omniture

Jentera Konkrit SANY Bantu Bangunkan Mercu Tanda Baharu di Asia Tenggara

SANY
2017-08-02 21:13 952

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 2 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Landmark 81, bangunan pencakar langit setinggi 81 tingkat yang sedang dibangunkan di Bandar Raya Ho Chi Minh, bakal menjadi bangunan tertinggi di Vietnam setelah siap. Sehingga kini, 11 jentera konkrit daripada SANY telah digunakan dalam projek ini.

SANY concrete machinery helps build the new landmark in Southeast Asia
SANY concrete machinery helps build the new landmark in Southeast Asia

Jumlah ketinggian bangunan ini akan mencecah 461m, iaitu 110m lebih tinggi berbanding bangunan yang super tinggi di Vietnam, Keangnam Landmark 72 di Hanoi. Menara dengan kegunaan bercampur-campur ini akan merangkumi pangsapuri mewah, hotel, pusat membeli belah, restoran, bar dan pusat balai cerap 360 darjah. Baru-baru ini, 49 tingkat telah dibina.

Semasa proses pembinaan menara, kesemua kerja konkrit bahagian alas dan bangunan utama dijalankan oleh jentera SANY. 5 pam treler HBT12020C SANY, 1 pam treler bertekanan super tinggi HBT9035CH dan 3 bum peletakan HGR28 berfungsi sepanjang masa untuk menyokong penyiapan projek yang tepat pada masanya. Ketika proses pembinaan diteruskan, dua lagi pam treler bertekanan super tinggi telah ditempah oleh pelanggan untuk penuangan konkrit dari jarak 200 meter ke tingkat teratas.

Bagi menjamin operasi jentera yang lancar, SANY menghantar dua jurutera perkhidmatan bagi memberikan khidmat pelanggan di tapak. Menerusi kualiti terunggul dan penyelenggaraan komprehensif daripada kakitangan perkhidmatan, sehingga kini, jentera konkrit SANY telah membuktikan prestasi luar biasa tanpa sebarang kegagalan dilaporkan.

"Kami amat mengenali peralatan SANY sejak kami mula menggunakannya semasa pembinaan Menara Burj Khalifa dan Menara Kewangan Shanghai World. SANY ialah pakar jentera konkrit bertaraf dunia," kata pengarah projek dan pengarah bersekutu Landmark 81. Kecekapan kerja yang tinggi, penuangan konkrit satu tingkat setiap tiga hari, kestabilan dan perkhidmatan selepas jualan sekali lagi membolehkan mereka mendapat pengiktirafan kali ini.

Sejak tahun 2007, SANY mengambil bahagian secara proaktif dalam pelbagai projek utama di rantau Asia Pasifik, contohnya stesen kuasa Vinh Tan di Vietnam, projek LNG Wheatstone di Australia dan kereta api China-Laos. Ekoran inisiatif Jalur dan Jalan, SANY akan menjalankan usaha secara berterusan untuk menyediakan jentera yang andal dan perkhidmatan selepas jualan yang menambah nilai untuk pelanggan.

Latar Belakang SANY

SANY Group (SANY) ialah pengeluar jentera berat utama dunia yang memiliki kilang-kilang di AS, Jerman, Brazil dan India, serta segmen perniagaan yang meliputi lebih 100 negara dan rantau di serata dunia. Syarikat ini turut diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat paling inovatif dan berjaya di dunia, manakala jentera konkritnya meraih kedudukan No. 1 pada peringkat global.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.sanyglobal.com, atau ikuti SANY Group melalui Facebook dan YouTube.

Lisa Li 
+86-10-6073-7444
lixm20@sanygroup.cn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170801/1911144-1

Source: SANY
Keywords: Banking/Financial Service Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Maritime/Shipbuilding Transportation Licensing/marketing agreements