiatif yang dijalankan dengan kerjasama Program Educa+Ação dan dalam kursus-kursus Teknologi.

Penyata Kewangan boleh didapati daripada laman sesawang Hubungan Pelabur Bradesco di bradesco.com.br/ir.

 (1) Menurut peristiwa tidak berulang yang dinyatakan pada halaman 8 dalam Laporan Analisis Ekonomi dan Kewangan ini; (2) Setakat suku pertama tahun 2016, keuntungan tahunan telah dihitung secara linear, dan juga, tidak termasuk kesan nilai-ke-pasaran bagi Sekuriti Sedia-untuk-Dijual yang dicatatkan di bawah Ekuiti Pemegang Saham; (3) Jumlah saham (tidak termasuk saham perbendaharaan) didarab dengan harga penutup saham biasa dan saham pilihan pada hari terakhir dagangan untuk tempoh itu; (4) Termasuk penjamin dan jaminan, surat kredit, pendahuluan kad kredit belum terima, kewajiban bersama bagi pembelian pinjaman (dana pelaburan bersandarkan belum terima dan belum terima bersandarkan gadai janji), kewajiban bersama bagi pembelian pinjaman luar bandar dan operasi yang melibatkan risiko kredit – portfolio komersial, yang melibatkan debentur dan nota janji hutang; dan (5) Pada 12 bulan yang lalu.

HUBUNGI: Eduardo Braga Potério +011-55-11-2194-0924, eduardo.b.poterio@bradesco.com.br atau Carlos Tsuyoshi Yamashita, +011-55-11-2194-0920, carlos.yamashita@bradesco.com.br, kedua-duanya daripada Banco Bradesco.

Source: Banco Bradesco S.A.
Related Stocks:
NYSE:BBD NYSE:BBDO SaoPaulo:BBDC3 SaoPaulo:BBDC4
Keywords: Banking/Financial Service Earnings