omniture

CFLD International Tandatangani MOU Penting dengan Kerajaan Brunei Darussalam dan Darussalam Assets untuk Tubuhkan Perkongsian Strategik di Brunei

CFLD International
2017-05-04 15:13 899

- Usaha strategik dengan Kerajaan Brunei dan Darussalam Assets, sebuah Syarikat Pemegangan Pelaburan yang dimiliki oleh Menteri Perbadanan Kewangan

- Perkongsian strategik bagi pembangunan Zon Ekonomi Khas dan kerjasama berpotensi bagi projek infrastruktur sosial yang lain

- CFLD International akan tubuhkan anak syarikat di Brunei untuk menjalankan projek

SINGAPURA, 4 Mei 2017 /PRNewswire/ -- CFLD (Singapore) Investment Pte Ltd, Kerajaan Brunei Darussalam ("Kerajaan Brunei") dan Darussalam Assets Sdn Bhd ("Darussalam Assets") dengan sukacitanya mengumumkan bahawa tiga entiti ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman ("MOU") untuk menjalinkan perkongsian awam-swasta yang strategik bagi pembangunan Zon Ekonomi Khas di Brunei Darussalam menggunakan model bandar industri baharu inovatif CFLD International.

From Left to Right: Dato Dr Haji Mohd Amin, Deputy Minister of Finance & CEO of Darussalam Assets; Dato Haji Mohd Roselan, Deputy Minister at the Prime Minister's office; Guest of Honour Yang Berhormat Pehin Abdul Rahman, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Finance II; Mr Jerry Zhao, President, CFLD International and Mr. Larry Wang, Vice President, CFLD International
From Left to Right: Dato Dr Haji Mohd Amin, Deputy Minister of Finance & CEO of Darussalam Assets; Dato Haji Mohd Roselan, Deputy Minister at the Prime Minister's office; Guest of Honour Yang Berhormat Pehin Abdul Rahman, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Finance II; Mr Jerry Zhao, President, CFLD International and Mr. Larry Wang, Vice President, CFLD International

 

Dalam usaha untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di negara ini, Kerajaan Brunei melancarkan pelan pembangunan jangka panjang, yang dikenali sebagai "Wawasan Brunei 2035", yang bertujuan untuk mencapai populasi yang berpendidikan tinggi dan mahir, kehidupan berkualiti tinggi, dan ekonomi yang dinamik dan mampan.

En. Jerry Zhao, Presiden CFLD International, berkata, "Sebagai pemaju antarabangsa yang terkemuka bagi penyelesaian bandar inovatif dan kerjasama model swasta-awam, objektif CFLD International sebagai penasihat yang dipercayai kepada kerajaan dan bekerjasama dalam penciptaan dan pembangunan bandar industri baharu dan pembinaan dan pembangunan industri masa depan dan penciptaan nilai sosial, ialah selaras dengan wawasan Kerajaan Brunei untuk menjadikan negara sebagai hab ekonomi antarabangsa. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Kerajaan Brunei dan Darussalam Assets, dan menjadi peserta aktif dalam pembangunan masa depan Brunei Darussalam. Kami percaya, tenaga kerja berpendidikan tinggi dan infrastruktur yang kukuh Brunei Darussalam merupakan kekuatan utama yang boleh dimanfaatkan oleh Brunei Darussalam untuk mencapai pertumbuhan sosio-ekonomi yang ketara. MOU ini menunjukkan komitmen kami kepada Brunei Darussalam, yang merupakan salah satu pasaran pertumbuhan utama kami di rantau ini. Kami tidak sabar untuk menyumbang kepada ekonomi dan rakyat Brunei Darussalam."

Darussalam Assets ialah sebuah syarikat sendirian berhad yang dimiliki oleh Menteri Perbadanan Kewangan. Darussalam Assets telah ditubuhkan pada tahun 2012 untuk memiliki syarikat berkaitan kerajaan, dan untuk mengubah syarikat tersebut menjadi organisasi bertaraf dunia, serta untuk mengawal pengurusan aktiviti pelaburan bagi pihak Menteri Perbadanan Kewangan dan Kerajaan Brunei untuk mencapai pembangunan dan kepelbagaian ekonomi.

YB Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II, berkata, "Perkongsian strategik antara Kerajaan Brunei, Darussalam Assets dan CFLD International ialah perkongsian awam-swasta inovatif yang direka untuk merangsang dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi berasaskan pengetahuan dengan jayanya dan mencetuskan transformasi ekonomi Brunei Darussalam sebagai hab ekonomi bertaraf dunia yang berjaya sambil mengekalkan integriti budaya dan sosial dan memupuk nilai-nilai tradisional persahabatan, belas kasihan dan keharmonian sosial. Ini akan memberikan sumbangan substantif kepada pelan kepelbagaian Brunei Darussalam bagi pembangunan sektor perkhidmatan, pelancongan, industri dan akan berusaha untuk mengurangkan kebergantungan negara dalam sektor minyak dan gas, sambil membina potensi untuk menarik pelaburan langsung asing dan menjana pembangunan ekonomi strategik, dengan itu mempunyai kesan terhadap warga negara dan penduduk Brunei Darussalam melalui penjanaan peluang pekerjaan dan perniagaan untuk usahawan dan peniaga tempatan. "

Di bawah MOU, pihak terbabit akan bersama-sama membuat pelaburan bersama dan membangunkan Zon Ekonomi Khas, kawasan seluas kira-kira 40 kilometer persegi di dermaga Jerudong dan rantau Tungku yang akan dibangunkan di bawah model bandar industri baharu utama CFLD International.

Sebagai peneraju global dalam menyediakan penyelesaian bandar bersepadu dan inovatif, CFLD International mengkhusus dalam perancangan induk dan pembangunan infrastruktur.

YM Dato Paduka Dr Mohd Amin Liew bin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan (Pelaburan), dan Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Darussalam Assets, berkata, "MOU membuka jalan bagi kerjasama yang lebih erat antara CFLD International dan Brunei Darussalam. Penglibatan Kerajaan Brunei dan Darussalam Assets dalam kerjasama strategik ini menunjukkan keyakinan kami terhadap kebolehan CFLD International untuk memanfaatkan perkongsian awam-swasta dalam membangunkan Bandar Industri Baharu yang menjurus ke arah pembangunan sosio-ekonomi tempatan dengan jayanya."

Latar Belakang CFLD International

Beribu pejabat di Singapura, CFLD International ialah peneraju global dalam menyediakan pembangunan bandar bersepadu. Syarikat ini memberi tumpuan kepada pelaburan, pembangunan dan operasi bandar industri baharu di pasaran utama di pelbagai tempat di Asia, Amerika Utara dan Afrika.

Untuk maklumat lanjut tentang CFLD International, sila kunjungi http://en.cfldcn.com/

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170503/1841493-1
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170309/8521701552LOGO

Source: CFLD International
Keywords: Banking/Financial Service Contracts