omniture

Bangunan Empire State (ESB) Lancar Pas Kombo ESB AM/PM

Empire State Realty Trust, Inc.
2017-05-24 20:20 883

Pengunjung Peroleh Dwikemasukan ke Balai Cerap Bangunan Empire State Terkenal Dunia untuk Pemandangan Siang dan Malam Menakjubkan   

NEW YORK, 24 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Bangunan Empire State (ESB) hari ini mengumumkan ketersediaan pas kombo ESB AM/PM baharu. Buat pertama kali, para tetamu boleh membeli tiket daripada pejabat tiket ESB atau secara dalam talian bagi menikmati pemandangan dari tingkat atas bangunan Paling Terkenal di Dunia pada waktu siang dan kembali pada jam 9 malam bagi menikmati bandar yang indah dinyalakan pada waktu malam.

"Pelanggan kami memaklumkan bahawa mereka ingin mengalami pemandangan kami di tengah-tengah New York pada waktu siang dan malam tanpa perlu membayar harga penuh dua kali, atau membeli pakej lawatan yang mempunyai tarikan lain yang tidak mahu dikunjungi," kata Jean-Yves Ghazi, Naib Presiden Kanan, Balai Cerap Bangunan Empire State. "Seperti mana yang diketahui oleh begitu ramai pelancong, pemandangan bandar 360 darjah di kawasan terbuka kami yang unggul ini memperlihatkan Bandar Raya New York dengan jelas, sama ada pada waktu siang atau malam, dan kini mereka dapat melihat pemandangan kedua-duanya, pada harga istimewa!"

Untuk maklumat lanjut, atau untuk membeli tiket ESB AM/PM, sila kunjungi di sini.

Latar Belakang Bangunan Empire State

Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu yang dibuat dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik minat penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri di seluruh dunia. Teknologi penyiaran bangunan pencakar langit yang mantap menyokong semua stesen televisyen dan radio FM utama dalam pasaran metropolitan New York. Bangunan Empire State diiktiraf sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika, manakala Balai Cerap Bangunan Empire State merupakan salah satu daripada tarikan paling digemari di dunia dan sebagai destinasi pelancongan nombor 1 di rantau ini. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila layari www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, http://weibo.com/empirestatebuilding,  www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg/.

Latar Belakang Empire State Realty Trust

Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan hartanah (REIT) yang terkemuka memiliki, mengurus, mengendalikan, mengambil alih, dan menetapkan semula kedudukan hartanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan sekitar metropolitan New York, termasuk Bangunan Empire State, bangunan paling terkenal di dunia. Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat itu meliputi 10.1 juta kaki persegi bagi kawasan boleh sewa, setakat 31 Mac 2017, merangkumi 9.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa bagi 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 707,000 kaki persegi kawasan boleh sewa bagi portfolio perniagaan.

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Commercial Real Estate Entertainment Real Estate New products/services