omniture

Nilai Jenama Infinitus Meningkat kepada RMB 65.869 Bilion - Jenama Peneraju Produk Kesihatan Herba Cina

LKK Health Products Group
2017-06-28 13:17 569

BEIJING, 28 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Pada 22 Jun, The World Brand Lab mengumumkan "500 Jenama Paling Bernilai China" bagi tahun 2017 di Beijing.  Infinitus, jenama produk kesihatan herba terkemuka di bawah LKK Health Products Group, berada di kedudukan ke-45 dengan nilai jenama RMB 65.869 bilion.  Ia juga merupakan satu-satunya jenama produk kesihatan yang berada dalam kedudukan 50 teratas. 

Nilai Jenama Infinitus Meningkat kepada RMB 65.869 Bilion - Jenama Peneraju Produk Kesihatan Herba Cina
Nilai Jenama Infinitus Meningkat kepada RMB 65.869 Bilion - Jenama Peneraju Produk Kesihatan Herba Cina

Dalam konteks masyarakat yang meningkat tua di China, dan polisi kerajaan "China Sihat 2030", ruang untuk pembangunan produk herba kesihatan Cina begitu luas.  Dengan meningkatkan pengalaman pelanggan menerusi strategi dan inisiatif inovatif, Infinitus merebut peluang pasaran untuk merealisasikan pertumbuhan berterusan nilai jenama.

Inovasi produk merupakan elemen penting dalam meningkatkan daya saing jenama.  Infinitus melabur lebih RMB 100 juta untuk penyelidikan dan pembangunan produk setiap tahun.  Pada tahun 2016, 15 produk baharu Infinitus telah dibawa ke dalam pasaran, menjadikan Infinitus memiliki sejumlah 133 produk.  Ia juga telah memiliki lebih 244 paten yang diluluskan, teknologi penyelidikan bebas dan hak harta intelek teras.

Selain itu, Infinitus telah membangunkan "satu pusat dan platform berbilang kajian santifik" dengan universiti-universiti terkenal dan institut-institut penyelidikan tempatan dan antarabangsa.  Pusat Penyelidikan Cambridge Infinitus telah ditubuhkan bersama oleh Infinitus dan University of Cambridge pada tahun 2015.  Pada tahun ini, Infinitus juga turut membentuk perkongsian strategik dengan Profesor Jules A. Hoffmann, penerima anugerah Nobel dalam fisiologi atau perubatan, untuk lebih mengukuhkan keupayaan R&D Infinitus dalam pengawalaturan imun produk kesihatan herba Cina.

Dalam pembangunan jenama, Infinitus menumpu kepada pengalaman pelanggan.  "Perjalanan Mengesan Sumber" membolehkan pelanggan menikmati produk berkualiti tinggi daripada sumbernya.  Tambahan pula, Infinitus menganjurkan pavilion pengalaman kesihatan di seluruh negara untuk meningkatkan kegembiraan perubatan herba Cina baharu menerusi pelaziman sistem imun.

Dari segi perkhidmatan, Infinitus meletakkan kepentingan kepada pelaburan dan aplikasi teknologi digital, bagi menawarkan perkhidmatan yang lebih memudahkan kepada pelanggan.

En. Ravi Dhar, profesor kanan Sekolah Pengurusan Yale, memberitahu kunci utama pembangunan mapan dan kejayaan pasaran ialah penerokaan bidang baharu pertumbuhan, dan membangunkan kelebihan daya saing yang berbeza.  Dengan perspektif yang luas dan inovasi berterusan, Infinitus akan memperoleh kelebihan dalam pembangunan masa depan dan mempunyai ruang yang lebih luas untuk berkembang.

LKK Health Products Group: www.lkkhpg.com  
Ikuti kami di Facebook: https://www.facebook.com/lkkhpg

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170626/1884525-1

Source: LKK Health Products Group
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Awards