omniture

Universum Siar Kedudukan Majikan Paling Menarik Dunia 2017

Universum
2017-06-28 21:00 716

NEW YORK, 28 Jun 2017 /PRNewswire/ --

Keputusan WMAE 2017 mendedahkan kebanyakan bakat memilih bekerja dengan majikan syarikat bersaiz sederhana

Universum Global mengumumkan keputusan WMAE tahunan ke-9 mereka daripada lebih 290,000 mahasiswa bidang perniagaan dan kejuruteraan/IT daripada 12 negara ekonomi terbesar dunia. Kedudukan WMAE ini mengiktiraf organisasi-organisasi global yang melaksanakan sifat-sifat majikan yang lebih diutamakan menurut golongan mahasiswa yang amat berbakat. Tinjauan ini merupakan yang terbesar seumpamanya, memberikan maklumat berharga kepada para majikan di seluruh dunia.

generated by system

Sifat-sifat majikan pilihan mahasiswa untuk bekerja:

Mahasiswa dalam kedua-dua bidang pengajian (74%) melaporkan mereka memilih untuk bekerja dengan syarikat yang mempunyai kurang daripada 1000 kakitangan. Sebahagian besar bakat dari Jerman, Perancis dan Brazil memilih untuk bekerja dengan majikan syarikat makro, namun keseluruhan bakat dalam pasaran ini turut menyatakan mereka memilih untuk bekerja dengan syarikat yang mempunyai kurang daripada 1000 kakitangan.

5 Kedudukan Teratas Perniagaan WMAE 2017

  1. Google (Tidak berganjak sejak tahun 2016)
  2. Goldman Sachs (Tempat keempat pada tahun 2016)
  3. Apple (Tempat kedua pada tahun 2016)
  4. EY (Ernst & Young) (Tempat ketiga pada tahun 2016)
  5. PwC (PricewaterhouseCoopers) (Tidak berganjak sejak tahun 2016)

5 Kedudukan Teratas Kejuruteraan/IT WMAE 2017

  1. Google (Tidak berganjak sejak tahun 2016)
  2. Microsoft (Tidak berganjak sejak tahun 2016)
  3. Apple (Tidak berganjak sejak tahun 2016)
  4. General Electric (Tempat keenam pada tahun 2016)
  5. BMW Group (Tempat keempat pada tahun 2016)

Kedudukan penuh: http://www2.universumglobal.com/worlds-most-attractive-employers-2017

Maklumat penting untuk Bakat Perniagaan

Senarai industri tahun ini bertambah bagi menyenaraikan industri e-dagang, insurans dan logistik. Selain itu, minat mahasiswa yang semakin meningkat terhadap pembangunan perisian dan komputer menyebabkan kedudukan bagi industri perbankan, automotif dan FMCG menurun.

FMCG masih menguasai keputusan WMAE, namun banyak firma dalam sektor ini yang menurun kedudukannya, bukan disebabkan oleh industri, tetapi kerana mahasiswa berpendapat banyak syarikat tidak dapat memenuhi kehendak mereka secara individu.

Tiga industri pilihan utama terdiri daripada pengurusan dan perundingan strategi, perbankan dan perkhidmatan kewangan, manakala bagi tahun 2016, bank-bank bergelut untuk bersaing dengan firma-firma teknologi bagi mendapatkan bakat perniagaan.

Maklumat penting untuk Bakat Kejuruteraan/IT 

Tiga industri pilihan utama terdiri daripada perkhidmatan perisian, komputer, pembangunan multimedia dan hiburan digital. Tidak termasuk beberapa syarikat individu, industri automotif menjadi industri yang kurang menjadi pilihan untuk bekerja.

Universum ialah sebuah firma analitik, penyelidikan, perundingan dan pengaktifan yang berpandukan pemahaman, mengkhusus dalam penjenamaan majikan. Untuk maklumat lanjut & senarai kedudukan penuh, sila layari: http://www2.universumglobal.com/worlds-most-attractive-employers-2017

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Jonas Barck, Ketua Pegawai Pemasaran Global: jonas.barck@universumglobal.com, +46-706933388.

Source: Universum
Keywords: Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research