omniture

Loh Rachel dari Malaysia dan Pasukan Wonderwomen Diumum Pemenang Terbaik Maybank GO Ahead. Challenge 2017

Maybank
2017-08-14 08:14 724

KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Selepas menjalani pertandingan sengit selama 10 hari, Para Pemenang Terbaik Maybank Go Ahead. Challenge (MGAC) 2017 diumumkan dalam Majlis Makan Malam Galanya, yang diadakan di Kuala Lumpur. MGAC ialah program pengambilan dan perekrutan bakat Maybank yang memenangi anugerah dan menerusi pelbagai bidang. Dalam edisi keenam tahun ini, MGAC kekal menjadi platform perekrutan yang inovatif dan bertanggungjawab bagi mengenal pasti, membangunkan dan memupuk bakat global yang pelbagai.

3 Pemenang Terbaik MGAC 2017
3 Pemenang Terbaik MGAC 2017

Loh Rachel dari Malaysia dipilih sebagai Juara Global Maybank Go Ahead Challenge 2017. Loh Rachel dari HELP University dianugerahkan dengan hadiah wang tunai bernilai USD1,000 serta peluang untuk mengikuti latihan amali selama dua minggu di pejabat Maybank mengikut pilihan beliau di serata dunia. Pasukan Wonderwomen, yang terdiri daripada barisan Finalis dari Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia muncul sebagai Juara Global dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai USD40,000. Pasukan Dark Knight, yang terdiri daripada Finalis dari Sri Lanka, Singapura, Malaysia, Vietnam dan Kemboja dipilih sebagai naib johan dan memenangi hadiah wang tunai bernilai USD20,000. Tempat ketiga pula menjadi milik Pasukan Avengers, yang terdiri daripada barisan Finalis dari Malaysia, Korea Selatan, Filipina, Ukraine dan Thailand yang menerima hadiah wang tunai bernilai USD10,000.

Ganjaran utama untuk kesemua Finalis ini ialah tawaran bersyarat untuk menyertai Maybank dalam program saluran peringkat kemasukan, iaitu Program Perantis Maybank Global (GMAP) yang memenangi anugerah. Program pelatih pengurusan mengikut giliran selama dua tahun itu menawarkan pembangunan yang terbaik dalam kategorinya, latihan semasa kerja, bimbingan yang ditentukan oleh pihak pengurusan kanan Maybank selain peluang untuk menjalani tugasan peringkat antarabangsa di mana-mana pejabat Maybank dalam 20 negara, di lokasi Maybank beroperasi.  

Turut hadir dalam Majlis Makan Makan Gala ialah Datuk Abdul Farid Alias, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Group; Dato' Wan Amirul Feisal, Ketua Pegawai Kewangan Maybank Group; Nora Abd Manaf, Ketua Pegawai Modal Insan Maybank Group; Dato' Rafique Mohamed Merican, Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic dan Ketua Kumpulan Perbankan Islam; Suhail Amar Suresh, Ketua Pegawai Teknologi Kumpulan; Kamaluddin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Ageas Holdings dan Ketua Bahagian Takaful dan Insurans Maybank Group. Wakil-wakil kanan daripada universiti-universiti terkemuka seluruh Malaysia serta negara-negara lain turut hadir dalam majlis ini.

"Cabaran menjadi semakin rumit dalam setiap peringkat dan menerobos sempadan diri kami tatkala kami diuji secara fizikal, mental dan emosi bagi membantu kami meneroka kekuatan dalaman. Apa yang akan sentiasa saya kenang ialah peluang memahami setiap kekuatan dan kelemahan ahli pasukan saya, demi mewujudkan formula kemenangan untuk pasukan. Terima kasih Maybank kerana memberi kami pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang ini!" kata Sorfina Hassan, Ketua Pasukan Wonderwomen.

Loh Rachel berkongsi kegembiraan beliau setelah dipilih sebagai Juara Global. "Apabila saya mula-mula memohon untuk menyertai MGAC 2017, saya mengingatkan diri saya bahawa saya perlu belajar sebanyak dan sepantas mungkin. Apabila kita berfikiran positif dan mengubah setiap cabaran yang mendatang kepada peluang untuk belajar, sama ada secara berpasukan atau secara individu, kita akan berupaya meningkat maju daripada satu kejayaan kepada kejayaan yang lebih cemerlang," kata beliau. Loh Rachel memilih Maybank Amerika Syarikat sebagai latihan amali beliau oleh kerana beliau ingin mengalami kehidupan dalam bandar dan persekitaran yang serba baharu yang akan membuka matanya terhadap cabaran serta idea baharu.

Dalam sesi 'pitch' selama dua minit yang diadakan untuk barisan Finalis terbaik bagi merebut gelaran Juara Global, mereka membawakan 'pitch' terbaik mereka menerusi tema "Apa yang Menentukan Masa Depan Anda" bagi memikat penonton untuk mengundi mereka. Menerusi MGAC tahun ini, para hadirin yang hadir dalam Majlis Makan Malam Gala berpeluang mengundi Finalis yang disokong oleh mereka bagi meraih gelaran Juara Global. Anugerah Universiti MGAC Terbaik 2017, satu anugerah untuk universiti dengan jumlah mahasiswa tertinggi yang mengambil bahagian dalam kempen Papan Skor Universiti MGAC 2017, akan turut menerima anugerah pada malam tersebut. Dengan hampir 2,000 mahasiswa menyertai MGAC 2017, Sunway University diumumkan sebagai pemenang bagi kategori anugerah ini.

MGAC 2017 terus memberi impak dan menunjukkan kecemerlangan oleh kerana ia merupakan pertandingan mahasiswa pertama yang menguji para pesertanya dalam kedua-dua bidang kewangan dan bukan kewangan, mencabar mereka melangkaui sekadar kecemerlangan akademik mereka.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170811/1918613-1

Source: Maybank
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources Awards