omniture

Deer Jet Perkenal Dunia Seni Pertukangan Morocco

Deer Jet
2017-05-26 05:07 836

787 Dream Jet mendarat di Marrakech sempena pameran seni dan kraf yang jarang ditemui

MARRAKECH, Morocco, 26 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Deer Jet, syarikat jet peribadi pertama China, menerbangkan pesawat 787 Dream Jet ke Marrakech, bagi memperkenalkan dan mempamerkan sejarah, budaya dan kesenian tempat yang jauh ini. Deer Jet menggunakan "biru Majorelle" dan "merah Marrakech" yang sama untuk menghiasi pesawat 787 Dream Jet.

Pameran dalam pesawat 787 Dream Jet melibatkan 100% objek buatan tangan Morocco menggunakan corak dan motif kesenian Islam abad ke-16 daripada Jardin Majorelle. Tekstil, pinggan mangkuk berharga, kulit eksotik dan objek reka bentuk lain menghiasi kabin pesawat Dream Jet berkeluasan 220 meter persegi yang hebat itu.

Pameran ini merupakan sebahagian daripada siri pameran seluruh dunia menerusi jelajah ke destinasi-destinasi simbolik "Dream Bertemu Dunia" Deer Jet. Dalam misinya untuk berkhidmat kepada pengembara perniagaan premium seluruh dunia, Deer Jet telahpun mempamerkan pesawat 787 Dream Jet di Hong Kong, Shanghai, London, Dublin dan Seattle; memaparkan falsafah jenamanya iaitu "Menjadikan Perjalanan Suatu Kesenian".

Deer Jet mempunyai sejarah dalam menyediakan perkhidmatan kepada kumpulan pelanggan yang terdiri daripada pengembara perniagaan premium, termasuk keluarga diraja Timur Tengah. Syarikat kini bersedia untuk menyediakan perkhidmatan kepada pasaran di seluruh dunia.

Frank Fang, Naib Presiden Deer Jet berkata: "Marrakech ialah salah satu destinasi paling menarik di dunia, bermula dengan dinding purba Medina dan pasar yang hiruk pikuk, ia merupakan satu pesta kebudayaan. Menerusi pesawat 787 Dream Jet, kami inginkan pelanggan kami meneroka pengalaman perjalanan yang bergaya dan beraneka budaya."

Pesawat 787 Dream Jet boleh membuat penerbangan terus menerus selama 18.5 jam, atau 16,000 kilometer, menuju sebarang bandar utama di dunia tanpa henti dari Casablanca, Marrakech atau Rabat. Selain itu, ia dilengkapi dengan keselesaan kemudahan mewah yang tiada had dalam pesawat.

Selepas kejayaan global 787 "Dream Jet" pertama, HNA group, syarikat induk Deer Jet mengumumkan pengambilalihan B787 VVIP kedua untuk Deer Jet membina armada 787 Dream Jet terbesar di dunia. "Kami akan berbakti untuk menyediakan kepada pengembara premium global dengan pengalaman perjalanan terunggul menerusi armada pesawat yang hebat ini," tambah Fang.

"Dream Jet ialah suatu perayaan luar biasa bagi industri aeronautik dan menonjolkan segala yang bersifat mewah dan menarik tentang industri kami, yang saya yakin sesiapa yang mengalaminya akan sependapat dengan saya. Kami berbesar hati dapat menyokong Deer Jet menerusi pameran "Dream Bertemu Dunia" di seluruh dunia, dan berbangga dapat menjadi rakan jualan sewaan eksklusif untuk Dream Jet di rantau MENA," kata En. Mohammed Husary, Pemilik Bersama/Pengasas dan Presiden Eksekutif UAS.

Deer Jet turut melancarkan pakej perjalanan tempahan khas eksklusif dengan menaiki 787 Dream Jet, bermula dengan "Perjalanan Impian Hong Kong ke Tahiti". Ia merancang untuk menambah lebih banyak jadual perjalanan pada masa depan sebagai sebahagian daripada matlamatnya untuk membawakan perjalanan yang lancar demi memenuhi visinya iaitu "Menjadikan perjalanan suatu kesenian", menerusi perkhidmatan yang terbaik dalam kategorinya, diinspirasikan oleh nilai-nilai "keanggunan", "prestasi" dan "keunikan" Deer Jet.

Source: Deer Jet
Keywords: Airlines/Aviation Leisure/Travel/Hotels Passenger Aviation Travel New products/services