omniture

Career International jadi penyedia perkhidmatan HR China pertama disenarai dalam saham A

Career International
2017-06-09 09:21 855

SHENZHEN, China, June 9, 2017 /PRNewswire/ -- Career International (kod saham: 300662)  berjaya melengkapkan IPO di Pasaran ChiNext Bursa Saham Shenzhen pada 8 Jun 2017 dengan terbitan 45 juta saham A pada harga 6.55 yuan sesaham. Hasil yang diperoleh ini akan digunakan untuk membiayai pengembangan ekosistem perkhidmatan sumber manusia (HR) syarikat dan peningkatan digital komprehensif rangkaian.

Majlis penyenaraian Career International
Majlis penyenaraian Career International

Sebagai pembekal perkhidmatan HR senaraian saham A pertama China, Career International mempunyai lebih 1,000 perunding perekrutan profesional yang bekerja di 73 pejabat di seluruh tanah besar China, Hong Kong, India, Singapura, Malaysia dan negara-negara dan rantau Asia yang lain, yang menawarkan suit penuh perkhidmatan HR termasuk carian eksekutif, penyumberan luar proses perekrutan (RPO) dan kakitangan yang fleksibel untuk pelanggan di 18 sektor dan industri. Career International telah memeterai perkongsian jangka panjang dengan lebih 2,000 syarikat multinasional, syarikat senaraian dalam negara, syarikat-syarikat swasta dan bukan keuntungan yang berkembang pesat. Pada tahun lalu, syarikat ini telah berjaya menyarankan lebih daripada 15,000 bakat pengurusan tahap pertengahan dan kanan, profesional dan teknikal, serta lebih 60,000 kali kakitangan jumlah-risiko yang fleksibel. 

Berdasarkan komitmen selama 21 tahun kepada sektor HR, Career International membangunkan model perniagaan yang stabil sejak awal lagi yang telah memberi jaminan keuntungan syarikat yang mampan. Dengan pelabur antarabangsa yang terkemuka seperti Matrix Partners dan Morgan Stanley sebagai pemegang saham strategik, syarikat mendapat manfaat daripada rangkaian dan sumber global kedua-dua pelabur utama ini untuk mengekalkan pertumbuhan operasi antarabangsanya dan kekal menerajui industri. Pada akhir tahun 2016, aset berjumlah 526.06 juta yuan disokong oleh hasil operasi bagi tahun itu sebanyak 868.14 juta yuan. Purata kadar pertumbuhan kompaun tahunan dalam tempoh tiga tahun lalu mencapai 17.73%. Untuk masa hadapan, Career International merancang untuk meningkatkan lagi produk huluan dan hiliran dan kecekapan perkhidmatan di sepanjang rantaian industri perkhidmatan HR, mengukuhkan kehadiran di Asia Pasifik melalui penyuntikan modal dan pengembangan, dan mempertingkatkan kehadirannya di seluruh Amerika Utara dan Eropah, memuncak dalam rangkaian perniagaan global yang lengkap yang berpangkalan di China.

Penyenaraian ini dijangka mempunyai kesan yang mendalam kepada pembangunan masa hadapan pasaran HR China. Sehingga akhir tahun 2015, pasaran perkhidmatan HR China secara keseluruhannya melaporkan jumlah pendapatan sebanyak 968 bilion yuan dengan jumlah itu berada di landasan yang betul melangkaui 2 trilion yuan pada tahun 2020. Selain itu, pertumbuhan pesat peneraju industri akan memudahkan penyatuan industri yang berpecah-pecah ini dan menarik lebih banyak modal yang dijangka akan meningkatkan lagi pertumbuhan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170608/1869054-1

Source: Career International
Related Stocks:
Shenzhen:300662
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources Offerings