omniture

Sirius Peroleh International Medical Group

Sirius International Insurance Group, Ltd.
2017-05-28 15:52 491

HAMILTON, Bermuda dan INDIANAPOLIS, 28 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Sirius International Insurance Group, Ltd. ("Sirius"), sebuah syarikat insurans(semula) bertaraf global dengan kedudukan utama bagi insurans Kemalangan & Kesihatan, sukacitanya mengumumkan pemerolehan International Medical Group® (IMG®), penyedia utama dalam pasaran dan pernah memenangi anugerah bagi produk insurans perubatan global dan perkhidmatan bantuan.

Allan Waters, Pengerusi Sirius Group mengulas, "Kami berbangga apabila rakan niaga lama kami IMG menyertai keluarga syarikat Sirius. Sepanjang tempoh kerjasama kami yang menjangkau lebih 20 tahun, kami telah menyaksikan IMG berkembang dan meningkat maju, sambil terus menyediakan produk inovatif dan perkhidmatan unggul buat pelanggannya. Pemerolehan ini merupakan padanan sempurna dalam segmen insurans khusus Sirius yang meningkatkan lagi tawaran Kemalangan & Kesihatan global kami serta menyokong strategi pertumbuhan kami dalam tempoh jangka panjang."

IMG akan diurus oleh Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Brian Barwick, yang telah berkhidmat untuk IMG selama 23 tahun dan pernah bekerja dengan Sirius sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. "Kami mengenali Brian dan pasukan pengurusan IMG dengan baik dan bertuah kerana mempunyai pasukan bermutu yang menerajui IMG," kata Waters.

Barwick mengulas, "Hari ini kami meraikan jalinan kerjasama kami yang berpanjangan. Sebagai rakan penajajaminan kami sejak tahun 1997, Sirius telah bekerjasama dengan IMG dalam hampir seluruh produk antarabangsa dan domestik kami. Sirius memahami dan menghargai kerja yang kami lakukan setiap hari dan semangat kami untuk 'berada bersama' konstituen kami. Transaksi ini merupakan langkah wajar untuk IMG dan kami berharap dapat terus bekerjasama dengan Sirius demi mendepani masa depan."

Selaras dengan transaksi tersebut, subsidiari IMG, IMG-Stop LossSM, penaja jamin umum pengurusan khusus untuk produk insurans kerugian tersukat perubatan bagi majikan biayaan sendiri, telah dipisahkan dan diambil alih oleh pasukan pengurusan yang kini mengendalikan unit perniagaan ini. 

"Kami mendoakan kejayaan berterusan pasukan kerugian tersukat dan amat bersyukur atas sumbangan yang diberikan oleh mereka kepada IMG selama ini," kata Barwick.

Sirius membeli IMG daripada firma pelaburan ekuiti persendirian ABRY Partners. Sebahagian besar daripada bayaran transaksi ini adalah dalam bentuk Syer Keutamaan Sirius. Syer ini boleh ditukar menjadi syer biasa Sirius. Hasilnya, menurut penukaran sepenuhnya, entiti yang dikawal oleh ABRY akan memiliki sehingga 6 peratus daripada syer biasa Sirius berikutan transaksi ini. Waters mengulas, "Kami berbesar hati dapat mengalu-alukan ABRY sebagai pemilik asas saham Sirius. Kami berharap dapat bekerjasama dengan pasukan berbakat mereka untuk terus memajukan perniagaan IMG."

_____________________________________________

MAKLUMAT TAMBAHAN:

Sirius ialah syarikat insurans(semula) bertaraf global yang ditubuhkan di Stockholm pada tahun 1945 dengan ibu pejabat korporat kumpulannya terletak di Hamilton, Bermuda. Sirius Group mempunyai modal GAAP sebanyak $ 2.6 bilion dan mencatatkan $ 1.3 bilion premium pada 2016, $435 juta daripadanya berkaitan Kemalangan & Kesihatan. Pejabat-pejabat terbesar miliknya terletak di Stockholm, Bandar Raya New York dan London. Maklumat tambahan disediakan di laman sesawang Sirius Group melalui pautan www.siriusgroup.com.

IMG ialah tambahan Kemalangan & Kesihatan kedua dalam platform insurans khusus Sirius sejak beberapa bulan ini. Pada bulan April, Sirius memperoleh ArmadaGlobal, sebuah syarikat perkhidmatan insurans dan teknologi penjagaan kesihatan yang terkemuka dalam pasaran yang menghasilkan produk kesihatan dan faedah khusus, disediakan dengan simbol kecemerlangan perkhidmatan bertaraf dunianya. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

Latar Belakang IMG
International Medical Group® (IMG®), penyedia yang memenangi anugerah bagi faedah insurans dan perkhidmatan bantuan global selama lebih 25 tahun, membolehkan ahli-ahli kami mengenepikan kebimbangan dan menikmati lebih banyak pengalaman dengan menyediakan perlindungan yang mereka perlukan, dibantu oleh sokongan yang layak diterima oleh mereka. IMG menawarkan rangkaian penuh produk insurans perubatan antarabangsa, selain program pembatalan perjalanan, perkhidmatan pengurusan perubatan dan bantuan perubatan dan perjalanan kecemasan sepanjang masa — kesemuanya diwujudkan bagi menyediakan perkhidmatan kepada ahli-ahli Global Peace of Mind® ketika mereka berada di luar sana. Ketahui lebih lanjut di www.imglobal.com.

 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/435108/Sirius_Group_Logo.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/516796/IMG_Logo.jpg

 

Source: Sirius International Insurance Group, Ltd.
Keywords: