omniture

Sukan Dalam dan Seni Mempertahankan Diri Asia 2017 bakal diadakan di Ashkhabad, Turkmenistan mulai 17 hingga 27 September 2017, acara eSukan jadi rebutan pemohon

Alisports
2017-06-13 06:00 850

SHANGHAI, 13 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Sukan Dalam dan Seni Mempertahankan Diri Asia 2017 (AIMAG) dijadual berlangsung di Ashkhabad, ibu negara Turkmenistan, mulai 17 September hingga 27 September 2017. Sejumlah 21 sukan akan diwakili, termasuk boling, tenis dalam bangunan, acara angkat berat dan bola keranjang 3-lawan-3.

Sukan Dalam & Seni Mempertahankan Diri Ashgabat 2017
Sukan Dalam & Seni Mempertahankan Diri Ashgabat 2017

Sebagai sebahagian daripada AIMAG 2017, eSukan bakal diadakan sebagai acara demonstrasi, termasuk StarCraft IIHearthstone, DOTA 2 dan The King of Fighters XIV. Acara-acara ini akan dianjurkan oleh Majlis Olimpik Asia, Jawatankuasa Penganjur untuk AIMAG 2017 dan Persekutuan eSukan Asia, dengan sokongan teknologi daripada Alisports serta Duo Sport Group.

Banyak usaha dan perhatian terperinci ditumpukan terhadap reka bentuk dan pembangunan sistem pendaftaran, kerja-kerja yang diperuntukkan kepada Alisports, rakan kongsi Majlis Olimpik Asia dan rakan teknologi rasmi AIMAG 2017. Berbanding sistem terdahulu, sistem ini disokong oleh teknologi baharu, yang memastikan operasi sistem yang tekal dan membolehkan pengumpulan serta analisis maklumat dan juga data setiap pemain. Sistem baharu ini akan memberikan analisis data penting tentang para pemain eSukan dan berfungsi sebagai rujukan untuk negara-negara yang mengambil bahagian, bagi membantu negara-negara tersebut membangunkan sektor eSukan mereka.

Laman sesawang pendaftaran untuk pemain: http://events.esports-asia.org/

Semua pemain perlu melengkapkan proses pendaftaran sebelum 30 Jun 2017 dan akan bertanggungjawab terhadap maklumat individu yang dihantar. Laman sesawang pendaftaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan turut menyediakan panduan pendaftaran serta senarai terperinci tentang peraturan pada laman pendaftaran.

Setakat waktu berita ini dilaporkan, lebih 1,300 pasukan dan individu dari 25 negara dan rantau termasuk tanah besar China, Hong Kong, Macau, Taiwan, Vietnam, Singapura, Jepun, Thailand, Korea Selatan, Malaysia, Korea Utara, Afghanistan dan Yaman telah melengkapkan proses pendaftaran. Lebih ramai pemain mendaftar untuk Hearthstone berbanding eSukan yang lain, membuktikan populariti yang tinggi bagi permainan ini.

Empat acara eSukan dalam Sukan Dalam dan Seni Mempertahankan Diri Asia tahun ini
Empat acara eSukan dalam Sukan Dalam dan Seni Mempertahankan Diri Asia tahun ini

Tarikh:

10 Mei - 30 Jun: Pendaftaran pemain
1 - 20 Julai: Pemilihan kebangsaan
22 Julai - 6 Ogos: Pemilihan serantau
17 September - 27 Septermber : Acara-acara LAN di Ashgabat

Pemilihan kebangsaan dan serantau akan diadakan secara dalam talian, manakala acara-acara LAN bakal diadakan di Kompleks Olimpik Ashgabat mulai 17 hingga 27 September. Butiran lanjut tentang pengaturan tempat bakal diumumkan kemudian.

Acara:

Permainan ini dibahagikan kepada empat kategori utama (eSukan), sub-kategori (jenis permainan) dan kategori minor (permainan khusus), mengikut peraturan pertandingan. Semua acara dipilih mengikut senarai garis panduan yang ketat, berdasarkan populariti mereka dalam kategori masing-masing.

MOBA: DOTA 2 (Acara berpasukan)
RTS: StarCraft II (Acara individu)
Kad: Hearthstone (Acara individu) 
Sukan: The King of Fighters XIV (Acara individu)

Dari segi pembangunan acara-acara e-Sukan yang popular di seluruh Asia, China dan Filipina mempunyai kelebihan dalam DOTA 2 dan Hearthstone, manakala Kora Selatan membuktikan kekuatannya dalam StarCraft II. Jepun, yang lebih menumpu kepada permainan konsol, dilihat paling mantap dari segi pembangunan acara-acara untuk The King of Fighters XIV.

Pemilihan wakil-wakil pemain serantau:

Semasa proses pemilihan kebangsaan dibuat, Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) bagi setiap negara atau rantau dibenarkan memilih tidak lebih daripada dua pemain dalam setiap permainan (NOC berhak memilih permainan yang akan disertai oleh mereka) dan perlu menghantar senarai penuh kepada Persekutuan eSukan Asia melalui esports@esports-asia.org sebelum 20 Julai.

Para pemain yang dipilih oleh setiap negara atau rantau akan memasuki peringkat percubaan serantau antara 22 Julai dan 6 Ogos. Jumlah pemain yang ditentukan untuk peringkat percubaan serantau ditunjukkan seperti di bawah. Para pemain dari negara tuan rumah Turkmenistan juga boleh mengambil bahagian dalam peringkat percubaan serantau yang berkenaan.

Pasukan Kelayakan eSukan AIMAG ke-5

Rantau

DOTA2

KOF XIV

StarCraft II

Hearthstone

Asia Timur

1

3

3

3

Asia Selatan

1

2

2

2

Asia Tengah

1

1

1

1

Asia Barat

1

3

3

3

Asean

2

3

3

3

Oceania

1

3

3

3

Negara Tuan Rumah

1

1

1

1

Majlis Olimpik Asia dan Alisports menjadi rakan strategik

Majlis Olimpik Asia dan Alisports mengumumkan jalinan kerjasama strategik pada bulan April, dengan eSukan akan ditambah ke dalam Sukan Dalam & Seni Mempertahankan Diri Asia Ashgabat 2017, Sukan Asia Jakarta 2018 dan Sukan Asia Hangzhou 2022. Kedua-dua rakan kongsi ini juga berhasrat untuk membawakan eSukan ke dalam program sukan rasmi Sukan Asia Hangzhou 2022.

Sheikh Ahmad Al-Fahad Al-Sabah, Presiden Majlis Olimpik Asia berkata, "Majlis Olimpik Asia komited terhadap legasi, pembangunan dan evolusi berterusan sukan Asia. Majlis ini juga amat berbesar hati dengan jalinan kerjasama strategik bersama Alisports. Kami berharap dapat terus berkolaborasi dengan Alisports berhubung konsep sukan dan acara-acara sukan digital. Kami yakin terhadap keupayaan penganjuran Alisports yang luas, manakala pengalaman mereka dalam eSukan akan membantu kami dalam usaha membangunkan semua sukan."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170612/1871542-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170612/1871542-1-b

Source: Alisports
Keywords: Electronics Gaming Sporting Events Sports