omniture

Venture Global LNG Umum Kejayaan Penutupan Pusingan Pendanaan Persendirian: Jumlah Dana Agregat Cecah $361 Juta

Venture Global LNG
2017-05-29 09:00 481

WASHINGTON, 29 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Venture Global LNG, Inc. mengumumkan ia telah mengumpul modal tambahan kira-kira $81.4 juta, dalam pusingan keenam pelaburan ekuitinya. Tawaran ini terkenal kerana kemasukan pelabur-pelabur institusi tambahan berprofil tinggi dan amat besar dalam syarikat. Tawaran ini, iaitu transaksi Peraturan D persendirian, menjadikan jumlah dana agregat syarikat kepada $361 juta.

Sebagai respons terhadap kenaikan modal itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama, Mike Sabel dan Bob Pender berkata, "Tawaran persendirian ini memperlihatkan keyakinan berterusan pasaran modal terhadap keupayaan kami untuk melaksanakan pembangunan 30 juta tan pengeluaran LNG. Menjelang tahun 2021, kami menjangka untuk melancarkan operasi komersial untuk Calcasieu Pass dan menyediakan LNG berkos paling rendah dari Amerika Utara kepada pasaran global."

Hasil kutipan transaksi Peraturan D yang terkini ini akan membiayai aktiviti-aktiviti pembangunan Venture Global untuk kemudahan eksport LNG yang dicadangkan di Louisiana.

Morgan Stanley & Co. LLC dan Goldman Sachs & Co. LLC bertindak sebagai ejen-ejen penempatan bersama berhubung tawaran ini.

Latar Belakang Venture Global LNG

Venture Global LNG merancang untuk menjadi pengeluar LNG jangka panjang dan berkos rendah, yang memanfaatkan pengeluaran gas asli berkos rendah di A.S. Strategi Venture Global LNG diperkukuh oleh rangkaian produk GE yang amat cekap dan andal. Venture Global kini membangunkan terminal-terminal eksport LNG di Plaquemines dan Calcasieu Pass dengan kapasiti berjumlah 30 MTPA. Maklumat lanjut boleh didapati di www.venturegloballng.com.

Source: Venture Global LNG
Keywords: Banking/Financial Service Oil/Energy Utilities