omniture

Litera Jalin Kerjasama dengan Google Cloud Bawakan Perbandingan Dokumen Profesional kepada G Suite

Litera Corp
2017-08-17 00:36 484

Google tingkatkan G Suite dengan keupayaan baharu untuk Industri Undang-undang

MCLEANSVILLE, Carolina Utara, 17 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Litera Corp, peneraju global bagi penyelesaian kitar hayat dokumen, berkolaborasi dengan pasukan produk G Suite Google Cloud bagi memperkenalkan teknologi perbandingan dokumen profesional Change-Pro ke dalam G Suite. Ini merupakan sebahagian daripada satu inisiatif untuk meningkatkan G Suite kepada golongan profesional dalam industri undang-undang. Buat pertama kali, golongan profesional undang-undang yang menggunakan G Suite akan mendapat akses kepada teknologi perbandingan dokumen yang canggih melalui Change-Pro Add-on. Change-Pro Add-on akan membolehkan pengguna membandingkan fail-fail daripada Google Drive, atau sebarang Google Docs yang dibuka oleh pengguna. Change-Pro Add-on bakal disediakan dalam Pasaran G Suite.

"Kami berasa teruja dengan peluang untuk membawakan perkhidmatan perbandingan kami yang terbaik seumpamanya kepada G Suite. Penyelarasan dengan pasukan Google merupakan satu pengalaman yang hebat buat kami, dan kami berharap dapat terus berkolaborasi tatkala kami menyediakan lebih banyak keupayaan untuk G Suite," ulas Simon Dandy, Naib Presiden Penyelidikan & Pembangunan (R&D) Litera. "Kini, kami sedang mengusahakan penyepaduan tambahan merentasi seluruh keupayaan kitar hayat dokumen Litera."

Para pengguna Change-Pro untuk G Suite akan menerima sepuluh perbandingan percuma sebagai percubaan perkhidmatan ini. Selepas itu, perkhidmatan ini akan disediakan melalui langganan tahunan pada kos yang rendah.

Latar Belakang Litera Corp
Litera menyediakan penyelesaian bersepadu untuk pengurusan kitar hayat dokumen melalui suit komprehensif yang terdiri daripada ciptaan berpaten, kolaborasi dan teknologi kawalan. Dengan penyelesaian platform yang agnostik dan celik awan, Litera memperkasakan anda untuk menghasilkan, menyemak semula dan mengagihkan kandungan berkualiti dengan pantas serta selamat, daripada sebarang peranti di mana-mana jua. Litera pernah meraih pelbagai anugerah teknologi yang inovatif, mengekalkan 99.9% kadar pengekalan pelanggan dan berkembang secara konsisten sejak syarikat mula-mula ditubuhkan pada tahun 2001. Organisasi-organisasi seluruh dunia memilih Litera atas dedikasinya terhadap khidmat pelanggan dan kebolehannya yang terbukti dalam membangunkan penyelesaian kitar hayat dokumen berkualiti tertinggi. Dari peringkat awal hingga akhir, Litera membekalkan penyelesaian yang cekap, berkesan dan selamat demi keyakinan kandungan yang sempurna. Tanpa mengira cabaran dokumen yang dihadapi oleh pelanggan, Litera bersedia untuk memberikan penyelesaian yang berkesan kos setiap masa.

Maklumat Perhubungan Media:
Tom Teoli
tteoli@litera.com
+1-336-375-2991

Source: Litera Corp
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology New products/services