omniture

Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Sanya: bandar pantai tropika terkenal China muncul sebagai destinasi percutian antarabangsa

Sanya Tourism Development Commission
2017-08-16 15:13 984

SANYA, 16 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- China telah menarik para pelancong dari seluruh dunia memandangkan negara tersebut menjadi salah satu destinasi pelancongan paling popular di dunia. Terletak di bahagian paling selatan di wilayah Hainan, Sanya ialah satu-satunya destinasi percutian tepian pantai bertaraf antarabangsa negara.

Patung Nanshan Guanyin Sanya, dengan ketinggian 108 meter, gambaran Guanyin yang tertinggi di dunia, bodhisattva atau dewi Buddha yang dihormati
Patung Nanshan Guanyin Sanya, dengan ketinggian 108 meter, gambaran Guanyin yang tertinggi di dunia, bodhisattva atau dewi Buddha yang dihormati

Tidak seperti banyak destinasi pantai tropika yang lain di seluruh dunia, Sanya menghadap ke laut dan turut dikelilingi oleh gunung ganang pada tiga sisi selain mempunyai sebatang sungai yang mengalir melaluinya. Bandar ini mempunyai vista tepian pantai klasik, landskap alam semula jadi indah yang menggabungkan antara gunung ganang, laut dan sungai, selain sejarahnya yang panjang dan kaya, serta dihuni oleh banyak etnik minoriti China, kesemuanya berkumpul bersama-sama bagi mewujudkan destinasi pelancongan unik yang sarat dengan daya tarikan. Sanya telah dipilih sebagai salah satu daripada 52 Tempat untuk Dilawati pada tahun 2017 oleh The New York Times. Ia merupakan satu-satunya bandar Cina yang berada dalam senarai tahun ini. Menerusi statistik daripada Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Sanya yang menunjukkan kadar peningkatan pelancong antarabangsa yang mantap sejak beberapa tahun ini, Sanya telah menarik 73.31 peratus lebih ramai pelancong luar negara semasa separuh pertama tahun ini, dan, sebagai sebuah bandar pantai tropika yang terkenal di China, muncul sebagai destinasi percutian bertaraf antarabangsa.

Bandar yang menggabungkan pelbagai budaya

Lokasi unik Sanya di bahagian paling selatan di Pulau Hainan, pulau kedua terbesar di China, mewujudkan persekitaran yang sempurna untuk pembangunan budaya bandar itu yang tersendiri.

Sanya merupakan tempat bagi bangsa Li, Miao, Hui dan Han tinggal bersama-sama. Khususnya, Bangsa Li adalah bangsa yang unik untuk Hainan. Lebih 3000 tahun lalu, nenek moyang bangsa ini belayar merentasi Selat Qiongzhou dan berlabuh di pulau ini, dan mereka terus membangunkan sesuatu yang akhirnya menjadi budaya mereka yang unik dan tersendiri. Para pelancong yang mengunjungi Sanya berpeluang untuk menghargai adat-adat bangsa yang berbeza di bandar ini.

Beberapa tokoh sejarah Cina memilih Sanya sebagai tempat untuk mempromosikan aspek tertentu daripada budaya Cina dan setiap individu itu meninggalkan jejak hasil usaha mereka. Tokoh yang paling terkenal antara mereka ialah sami Dinasti Tang Jian Zhen yang gagal sebanyak lima kali dalam usaha beliau untuk tiba ke Jepun menggunakan kapal layar dan menyebarkan ajaran agama Buddha di sana. Pada kali kelima percubaan beliau, kapal layar tersebut berlabuh di pantai Nanshan, Sanya, dan beliau memutuskan untuk tinggal di situ. Beliau kemudiannya membina tokong dan patung Buddha di lokasi tersebut.

Hidangan makanan Sanya juga merangkumkan elemen kepelbagaian. Wilayah Hainan terkenal dengan pelbagai pilihan makanan tempatan dan bukan sahaja banyak makanan laut yang enak. Satu hidangan makanan ikonik ialah Nasi Ayam Hainan. Sanya menyatukan keistimewaan seluruh wilayah tersebut, menghidangkan jamuan bagi memenuhi citarasa penggemar makanan di mana-mana jua.

Para pengunjung boleh meluangkan masa mereka menerusi pelbagai cara, termasuk mengalami budaya Li dan Miao di Binglanggu, bersantai di Pusat Peranginan Air Panas Nantian atau meneroka hutan hujan tropika di Yanoda, selain menikmati ombak di sepanjang pantai.

Perkhidmatan antarabangsa berikan kemudahan kepada pelancong 

Memanfaatkan dasar bebas visa wilayah Hainan, kumpulan pelancongan dari 26 negara boleh melawat Sanya tanpa perlu melalui kerumitan proses permohonan visa, manakala pelancong dari luar China boleh memanfaatkan bayaran balik cukai penuh ke atas semua pembelian yang dibuat di pulau ini. Para pelancong bukan sahaja boleh mendapatkan pengalaman unik daripada pelbagai kemudahan rekreasi berasaskan laut, darat dan udara di Sanya, tetapi juga dapat mendarat dan berlepas dari bandar melalui laut, darat mahupun udara. Sekiranya anda menaiki kereta api antara Sanya dan mana-mana destinasi di tanah besar China, kereta api tersebut akan diangkut menggunakan kapal merentasi Selat Qiongzhou yang memisahkan kedua-duanya. Ini merupakan satu pengalaman yang belum pernah dialami sebelum ini bagi kebanyakan pengembara.

Sanya telahpun menjadi destinasi pelancongan antarabangsa, perkahwinan, berbulan madu dan MICE selain tempat yang membolehkan pengunjung mengalami budaya Oriental dalam persekitaran tropika. Destinasi percutian tepian pantai tropika yang istimewa ini mengalu-alukan para pelancong dari seluruh dunia untuk berkunjung dan menerokanya.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170728/1908246-1

Source: Sanya Tourism Development Commission
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Travel