omniture

Times Higher Education pilih Web of Science nilai inovasi dalam penyelidikan

Clarivate Analytics
2017-05-26 01:46 640

Data petikan dan analitik daripada Clarivate Analytics ramal topik hangat dalam bidang penyelidikan

PHILADELPHIA, 25 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Edisi 25 Mei Times Higher Education membawakan 19 topik hangat dalam bidang penyelidikan semasa yang berpotensi mengubah dunia. Topik-topik hangat ini dikenal pasti menggunakan data petikan Web of Science dan maklumat Essential Science IndicatorsSM daripada Clarivate Analytics.

Times Higher Education (THE) memilih data petikan Web of Science untuk mendapatkan pandangan objektif tentang kajian semasa bagi edisi bulan Mei yang menampilkan "Penggegar dunia kajian yang seterusnya". Kajian yang diketengahkan melibatkan peningkatan potensi tubuh untuk membunuh sel kanser; penghasilan gen yang didorong untuk mengubah suai tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga; penghasilan sumber kuasa bersih seperti bateri aliran redoks dan kereta hidrogen "hijau"; pengurangan penggunaan tenaga melalui cahaya LED berkuasa rendah; penemuan dalam alam sekitar dan bidang ekologi untuk meningkatkan kesihatan alam sekitar; elektronik generasi seterusnya dan juga fizik besar.

Selama lima dekad, Clarivate Analytics telah menjadi peneraju dunia dalam memahami trend penyelidikan melalui analisis terhadap data yang dipilih susun dan berkualiti tinggi dalam Web of Science. Dr. Henry Small dan mendiang Dr. Eugene Garfield merintis usaha pemetaan sains dalam tahun 1970-an dan 1980-an menggunakan analisis petikan bersama. Sejak itu, maklumat yang dikumpul menggunakan kaedah ini telah memaklumkan penggubal dasar dan penyumbang dana tentang topik-topik hangat atau baharu serta tumpuan dan juga sumber yang seharusnya diberikan perhatian.

"Jaringan petikan menghubungkan satu kertas kerja kepada kertas kerja yang lain mendedahkan struktur organik dan elemen dinamik dalam bidang-bidang kepakaran," ujar David Pendlebury, penganalisis kanan petikan di Clarivate Analytics. "Kami menggelar bidang-bidang kepakaran ini sebagai 'kajian teras' kerana ia menonjolkan aktiviti yang aktif dan paling utama. Memandangkan petikan memperlihatkan penilaian pakar dalam kalangan penyelidik, jaringan petikan menjadi panduan andal terhadap keadaan sebenar dalam bidang penyelidikan semasa, dan bukannya gambaran yang menggunakan bidang tradisional atau kategori subjek yang agak ketinggalan berbanding apa yang benar-benar berlaku masa kini."     

Penghasilan himpunan kajian teras bermula dengan mengenal pasti kertas kajian dengan petikan yang tinggi (kertas kajian yang dipetik bagi 1% teratas pada zaman dan bidang berkaitan) dalam tempoh lima tahun yang terkini. Kekerapan kertas kajian ini dipetik bersama-sama (petikan bersama) kemudiannya ditentukan. Kekerapan petikan bersama yang tinggi menunjukkan perkaitan sosio-kognitif yang kuat antara kandungan kedua-dua kertas kajian. Analisis berulang-ulang terhadap pola petikan bersama memberikan kluster laporan penyelidikan berkaitan. Kluster ini, atau kertas kajian teras, disediakan dalam pangkalan data Clarivate Analytics Essential Science Indicators. Kira-kira 8,000 kertas kajian muncul setiap dua bulan dalam Essential Science Indicators.  

Bagi edisi Mei THE, kertas kajian teras dengan kertas kajian petikan bersama yang terkini dan mempunyai sekurang-kurangnya 200 petikan setakat ini diambil dan 19 dipilih untuk diberi perhatian khusus, memperlihatkan bidang saintifik dan potensi aplikasi yang lebih luas. Editor THE menetapkan kertas kajian ini kepada lima kumpulan yang luas (biologi dan perubatan, tenaga dan cahaya, astrofizik dan fizik tenaga tinggi, alam sekitar dan ekologi, serta elektronik generasi seterusnya) dan wartawannya menemuramah pengusaha penting dan menjelaskan mengapa kertas kajian teras ini dapat merangkumkan topik hangat dalam bidang penyelidikan masa kini.

"Kertas kajian dengan petikan tinggi dilihat menjadi salah satu penunjuk paling andal untuk penyelidikan bertaraf dunia dan dapat memberikan hala tuju terhadap penyelidikan paling inovatif," kata Jessica Turner, ketua perniagaan penyelidikan saintifik dan akademik global di Clarivate Analytics. "Kami berasa berbesar hati THE memilih data petikan Web of Science untuk mengenal pasti bidang sains yang benar-benar menggemparkan, yang akan memberi kesan terhadap dunia kita."

Clarivate Analytics

Clarivate Analytics mempercepatkan kadar pacuan inovasi dengan menyediakan maklumat serta analitik yang dipercayai kepada pelanggan seluruh dunia, membolehkan mereka meneroka, melindungi dan mengkomersialkan idea-idea baharu mereka dengan lebih pantas. Sebelum ini merupakan segmen perniagaan Harta Intelek dan Sains Thomas Reuters, kami memiliki dan mengendalikan himpunan perniagaan berasaskan langganan terkemuka yang menumpu pada penyelidikan saintifik dan akademik, analitik paten dan piawaian pengawalseliaan, farmaseutikal dan kecerdasan bioteknologi, perlindungan tanda dagangan, perlindungan jenama domain serta pengurusan harta intelek. Kini, Clarivate™ Analytics merupakan sebuah syarikat bebas yang menggaji lebih 4,000 kakitangan, beroperasi di lebih 100 negara, selain memiliki jenama-jenama terkenal termasuk Web of Science™, Cortellis™, Derwent, CompuMark™, MarkMonitor® dan Techstreet™, antaranya. Untuk maklumat lanjut, sila layari clarivate.com.

Maklumat Perhubungan Media:

Heidi Siegel
Clarivate Analytics
Pengarah, Perhubungan Luar
+1 215 823 5646 (o)
+1 215 356 4504 (m)
heidi.siegel@clarivate.com

Pamela Lim
Clarivate Analytics
Pengurus Komunikasi Serantau, Asia Pasifik
+65 6870 3212 (o)
pamela.lim@clarivate.com

 

Source: Clarivate Analytics
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service Survey, Polls & Research